BAB 13

Romance Completed 10479

Selesai sahaja menghantar Wardah di Terminal Bas Bersepadu Selatan di
Sungai Besi, Danish mengajak aku ke sebuah tasik di Bandar Tun Hussein
Onn. Mahu dibezakan tasik ini dengan tasik di Upm dulu, terlalu jauh
bezanya.

Aku dan Danish duduk dikerusi berhampiran dengan taman permainan
kanan-kanak kerana disitu aje tempat yang kosong. Maklumlah, hari minggu
ramai pula pengunjung, ada yang sedang bersenam dan ada juga yang
berpiknik bersama keluarga.

Mataku tetumpu pada sebujur tubuh anak kecil yang begitu asyik berlari.
Wajahnya, sungguh comel. Mahu sahaja aku menarik pipinya.

"Tengok apa tu dari tadi." Ujar Danish. Mulutku muncungkan pada budak
kecil itu.

"Habis dah taknak tengok abang ke?" Suaranya sedikit merajuk. Alahai
masa nilah kau nak bermanis-manisan ye cik abang. Gumam hati kecil ku.

"Abang tak payah tengokpun tak apa, kan dah ada kat hati sayang." Tangan
Danish aku peluk erat.

"Yunk." Aku memandang wajahnya.

"Yunk suka baby tak?" Wajahku ditenung lama oleh Danish lalu aku tersenyum.

"Suka, suka sangat-sangat."

"Jadi bolehlah kita buat anak ramai-ramai." Rasa mahu aje mata ku
terbeliak dek kata-katanya.

Senyumanku ini bukan senyuman kegembiraan, tapi senyuman yang jelas
kelihat sedikit cuak disebaliknya. Hadoi, aku pula yang terkena. Tulah
kau Mahirah, jawab tak pakai otak. Main bedal aje.

Matanya dikecilkan, lalu tersenyum nakal.

"Abang ni." Lalu aku menepuk manja bahunya. Wajah ku alihkan ke arah
tasik. Geram pula dengan Danish ni.

"Ala, yunk abang gurau aje." Danish mula memujuk. Ish, susah betul aku
nak merajuk lama-lama. Dengar suara diapun aku dah mencair.

"Hemm."

"Abang cuma nak tahu, sayang nak anak berapa?" Tanya Danish lagi. Hei
macca tak ada topik lain ke? Dahlah kat tempat awam. Kalau kat rumah tu
lainlah sikit.

"Rezeki tu Allah yang bagi, cuma kita hanya mampu berdoa dan bersyukur
dengan pemberiannya, malah tak boleh merungut." Dah macan ustazah dah
aku ceramah.

"Kalau macam tu abang kenalah doa supaya kita dapat anak ramaikan?" Usik
Danish lagi.

"Abang ni nakal la."

"Nakal-nakal pun dengan sayang aje." Hidung kecil Mahirah dicuit Danish.

Bahuku dipeluk erat olehnya. Terasa selamat aku dalam pelukan dia. Dulu
mungkin dia orang yang pernah menghina aku. Tapi siapa sangka, besarnya
kuasa Allah sampaikan kami sudah bergelar suami isteri. Hidupku cukup
bahagia dengan adanya dia disisi.

*********************

Kuih yang dihindangkan Mak Esah ku ambil lalu kuhulurkan pada Danish.

"Yunk." Panggil Danish lalu kuih yang separuh digigitnya tadi disuapkan
kedalam mulutku.

"Aurmmm."lagakku seperti anak kecil.

"Amboi korang. Tak payahlah nak sweet-sweet kata sini." Ujar Adam yang
hanya mampu melihat gelagat Danish dan Mahirah.

"Alah dengkilah tu." Ejek Danish lalu mereka ketawa.

Aku hanya tersenyum.

" Mahirah, Wardah tu dah ada teman ke?" Aku keliru, temna? Dah aku ni bukan
teman dia ke?

"I mean teman istimewa. Like u and Danish." Ujar Adam yang mungkin
lihat aku kurang faham dengan soalannya sebentar tadi.

"Tak ada. Kalau ada mesti dia ada bagi tahu saya sebab tak banyak benda
yang dia rahsia dari saya." Ujarku panjang lebar malahan hanya anggukan
yang dibalas Adam.

"Kenapa Adam, dah berkenan ke?" Saja aku mahu menyakat Adam untuk lihat
reaksi darinya. Manalah tahu jodoh mereka. Lagipun aku tengok mereka
serasi.

"Eh awak ni, ada-ada saja. Saya tanya je." Adam kelihatan mula malu.

Kelibat Datin Liana dan Dato Rizuan akhirnya muncul lalu menghampiri kami.

"Bukan main korang sembang, mama kat atas dah dengar." Kata Datin Liana
yang tidak lekang dengan senyumannya di bibirnya itu.

"Ni ma, anak mama ni dah ada yang berkenan dihati." Usik Danish. Bantal
yang elok tersusun diatas kerusi diambil lalu dibalingkan kearah Danish.

"Ish,mana ada ma. Danish ni suka betul usik orang. Mahirah awak kena
hati-hati dengan dia ni." Kata Adam.

Sudah hampir seminggu ada disini. Dapatku rasakan kebahgian yang
dikongsikan oleh keluarga mereka. Terasa rindu pula pada keluarga di
kampung. Teringat akan mak dan abah, apalah khabar mereka disana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience