BAB 16

Romance Completed 10479

Kemaja putih dan seluar jeans hitam kuletakkan diatas katil. Sebelum
mandi, Danish suruh aku pilihkan baju untuknya. Katanya dia mahu lihar
citarasa aku macam mana. Pada mulanya aku menolak, takut dia tak
berkenan pulak nanti tapi beria-ria pula dia, siap ugut aku lagi.

"Kalau sayang tak nak pilihkan, abang tak nak pergi mandi." Mahu tak
mahu aku tetap kena pilih.

Selepas selesai memilih baju, aku kemaskan katil terlebih dahulu. Aku ni
jenis tak boleh tengok bilik bersepah, jadi faham-faham ajelah.

"Sayang, lapkan badan abang." Eiii, asal mengade sangat si Danish ni.

"A...abang pakailah baju tu. Tak malulah. Okeylah, saya nak tolong Mak
Esah." Kata aku yang mula berlari kearah pintu.

Tangan aku ditariknya. Pantas betul dia bertindak. Aku kini berada di
dalam pelukanya.

"Arghhh." Jeritku kecil.

"Sayang, abang peluk je pun. Ke nak abang ehemm ehemm." Matanye
dikecilkan lalu tersenyum nakal. Sumpah aku seram tengok.

"Abang ni,tak maulah macam ni. Habis sayang basah."

"Ala, yelah abang mintak maaf." Pelukan tadi dileraikan.

"Abang." Panggilku.

"Ye yunk."

"Muahhh." Pipinya kucium dan aku berlalu keluar.

"Thank sayang bagi abang morning kiss." Hadoi Danish ni, aku yang berada
diluarpun masih dengar. Entah-entah mama, papa dan Adam dengar tak apa
yang kami lakukan sebelum-sebelum ni. Malunyalah.

**********************

Sudah 3 jam Danish ke pejabat. Sungguh aku rasa sunyi dikala ini.
Kalaulah rumah ni ada kanak-kanak boleh juga hilangkan bosan aku ni.

" Mahirah, termenung apa tu? Danish tak apa-apalah. Dia pandai jaga diri
dia untuk Mahirah." Ish Mak Esah ni, macam tahu-tahu aje apa yang aku fikir.

"Mak Esah ni pakai ilmu apa, macam tau-tau je." Saja aku menyakat Mak Esah.

"Mak Esah dan mama dah expert dalam hal ni. Tengok mata kamu pun kami
tahu. Macam tulah mama rasa bila kena tinggal dengan papa kamu." Ujar
Datin Liana. Kedengaran ada sedikit sebak. Aku bangun lalu kupeluknya.
Beginikah perasaan wanita dikala bersendirian tampa pemilik tulang rusuk.

'Tweet-tweet' telefon kucapai. Itu tanda ada sms masuk. Nama kulihat di
aplikasi whatsapp. 'My hubby'. Nama itu yang aku save lepas aku dan
Danish luahkan perasaan kami antara satu sama lain.

Yunk, i miss u. Abang rasa abang tak boleh nak fokus dah ni. Asyik
gambar sayang je abang tengok.

Aku tersenyum seketika. Manja juga si Danish ni. Ish buat sayang aku
makin membuak-buaklah pula pada dia.

Tanganku pantas menaip sesuatu.

I miss u too my dear. Abang ni mengadelah.

"Tweet-tweet" Pantas betul dia balas.

Sayang tunggu abang balik ye? Sory abang kena pergi papa panggil. Love
u so so so much.

Mesej ituku biarkan bluetick. Kalau dilayan nanti tidak buat kerjalah
mamat ni.

Abang ada something for u honey, cari dalam almari abang.

Aku daki ke kamar. Almari Danish kubuka perlahan. Di cermin terdapat
satu nota kecil.

"Terima kasih kerana sudi menjadi yang halal untuk abang. Kehadiran
sayang cukup sempurnakan kekurangan yang ada pada abang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience