BAB 12

Romance Completed 10479

Dijendela, aku melabuhkan punggung pada kerusi. Cuaca sungguh sejuk,
baru lepas hujan katakan. Bintang malam kutenung lama dan berharap
akulah bintang itu kerana boleh melihat semua makhluk ciptaan Allah.
Kalaulah aku bintang, tidaklah hati aku sesakit begini. Aku juga tidak
tahu kenapa, mungkin penangan kata-kata Danish petang tadi.

Mahu saja aku menagis, alangkah bagus ada mak, boleh aku menagis di
bahunya. Aku tak kuat untuk semua ini. Mata yang berkaca sebentar tadi
sudah mencurahi bumi. Kenapa nak menagis pula ni. Aku bukan suka dan
sayang dia pon. Derasa ku menyeka air mata itu agar tidak dilihat sesiapa.

Perghh kuatnya ego kau Mahirah, kau lupa ke kau cakap kau dah mula cintakan dia.
See, sebenarnya perasaan kau tu masih celaru sama ada kau cinta
ataupun belum lagi pada dia. Bisik hatinya.

Mungkin lain yang diungkap mulut dan lain pula yang diungkap oleh hati.
Itulah manusia. Allah dah buat sebaik-baiknya.

**********************

Usai makan, aku masuk ke bilik. Bukan niatku untuk menyendiri dari
mereka, tapi mungkin ini adalah cara terbaik buat masa sekarang. Tak
mungkin untuk aku duduk dengan mereka dalam keadaan aku sekarang. Aku
masih rasa keliru. Kata-kata sayang sudah diungkap, tapi masih dengan
perangaiplayboynya.

Danish mula lihat perubahan aku sejak pulang tadi, kerana aku banyak
berdiam diri. Sepatah yang ditanya mama hanya sepatah juga yang aku
jawab. Nasi yang dihidangkan tadi juga kujamah sedikit. Datin Liana
tanya tentang kesihatan ku kerana melihat aku seperti kurang sihat.
Hanya senyuman yang kubalas. Mungkin aku tidak sihat gara-gara Danish.
Arghhhhhh. Aku tak tahan lagi begini.

Dalam leka aku melemparkan pandang ke luar tingkap, tiba-tiba kepalaku
diusap seorang. Rambut paras dada ku dialih kebelakang oleh gerangan
yang aku tidak tahu siapa dia. Sekalung rantai emas berloketkan hati
terletak cantik ditengkuk ku. Aku bagaikan terkejut. Satu ciuman hinggap
dipipi ku. Aku kaku, wajahnya kulihat dan gerangan itu adalah Danish.

"Ran... rantai ni..." belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Danish
terlebih dahulu menyuruh aku agar diam. Aku akur.

"Jangan hilangkan." Kata Danish sambil mengusap lembut rambutku.

"Saya taknak rantai ni, ni untuk girlfriend awak." Aku mula
menundukkan muka. Terasa muka ku sudah mula panas bagaikan ada air yang
mahu mengalir, dan Danish tidak perlulah melihatnya.

Muka ku didongakkan sedikit oleh Danish. Dia tersenyum. Bibirku
disentuhnya. Aku hanya biarkan, dan biarlah aku juga melayan perasaanku
kali ini.

"Awak, hanya awak girlfriend yang saya ada. Isteri saya dunia akhirat.
Percayalah Mahirah, tidak ada yang lain selain awak."

"Sekarang, saya nak jujur tentang semuanya, dan mungkin dah tiba masanya
untuk saya luahkan segala-galanya pada awak. Tak perlulah ada rahsia
lagi antara kita." Sungguh aku sayu dengan kata-katanya.

"Saya tahu dan saya boleh nampak perubahan awak bila saya cakap saya
belikan untuk girlfriend saya. Tapi tak ada orang lain selain awak."
Tangan aku ditarik , lalu dia memeluk aku kepangkuanya apabila aku sudah
mula menagis teresak-esak. Tak dapat aku tahan lagi, dan biarlah aku
menagis dipangkuanya kali ini.

"Saya tahu awak juga cintakan saya, kan?" Bisiknya lembut ke telinga ku.

"Ye, saya tak boleh tipu perasaan saya. Saya memang cintakan awak, dan
jujur saya cakap saya cemburu bila awak cakap awak ada girlfriend tapi
saya sedar saya siapa." Ujarku.

"Jadi awak pun cintakan saya?" Tanya Danish yang sudah kelihatan gembira
dengan respon ku.

"Emm, nak saya tarik balik ke?" Aku pula nengusiknya dalam tangisan yang
masih bersisa.

"Hemm, tak sayanglah tu." Nadanya sedikit merajuk. Aku memukul lembut
bahunya.

Tangisan Mahirah kini makin kuat, entah apa yang difikirnya.

"Kenapa ni sayang." Suara Danish memujuk.

"Saya mintak maaf sebab bersangka buruk pasal suami sendiri." Kata-kata
itu ku ungkap jujur seperti apa yang aku rasa. Bersalah pula bersangka
buruk tampa menanyakan hal yang sebenar.

"Sayang, saya tak kesah semua tu. Salah saya juga sebab tak jujur." Aku
terasa sedikit lega.

"Jadi awak maafkan saya?" Kata ku.

"Emm, dengan syarat saya tak nak awak berbahaskan awak saya lagi."
Danish sudah mula tersenyum nakal lalu air mata ku tadi diseka olehnya.

"Ha...habis tu apa?" Ishhh, malu pula aku dibuatnya.

"Panggil abang." Ujar Danish.

"A...abang?" tanya Mahirah untuk kepastian.

"Tak bolehlah awak, rasa macam nak muntah panggil macam tu." Ujar Mahirah
lagi.

"Ala, cuba la yunk." Muka Danish sudah seperti merajuk. Layan ajelah Mahirah.

"Yelah, abang. Uwerkkk." Mahirah saja mengusik Danish dengan lagaknya yang
mahu muntah. Lalu dia ketawa.

"Amboi, belum apa-apa dah mengandung ye yunk." Danish tersenyum nakal,
matanya cukup memainkan peranan.

Mahirah hanya mampu menahan malu, dia sengaja mahu kenakan Danish,
alih-alih dia yang terkena.

Seketika kami hanya menyepi. Wajah antaraku ditatap lama. Entah apa yang
bermain di fikiran anak muda itu. Wajahku ditarik semakin hampir
dengannya. Tanpa aku sedar, bibir kami bertaut. Tengkuknya kurangkul
erat. Respon yang kuberi buatkan Danish semakin galak. Bibirku dibukanya
perlahan. Lidah kami bertembung. Aku hanya membiarkan dia meneroka taman
yang indah kini.

Sebenarnya malam ini sudah lamaku nantikan untuk rasa sebahagia ini.
Tiada apa yang mampuku ungkapkan selain daripada syukur terhadap Yang
Maha Esa kerana menemukan aku pada orang yang boleh menerima baik burukku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience