BAB 6

Romance Completed 10479

Sudah dua minggu Danish pulang ke rumahnya. Dia berharap yang Mahirah akan
datang melawatnya lagi tapi Adam ada bagi tahu yang mereka sudah pulang
ke kampungnya.

"Danish, mama berkenan sungguh dengan Mahirah tu. Baik budaknya, sesuai
jadi menantu mama." Ujar Datin Liana sewaktu di meja makan tadi. Danish
hanya mampu tersenyum sahaja, malu mungkin.

"Mama nak merisik dia kalau kamu tak kisah." Ujar Datin Liana lagi.

Mahu tercekik si Danish di buatnya. Haishhh mama ni, ada-ada sahaja.

"Apa awak ni, nak tercekik Danish tu. Nanti tak pasal-pasal pulak masuk
hospital. Susah-susah pulak Mahirah datang dari jauh." Kata Dato Rizuan
lalu ketawa Adam dan Datin Liana dibuatnya. Danish dari tadi menahan
malu, dia pula di jadikan bahan ketawa mereka.

"Diam tanda setuju." Seloroh Adam

"Mahu ke Mahirah tu dekat Danish." Ujar Danish rendah diri. Bukan rendah
diri sebenarnya tapi sedar diri.

"Aik, macam setuju aje." Soal Dato Rizuan.

"Apa salahnya." Danish berlalu pergi.

Setelah deringan demi deringan yang di terima Adam, dia pun mula
mengemas pakaiannya. Danish terasa hairan dengan tingkah laku Adam sejak
akhir-akhir ini. Mahu di katakan sudah ada girlfriend tidak pulak dia
bagi tahu Danish. Biasanya semua cerita mereka kongsi bersama.

"Kau nak ke mana?" Tanya Danish.

"Dah jom, kemas lah pakaian kau tu ikut aku." Kata Adam.

"Nak ke rumah ibu ke?" Soal Danish hairan. Biasanya kalau mahu ke rumah
ibu Adam akan memberitahunya terlebih dahulu.

Ibu merupakan emak saudara pada Danish dan kakak kepada Datin Liana.

"Dah cepat, aku dah lewat ni. Jangan risau mama dah tahu." Adam mula
melangkah keluar dari bilik.

Danish pada mulanya tidak mahu ikut. Tapi selepas di pujuk oleh Adam
akhirnya dia pergi. Risau jugak mahu biarkan Adam sendirian.

Dua beg baju di masukkan ke dalam bonet kereta milik Danish. Kali ini
Adam yang memandu. Kata Adam Danish hanya perlu duduk dan menjadi
pemandu arah apabila di perlukan sahaja.

"Kau sebenarnya nak ke mana? Setahu aku ibu duduk di Ipoh, aku tak tahu
pulak ibu dah pindah ke utara." Danish mula keliru setelah dari tadi
melihat papan tanda yang menyatakan, Kedah, Kedah dan Kedah. Hanya itu
yang jelas kelihatan.

"Ada aku cakap nak ke rumah ibu ke?" Soal Adam.

"Rumah Wardah." Kata Adam sambil tetumpu pada jalan raya lalu mula
memecut. Maklumlah hari sudah semakin malam. Kalau sesat susah pulak
mereka nanti.

Danish dari tadi tidak habis-habis mengusik Adam. Di katanya Adam
bercinta dengan Wardah lah, dikatanya Adam sudah pandai berahsia
darinya. Adam hanya mampu ketawa dan melayan kerenah si Danish.

Setelah sampai di Kedah Danish membuka wave alu mencari alamat yang
di berikan oleh Adam sebentar tadi.

"Ni haha, aku rasa betullah ni alamatnya. Tapi kenapa ramai orang. Mak
ayah dia meninggal ke?" Soal Danish.

Geram pulak Adam dengan mulut yang takde insurans itu. Adam parking
kereta mereka tidak jauh dari rumah tersebut.

"Weh tu bukan..." belum sempat Danish menghabiskan kata-katanya Adam
terlebih dahulu menarik tangan Danish.

'Hadoi matilah nak, apa aku nak jawab dengan Danish nanti.' Adam mula
takut, bukan sekali dia kena kan Adam sebegini. Masa ulang tahun
kelahirannya tahun lepas pun Adam juga kenakannya.

"Assalamualikum." Kedengaran salamnya disambut oleh seorang budak lelaki.

"Abah ada orang datang." Kata budak lelaki itu setelah pintu di bukanya.

"Har jemput mereka masuk." Kata pemilik rumah itu mungkin.

Terkejut Danish melihat mama dan papanya juga turut ada, dan perempuan
tu Wardah dan Mahirah . Apa Mahirah buat di sini? Dan apa sebenarnya yang
terjadi?

"Apa tercegat lagi, cepat salam dengan uncle dan duduk dekat papa." Kata
Dato Rizuan yang melihat anaknya masih tercegat di muka pintu. Mesti
banyak yang di soalnya balik nanti.

Mahirah dan Wardah terlebih dahulu ke dapur untuk membuat minuman dan
menghidangkan mereka sedikit kuih-muih.

"Assalamualaikum terlebih dahulu, kami datang ni sebenarnya ada hajat.
Dan biarlah dengan adat melayu kita." Seloroh Dato Rizuan.

"Ye betul." Kata Encik Ghazali ayah kepada Mahirah.

"Kami rasa pihak tuan mungkin dah tahu niat kami kemari. Kami datang
sebenarnya untuk merisik anak tuan untuk anak kami." Terkejut Danish
mendengar kata-kata papanya.

"Ye saya tahu, baguslah kalau begitu. Tapi saya tak akan beri sebarang
keputusan kalau tak dengar dari tuan badan sendiri." Ujar Encik Ghazali.

"Ye saya faham." Kata Datin Liana.

Datin Liana memandang kearah anaknya, tampak kegembiraan di wajahnya.
Dia juga tidak menjangka ini semua akan terjadi.

Mahirah datang ke ruang tamu dengan sedulang air lalu diikuti Wardah
dengan sedulang kuih. Wardah merupakan jiran dan merangkap kawan baik Mahirah

" Mahirah macam mana?" Tanya Datin Liana padanya.

Hanya senyuman yang di balas Mahirah lalu berlalu ke dapur.

"Kalau begitu caranya Datin, setujulah tu." Kata Puan Aminah ibu kepada
Mahirah .Dia cukup masak dengan perangai Mahirah .Lalu mereka semua ketawa.

"Tak payah nak ber Dato Datin sangat la Aminah. Panggil Ina dan Rizuan
aje."Setelah segalanya selesai, Datin Liana dan suaminya meminta diri
untuk pulang.

"Ehh tak payah balik lagi lah, bermalam dulu kat sini dua tiga hari. Dah
lewat ni, alang-alang datang. Nanti susah pulak nak jumpa." Minta Encik
Ghazali

"Tak menyusahkan ke?" Bukan mereka tahu mahu bermalam di sini, tapi
takut membebankan mereka.

"Takde lah." Kata Puan Aminah.

"Iyalah kalau begitu. Lagi seronoklah awak berborak Ina." Perli Dato Rizuan.

Di beranda Mahirah dan Wardah asyik bersembang. Entah apa yang
disembangkan mereka, kelihatan begitu rancak. Adam dan Danish yang
melihat mereka masih di beranda turut serta kerana bosan duduk di dalam
bilik.

"Ehemm ehemm" saja aje si Danish buat begitu pada Mahirah dan Wardah
supaya nampak mereka juga ada di situ.

"Ada orang rupanya." Kata Wardah.

"Macam mana, awak dah sihat." Tanya Mahirah.

"Aduhhhh." Danish mengaduh kesakitan.

Berlari anak Mahirah ke arahnya. Risau pula dia takut terjadi apa-apa.
Maklumlah, mereka tinggal di kampung,jauh sikit mahu ke hospital.

"Ehh, awak ok tak ni?" Tanya Mahirah yang mula memegang Danish kerana
takut jatuh.

"Saya ok aje, risau jugak awak ye." Ketawa Danish terbahak-bahak. Dia
sengaja buat begitu untuk melihat reaksi Mahirah.

"Mana ada risau." Di pukulnya bahu Danish, geram sungguh dengan Danish tu.

"Amboi, sweet orang sekarang ye." Usik Wardah.

"Mana ada." Mahirah mula malu bila di usik begitu.

Adam dan Wardah hanya mampu ketawa.

"Habis kita bila?" Tanya Adam lalu Wardah menarik Mahirah masuk ke dalam
rumah.

Di ruang tamu masih kedengaran Datin Liana dan yang lain berborak. Dari
tadi masih belum habis-habis lagi. Kalau beginilah caranya, tak tidur
pun tak apa.

"Saya ingat nak buat majlis akad nikah sekali dengan kahwin ajelah kan?"
Cadang Datin Liana.

"Agak-agak Ina bila?"soal Puan Aminah.

"Kalau boleh akhir bulan ini." Terkejut Encik Ghazali dan Puan Aminah.
Tidak sampai tiga minggu.

Mereka terdiam sejenak. Bukan mereka tidak mahu percepatkan, lagi cepat
lagi bagus. Tapi faham ajelah kewangan keluarga mereka.

Dato Rizuan dan Datin Liana seperti faham apa yang mereka fikirkan.

"Tak payah risau, kalau pasal kewangan semuanya kami akan tanggung
sepenuhnya kerana ini juga permintaan kami." Ujar Dato Rizuan.

Serbasalah pulak Puan Aminah dan suaminya.

"Tolonglah terima permintaan kami." Pujuk Datin Liana.

Encik Ghazali bersetuju dengan permintaan keluarga Danish dan berharap
semuanya akan baik-baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience