BAB 18

Romance Completed 10479

Aku tersedar dari lena.

"Ya Allah, mimipi rupanya." Ujarku.

Terasa berat mata untuk kecelik. Aduhh, habis badan-badan ku sakit.
Kakiku gagahkan untuk berdiri tapi gagal.

"Abang....abang." Jeritku.

Jam didinding kupandang sekilas. Sudah pukul 7.48 malam, masakan aku tak
sedar hari sudah malam. Tulah, tidur waktu macam ni memang mimpi yang
bukan-bukan.

Kain lembap yang terletak elok diatas kepala akhirnya jatuh.

"Yunk kenapa ni, dah awak baring dulu." Kain yang jatuh tadi diambil
Danish lalu diletakkan diatas kepalaku.

"Awak nak pergi mana ni sayang, awak demam. Rehatlah dulu ye."

Tangan Danish kuraih lalu kupeluk. Rasa rindu yang teramat, hanya Allah
sahaja tahu.

"Jangan tinggalkan saya lagi. Please." Pintaku. Ku menagis sepuas hati kini.

Tubuhku diangkatnya lalu dia memeluk aku. Rambut ku diusapnya.

"Sayang, abang janji tak tinggal sayang lagi. Tapi tak bolehlah terus
macam ni, sayang kena rehat nanti ada apa-apa effect pada kandungan
pulakan." Aku bagaikan tak percaya dengan kata-kata Danish sebentar
tadi. Mengandung?

Danish tersenyum melihat aku yang masih terpinga-pinga.

"Yunk, awak mengandung dah 4 minggu." Ujar Danish lembut. Bibirku
diciumnya.

'Terima kasih Allah.' Bisik hatiku. Aku sungguh gembira kini. Anak yang
kukandung ini adalah hasil antara cinta aku dan Danish.

"Mana abang tahu sa..." mulutku ditekupnya.

"Dah, jangan banyak cakap. Sayang baring ye." Tubuhku baringkan diatas
katil.

"Tadi abang balik, tengok sayang tidur. Abang panggil sayang tak jawab
pastu sayang jerit-jerit. Mimpi kot." Kata Danish.

Ya, aku mimpi aku diduakan.

"Pastu mama suruh abang call Maryam." Maryam? Siapa pula perempuan itu.
Wajahku alihkan kearah beranda.

"Maryam tu doktor peribadi keluargalah sayang." Danish seakan faham apa
yang aku rasa.

Aku hanya tersenyum. Malu pula bila cemburu tak bertempat ni. Tanganku
dikucup perlahan.

"Sayang nak makan apa-apa?" Tanya Danish.

"Sayang nak makan abang." Kataku lalu ketawa. Sengaja aku mahu lihat
reaksi Danish.

"Amboi, bila mengandung ni perangai makin mengade-gade ye?" Usik Danish.
Pipiku dicubit manja.

"Dengan abang je pun bukan dengan orang lain." Bibir ku cebikkan.

Danish menghampiriku. Wajahku kini hanya jara 5 inci darinya. Sesekali
dia merenung mataku. Aku bagaikan tak keruan bila ditenung sebegitu.
Bibiku dikucupnya. Aku hanya biarkan. Biarkan keasyikan menguasai dunia
kami kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience