BAB 22

Romance Completed 10479

Setelah sampai di Terminal Bersepadu Selatan di Sungai Besi Mahirah
mengambil teksi untuk pulang ke Tiara Height. Sebenarnya boleh sahaja
dia menelefon Danish untuk mengambilnya tapi disebabkan tidak mahu
susahkan suaminya yang sedang bekerja dia lebih rela pulang sendiri.

"Berapa pakcik?" Tanya Mahirah setelah tiba di depan perkarangan Dato Rizuan.

"16.80 sahaja." Kata pemandu yang separuh usia itu.

Not 20 dihulurkan.

"Baki pakcik simpan saja." Kata Mahirah lalu pintu teksi ditutupnya.

Loceng ditekan berkali-kali agar Mak Esah membuka pagar untuk di masuk
ke dalam. Mak Esah ni pun satu, kalau duduk didapur alamatnya
berjanggutlah dia menunggu.

Belum sempat pintu dibuka Mahirah kelibat Datin Liana sudah muncul di
depan pintu.

"Mama." Berlari Mahirah dapatkan Datin Laian. Air mata yang mula berkaca
tadi mula jatuh ke lantai.

"Kenapa Mahirah tinggalkan mama, tinggalkan kami, kami rindu Mahirah."
Sungguh hiba suara Datin Liana. Dia faham akan perasaan wanita separuh
abad itu.

"Maafkan Mahirah ma, Mahirah menantu yang terukkan."

"Dah-dah, bukan salah kamu. Mari masuk sayang." Pelawa Datin Liana. Dia
ucapkan syukur kerana menantunya akhirnya pulang jua.

"A...abang" aku mula gagap setelah wajah orang yang aku sayang ada
didepan ku kini. Aku sangkakan dia sudah ke tempat kerja.

Sungguh raub wajah ini yang amat aku rindu, yang amat aku kasihi.

'Ya Allah terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk
bersamanya.' Bisik hati kecil Mahirah.

Tangisan yang mula berhenti tadi makin kuat jadinya. Aku tak mampu tahan
perasaan sedih ini

Danish menarik Mahirah kedalam pelukannya. Dahi isterinya dikucup
bertalu-talu. Sekarang sudah tidak ada rasa segan silu didepan mamanya.
Hatinya sudah tidak mampu menahan rindu yang membuak-buak setelah
seminggu Mahirah menghilang.

Danish sengaja mengambil cuti hari ini kerana keluarga mertuanya sudah
menelefonnya terlebih dahulu yang mengatakan Mahirah akan pulang kesini.

Puan Aminah dan suaminya juga meminta maaf atas penipuan mereka. Ye,
Danish faham itu adalah permintaan isternya.

"Kenapa sayang tinggalkan abang? Sayang dah tak sayang abang ke?" Tanya
Danish, mata ku direnungnya.

Wajah ku tundukkan pada lantai, tak mampu untuk memandang wajahnya kini.

******************

Kegusaran jelas terpacar di wajah Danish setelah Mahirah dimasukkan
keruang bedah. Langkah kakinya tidak berhenti mengorat langkah. Sudag
tidak tahu berapa ribu langkah yang dilakukan oleh Danish.

Untuk membakar satu kalori memerlukan 25 langkah. Kalau dah ribu langkah
tu tak tahulah berapa kalori yang terbakar pada tubuh sasa lelaki itu.

"Danish tolong jangan macam ni." Pujuk Datin Liana.

Hatinya bagaikan jatuh ke lantai setelah doktor muda datang dan bagi
tahu Mahirah mengalami pendarahan yang teruk akibat jatuh dari tangga
sewaktu dia mahu ke dapur tadi.

Kelibat Puan Aminah serta suaminya baru tiba di Colombia Asia Hospital.

"Ina, macam mana Mahirah?" Tanya Puan Aminah risau.

Setelah lama menunggu akhirnya doktor keluar dari wad bedah. Danish
berlari anak mnedapatkan doktor.

"Suami Puan Mahirah?" Tanya doktor yang berkaca mata itu. Wajahnya seperti
orang cina tapi mustahil kerana nama yang tertera pada teg adalah Doktor
Fuad.

"Ye saya suami dia. Isteri saya macam mana? Anak saya macam mana?"
Kesabaran Dansih sudah hilang. Bahu doktor muda itu digoncangnya.

"Maaf, kami sudah cuba sedaya upaya untuk selamatkan isteri Encik. Tapi
apakan daya Allah lebih sayangkan dia."

Danish yang tadinya berdiri akhirnya jatuh terduduk. Dia menagis semahu
yang mungkin. Dia sudah tidak kesah akan apa kata orang tentang dirinya
kini.

*******************

Hadiah al-fatihah dihadiahkan Danish pada arwah isterinya. Batu nisan
yang menampakkan nama Mahirah dikucup lalu air disiram diatas kubur milik
isterinya itu.

"Haira sayang. Mari cium mama." Panggil Danish pada anak kecil yang
berusia lingkungan 3 tahun. Kini dirinya hanya bertemankan anak hadiah
peninggalaan Mahirah padanya. Lambang cintanya dan Mahirah.

'Semoga sayang tenang disana. Walaupun sayang tiada disisi abang cinta
abang pada sayang tetap seperti dahulu malah semakin mekar. Hanya sayang
yang bertahta di hati abang dulu dan kini.' Bisik hati Danish.

Langkah kakinya berlalu meninggalkan kawasan perkuburan. Hatinya sayu, sepi dan sunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience