BAB 21

Romance Completed 10479

Danish duduk berteleku di dalam biliknya. Almari baju yang menempatkan
baju Mahirah itu kosong.

" Mahirah awak kat mana sayang?" Danish merintih sendiri. Dia seolah-olah
menemui jalan buntu. Mahirah sudah mematikan talian telefonnya, Wardah
yang dihubunginya juga tidak tahu ke mana Mahirah pergi kerana kawan
baiknya itu masih belum menghubunginya. Not kecil diambil diatas kotak
hati merah jambu.

Saya mintak maaf sebab pergi tanpa pengetahuan awak. Awak tak perlulah
cari saya, saya tak ke mana-mana cuma perlukan masa untuk berfikir. Saya
sentiasa doakan kebahgiaan awak dengan si dia.

Your wife.

"Mahirah pesan pada kami dia terpaksa pergi buat sementara waktu, dia
cakap jangan salahkan kamu. Apa masalah sebenarnya Danish?" Ayah Mahirah
menyoal sebaik Danish menelefonnya petang tadi.

Danish menggelengkan kepala, matanya berkaca.

"Saya pun tak tahu kenapa dia pergi abah."

"Mesti ada masalah. Kalau tak takkanlah Mahirah sampai keluar dari rumah
tu." Danish mendiamkan dirinya.

"Sudahlah Danish. Biarkan Mahirah bertenang dulu. InsyaAllah bila dia dah
okey dia pasti akan balik. Kamu banyakkan berdoa supaya dia kembali pada
kamu ye." Kata bapa mertuanya itu.

" Mahirah ada bagi tahu abah tak dia ke mana?" Encik Ghazali menggeleng laju.

"Dia cuma bagi tahu dia okey, nanti dia telefon lagi." Danish mengeluh lagi.

"Kalau Mahirah telefon abah, abah tolong tanyakan dia dimana ye. Saya
betul-betul perlu berjumpa dengan dia."

"Haah, yelah."

"Danish kena pergi. Assalamualaikum." Kata Danish.

"Waalaikumusalam."

Sebaik pegangan telefon diletakkan. Encik Ghazali bersuara

"Kesian saya pada di bang," Encik Ghazali mengeluh.

"Terpaksalah Minah, anak kamu yang tak bagi beritahu."

"Tapi bang Danish tu kan suami dia." Encim Ghazali merenung isterinya.

"Kamu bincanglah dengan Mahirah, cakap elok-elok. Biar dia sedar apa yang
dia buat ni salah." Puan Aminah mengangguk perlahan sebelum berlalu
masuk ke dalam rumah.

"Kesian dia rindukan kamu." Mahirah mengetap bibir.

Sekarang baru nak fikir pasal aku, masa kau dengan sundal tu kau tak
fikir aku. Bentak Mahirah.

"Cuba cerita pada mak, apa masalah kamu dan Danish tu. Kalau kamu tak
bergaduh dengan Danish mesti ada sebab lain kan?" Mahirah diam seribu
bahasa. Tidak pasti harus diceritakkan pada maknya atau tidak.

*******************

"Kamukan tengah mengandung, kamu sepatutnya kembali pada Danish. Tak
elok buat dia tenanti-nanti macam ni." Puan Aminah menasihati Mahirah
ketika mereka sedang duduk melipat baju. Mahirah tersenyum tawar.

"Bukan Mahirah tak nak balik mak. Tapi Mahirah...."

"Assalamualaikum." Suara yang amat dikenalinya itu membuatkan Mahirah
tersentak. Dengan pantas dia berlari ke biliknya risau kalau-kalau
Danish akan menyedari kewujudannya dirumah ini.

Puan Aminah meneggeleng apabila memerhati Mahirah yang sudah lesap masuk
ke bilik. Puan Aminah membawa langkah ke depan, melihat tetamu yang datang.

"Mak..." Danish yang kelihatan sigul menyalami Puan Aminah.

"Ada apa Danish kemari nak?"

"Ada apa-apa berita dari Mahirah tak mak?" Puan Aminah menggeleng.

"Dia cuma telefon tanya khabar sahaja."

"Ada dia bagi tahu dia di mana?" Puan Aminah menggeleng lagi.

"Sudahlah Danish, tak apayah kamu susah hati. Nanti kalau dia dah tenang
dia akan pulang dengan sendirinya." Danish kelihatan menggelengkan
kepala, jiwanya tidak tenang.

"Tak boleh mak, saya kena juga jumpa Mahirah. Mama kat rumah dah jatuh
sakit sebab rindukan dia. Semua orang risaukan dia mak."

"Mama sakit kerana aku?" Mahirah memasang telinga dari belakang dinding.

"Mama kamu sakit Danish?"

"Haah mak, sejak Mahirah pergi dia dah tak lalu makan. Hari-hari panggil
nama Mahirah, kesihatan dia pun dah terjejas. Mama nak sangat jumpa Mahirah,
Danish tetap kena cari dia." Danish bernada sayu.

Puan Aminah berasa serba salah kerana menipu menantunya itu.

"Sabarlah Danish. Kalau Mahirah telefon mak akan paksa dia pulang. Kamu
jangan bimbang ye, insyaAllah dia balik nanti." Danish mengangguk laju.

"Terima kasih mak. Danish balik dulu. Assalamualaikum."

Mahirah keluar sebaik sahaja mendengar bunyi enjin kereta Danish menderu
laju. Hatinya terasa sebak kerana dia terlalu rindu hendak menatap wajah
suaminya itu.

" Mahirah..." Mahirah tersenyum tawar.

"Kamu dah dengarkan? Sekarang mak rasa dah sampai masanya untuk kamu
pulang. Semua risaukan kamu Mahirah." Puan Aminah menepuk bahu anaknya.

Air mata Mahirah berlinangan, dia tidak tahu kepulangannya itu adalah
keputusan yang tepat atau tidak, tetapi Mahirah begitu meruntun untuk pulang.

"Biarlah apapun yang akan terjadi nanti aku kena hadapinya jugak. Mama
dah tunggu aku, Danish juga sedang menanti. Kita pulang ye nak." Mahirah
mengusap perutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience