BAB 19

Romance Completed 10479

Wajah mama kelihat berseri-seri, katanya tak sabar mahu menimang cucu
pertama. Ya aku juga gembira, tipulah aku sebagai seorang wanita tidak
rasa gembira apabila dapat tahu yang aku sedang megandung. Berita ini
jugaku kongsikan pada mak, abah dan Wardah kampung. Alhamdulillah mereka
kedengaran sungguh gembira.

"Kesihatan u kena jaga Mahirah. Kalau Danish ni usik u ke pukul u ke
just tell me ok."Aku hanya tersenyum. Ish ber i ulah pula Adam ni.

"Hello, ni u kalau nak mengata suami dia pun tengoklah suami dia ni
ada kat mana." Ketawa aku melihat gelagat adik beradik ini.

"Eh u kat sini ke?I tak perasaan la. Kalau i tahu u kat sini i
mengata lebih-lebih sikit tadi." Ketawa Adam meletus, puas dia dapat
kenakan adiknya.

Mama dan Mak Esah pula sibuk siapkan makan didapur. Macam-macam dimasak
mereka. Papa kata hari gembira perlu dirai. Aku hanya itukan saja.
Sempat juga aku kedapur tadi untuk menolong Mak Esah, belum Datin Liana
marah Mak Esah terlebih dahulu melarang. Kenapalah manjakan aku sangat.
Berdiri lama pun marah, tak faham lah aku macam ni.

"Sekarangkan Mahirah dah mengandung, jadi kamu berdua tak payahlah pindah
dulu ye. Nanti kalau kamu pergi kerja siapa yang mahu tengokkan Mahirah
ni, kalau disini ada mama dan Mak Esah kamu tu." Kata Dato Rizuan.

Selepas habis pantang Datin Liana, Mak Esahlah yang banyak menghabiskan
masa menjaga Adam dan Danish kerana Datin Liana sibuk dengan
persatuannya. Dengan Mak Esahlah mereka selalu bercerita tentang apa
yang terjadi disekolah dan apa yang terkubu di hati.

"Mak Esah, tadikan masa kat sekolah Danish buli budak perempuan."

"Kenapa buat macam tu, perempuan ni kita perlu belai, bagi kasih sayang
bukan berkasar dengan dia." Kata Mak Esah suatu ketika dahulu.

"Betul juga tu. Tunggu lepas-lepas semuanya selesai baru kita pindah ye
yunk." Kata Danish. Aku hanya mengiyakan.

"Dari tadi duk bersembang, ni mari makan mama dah hidang." Panggil Datin
Liana.

Nasi arab dan nasi tomato dihidangkan atas meja, sungguh perutnya lapar
kini. Mama dan Mak Esah memang pandai masak. Semuanya kelihat enak belaka.

"Abang suapkan ye?"

"Arrrrrr. Buka mulut luas-luas." Sudu dilayangkan diudara.

Lama menunggu makan masih belum mendarat dimulut Mahirah.

"Ish abang ni main-mainlah." Bahu Danish dicubit geram.

" Danish ni satu, kesian Mahirah tu. Dibuatnya macam budak-budak." Marah
Datin Liana.

"Isteri abang ni always jadi kebudak-budakkan dimata abang." Wajahnya
kutatap lama. Segan pula aku didepan mama, Adam, papa dan Mak Esah.

**********************

Kotak berbentuk hati yang cuba kuambil dulu dibawa keluar oleh Danish
dari bilik. Aku masih tertanya-tanya apa yang dia mahu buat dengan kotak
itu.

"Abang nak pergi mana?" Tanya aku.

"Abang nak buang semua ni."

"Tapi kenapa?" Bagiku biarlah ia menjadi kenangan.

"Cukup abang ada sayang, semua ni hanya masa lalu dan kenangan buat
abang. Buat apa abang nak kenangkan lagi." Matanya kutenung. Pipiku usap
dengan jari jemariku.

"Sayang tak marah dan tak halang untuk abang simpan semua ini. Cuba
sayang nak abang setia pada sayang. Kisah silam kita jadikan pengajaran
dan kekuatan kita."

"Biarlah, abang buat semua ni demi sayang." Jari jemari ku dipegangnya.
Aku bersyukur dimemahi aku.

"Terima kasih abang."

"For?" Wajah ku dipandangnya.

"Sebab sudi kahwin dengan Mahirah, sudi jadi iman dan ayah kepada
anak-anak Mahirah nanti." Pipinya ku kucup.

"Anak-anak, amboi sayang, macam nak ramai je." Ada patut aku disakatnya
si Danish ni.

Satu cubitan melekat dipeha Danish. Jangan sangka selembut-lembut aku
tidak ganas ye.

"Aduhh, sakitlah sayang." Jerit Danish.

"Yeke abang, ala sorry." Rasa bersalah pula.

"Kalau nak abang maafkan sayang kena teman abang mandi nanti." Matanya
dikecilkan. Satu senyum nakal terukir dibibirnya.

"Abang ni, malas lah kawan."

"Alolo, dia pula yang merajuk." Bahu Mahirah ditepuk manja.

Tubuhku baringkan pada katil. Terasa penat hari ini, mahu kata aku
lakukan pelbagai kerja hari ini aku hanya duduk berehat.

"Tweet-tweet" telefon ku capai.

"Assalamualaikum Mahirah, abang rindu Mahirah " aku bagaikan terkejut. Siapa
gerangan yang menghantar mesej padaku malam-malam macam ni.

Teks tadi kupadam, takut juga jika Danish bacanya. Nanti dia fikir aku
curang padanya.

"Sayang are u ok?" Tanya Danish. Mungkin dia nampak perubahan pada
wajahku.

Aku hanya angguk lalu kusenyum. Keresahan cuba ku kawal. Mahu aku
katakan bekas teman lelaki aku, kau tidak pernah bercinta. Tapi siapa
gerangannya? Otak ku ligat berfikir, cuba memainkan memori lama supaya
aku mendaapt jawapannya.

Perkara ini harus ku rahsiakan dari pengetahuan Danish takut ianya
menganggu pemikiran Danish kelak.

Aku berlalu ketandas untuk mengambil wuduk, sedang asyik bersembang
dengan Danish tadi aku lupa aku belum menunaikan solat Isyak. Telekung
diatas meja kuambil lalu aku sarungkan dikepala.

Selesai sahaja solat, aku berdoa semoga Allah permudahkan urusan ku.

"Amin." Telekung ketanggalkan lalu dilipatkan.

Tubuh yang penat tadi kubaringkan disebelah Danish. Kupeluknya erat.

"Good night abang.Love u." Bisik ku lembut ditelinganya lalu
mencium pipi suamiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience