BAB 7

Romance Completed 10479

Mata dikedipkan ke atas ke bawah. Di tolehnya ke kiri dan kanan. Arghhh
kalau dah terjaga beginilah jadinya. Memang susah nak sambung tidur
balik. Cuba lagi dipejamkan mata, bukan tak mahu tidur tapi tidak boleh
tidur. Laungan azan yang jelas kedengaran membuatkan niat Mahirah untuk
sambung tidur terbantut.

Usai mandi, Mahirah menunaikan kewajiban sebagai umat Islam dengan
menunaikan solat. Selepas solat dia turun ke dapur untuk membantu Puan
Aminah apa yang patut, maklumlah ada tetamu. Awal sikit dapur berasap.

"Harr tu pun kamu, awal bangun." Kata Puan Aminah.

Mahirah hanya tersenyum, ditanya emaknya apa yang harus ditolong. Mahirah
rajin orangnya, pantang disuruh sikit, terus buat.

"Aminah, buat apa tu? Susah-susah aje" Tanya Datin Liana.

"Ye kak, ni nak buat nasi lemak sikit." Puan Aminah menyuruh Mahirah ke
kedai di simpang jalan untuk membeli santan.

"Ehh apa suruh Mahirah nya, tu hah Danish ada kat luar. Kejap mama panggil
ye Mahirah, suruh dia aje." Datin Liana naik ke atas lalu di panggilnya
Danish ke dapur.

"Ye mak, nak Danish beli apa?" Mahirah terkejut bila mendegar Danish
panggil Puan Aminah dengan panggilan emak. Eleh, nak tunjuk baiklah tu,
jadi menantu pun belum.

"Belikan mak santan. Empat ringgit." Kata Puan Aminah.

" Mahirah temankan abang ye?" Lagi terkejut si Mahirah bila Danish
membahaskan dirinya abang.

"Arghhhh" jerit Mahirah apabila ibu jarinya tersepit pada peti ais. Hah,
tulah padahnya kalau kau asyik mengelamun Mahirah. Kata hatinya.

"Cepatlah Mahirah, Danish dah tunggu tu." Puan Aminah memarahinya.

Berlari Mahirah ke bilik lalu mengambil tudung yang tersangkut di belakang
pintu. Tak perlulah nak berbelit-belit kerana mereka mahu cepat.

Seluar jeans biru, dengan t-shirt polo waran biru muda di padankan pada
tubuh sasa lelaki itu. Rambut yang di sikap rapi membuatkan Danish jauh
lebih kacak dari biasa. Terpaku Mahirah.

"Jangan pandang lama-lama nanti jatuh cinta susah." Kata Danish berlalu
pergi meninggalkan Mahirah yang masih terpinga-pinga. Mahirah juga pelik
dengan sikapnya sejak akhir-akhir ini. Mengelamun sahaja.

Asal mamat ni perasaan, ada aku pandang dia ke. Tu, aku pandang dinding
rumah aku. Sejak bila abah cat, tak perasan pulak aku.

"Awak ingat saya nak kahwin ke dengan awak?" Tempik Mahirah, geram barangkali.

"Kalau tak nak kenapa terima?" Tanya Danish.

Mahirah terdiam, tak akanlah dia nak cakap pada Danish sebab aku .... ish
tak mungkin. Tergelak mamat tu nanti, dan pasti aku yang malu.

Danish berjalan menghampiri Mahirah, di tenung mata Mahirah. Tangannya
memegang jari jemari Mahirah

"Saya tak akan terima kalau tak cinta, dan biarlah awak tak tanya pun.
Saya nak bagi tahu." Mahirah terkejut, betul ke apa dia dengar tadi. Jadi
dia cinta aku lah? Sebab tu dia terima? Eleh, yelah tu.

Pandangan matanya di larikan dari renungan Danish lalu dia menarik
tangannya lembut.

" Jangan berani pegang tangan saya selagi awak tak pegang tangan tok
kadi." Kata Mahirah lalu berlalu meninggalkan Danish sendirian.

" Amboi jual mahal ye. Tunggulah nanti."

Santan yang dibeli tadi di letakkan atas meja, telur yang sudah di rebus
di kopek Mahirah .Tampa sebarang kata begitu cekap di melakukan kerja
sebegitu. Pinggan di susun diatas meja lalu berlalu ke ruang tamu.
Punggungnya di labuhkan pada sofa, entah apa yang di fikirnya dari tadi
hanya diam membisu.

Perlu ke aku kata sebegitu, tak ke nampak yang aku terima dia secara
paksa. Apalah yang dia fikirkan pasal aku. Mesti aku dilabelkan
perempuan yang tak beradab, padahal dia bakal suami aku. Eh bakal suami
je pun Mahirah, bukan ada apa-apa lagi. Tapi kau tak fikir ke tu
mencerminkan diri kau, setiap tutur kata kau tu Mahirah .Arghh memang
parah bila bermain dengan perasaan sendiri.

"Awak tak sihat ke?" Tanya Danish yang entah dari mana muncul pun aku
tak tahu. Aku hanya menggeleng.

"Awak ada masalah ke? Macam tengah fikir sesuatu je" pandai pula si
Danish ni membaca fikiran aku, bomoh ke dia ni. Mahirah bermonolog sendiri.

Dahlah Mahirah, tak baik kau sangka buruk pasal dia. Ishhh tak patut
betullah kau ni. Mahirah geram dengan dirinya sendiri.

"Awak." Panggil Mahirah .Cuba dikuat semangatnya untuk bertanya Danish,
tapi takkan aku nak tanya sekarang. Errr memang tak lah, Adam pulak tu ada.

Danish memandang tepat ke arah Mahirah, mata coklat asli milik Mahirah di
tenungnya. Cantik, sungguh cantik. Hanya itu yang di fikir Danish.

"Apa sayang." Terkejut tak kepalang Mahirah di buatnya. Mimpi ke dia,
sayang? Betul ke dia sayang aku?

"Tak ada apa lah." Danish hanya tersenyum.

"Eh kenapa muka merah tu." Usik Danish.

Ishh geram pulak aku dengan Danish ni, sejak bila pandai usik aku. Dato
Rizuan hanya mampu tersenyum melihat kerenah mereka.

*******************

"Awak saya nak keluar jalan-jalan, boleh temankan? Saya tak kenal sangat
kawasan ni." Danish mungkin bosan duduk dirumah fikir Mahirah.

Apasalahnya aku teman dia kan? Lagi pun kesian jugak aku tengok
dia,mundar mandir je dari tadi. Aku pun dah lama tak keluar jalan-jalan,
duduk bandar lah katakan, tapi aku belajar ok, bukan suka-suka nak
enjoy, ikutkan hati tak ingin pun.

"Eh, awak nak ke mana tu? Kereta kat sana lah." Danish memuncungkan
mulutnya kearah kereta yang di parking di bawah pokok cerma itu.

Apa masalah pulak mamat ni, kita nak pusing kampung aje dan bukannya
bandar nak guna kereta. Ni lah orang bandar sekarang, ishhh teruk betul kan.

"Sayang, kita nak pusing kampung aje, bukan nak pergi pusing kedah ni
hah." Eh kejap, aku cakap sayang ke tadi. Kenapa lah dengan aku ni,
demam ke. Desis hati Mahirah.

"Apa? Sayang? " Danish tersenyum nakal.

"Mana ada, perasannya." Ujar Mahirah.

"Ala sayang, nak lagi." Dah mula dah mamat ni dengan suara manja dia.
Eiii, apa lah masalah dia ni. Tapi terasa melting Jugak bila dengar
suara Danish macam tu tadi.

"Tunggu berita awani jam 7.45 malam ni." Gurau Mahirah buatkan Danish
tergelak, terasa mesra pulak Danish dengan usikkan Mahirah.

"Dah, jalan kaki saje." Mahirah berlalu pergi.

Danish hanya mampu mengikut langkah Mahirah . Sesekali dia berjalan di
belakang Mahirah. Tiupan angin membuatkan wangian dari rambut Mahirah mengusik jiwa dan raga Danish.

"Jom ke bendang." Kata Mahirah lalu ditariknya tangan Danish. Tak pulak
dia sangka dia sendiri akan buat macam tu, secara sepontan pulak tu.
Alah, tadi pagi pegang tangan aku tak apa pulak. Baru adil, omel Mahirah.

Mahirah dan Danish melalui alur sungai untuk ke bendang. Titian kayu yang
sudah separuh uzur itu di lalui Mahirah terlebih dahulu.

'Plukkk' terasa hangat tubuh seseorang merangkul pinggang ku lalu
memeluk aku erat dalam dakapannya. Wangian badan dia, arghhh aku kenal
siapa.

"Maaf, saya cuma nak selamatkan awak." Ujar Danish. Aku faham niatnya
baik. Melihat kayu yang aku pijak tadi sudah hancur berderai di bawak
arus dek sungai. Kenapa dengan perasaan aku ni? Aku sendiri tak dapat
tafsirkan apa yang aku rasa.

Pemandangan padi dengan alur sungai yang mengalir di tambah pula dengan
angin yang bertiup sepui-sepui. Sungguh nyaman rasanya, nak-nak dapat
duduk di sebelah lelaki yang kacak ni. Eh wait, aku puji dia kacak?
Mimpi ke Mahirah. Tapi tak dapat aku nafikan, dia memang kacak.

Sewaktu di kampus dahulu, Danish merupakan lelaki kegilaan ramai
perempuan. Dah semestinya kegilaan perempuan lah kan, takkan lah pondan
pulak kot.

Pandangan mata Danish lemparkan ke arah sawah padi, terasa tenang.
Segala masalah yang Danish fikirkan pagi tadi terasa hilang begitu
sahaja. Penangan kampung katakan, tak ada tanding dengan suasana di ibu
kota yang saban hari makin sibuk.

Danish tiba-tiba teringatkan Nahan Wajidah. Betul ke dia akan berkahwin?
Dan maknanya dia akan mungkir janji yang pernah dia buat pada Nahan
suatu hari dahulu. Tapi bukankah ini permintaan Nahan untuk melihat aku
bahagia bersama orang yang aku cinta. Tapi betul ke orang tu adalah
Mahirah, kadang-kadang perasaannya jadi celaru bila teringatkan arwah.

Kini mereka berdua diam membisu. Hanya melayan perasaan masing-masing.
Maklumlah, memikirkan masa hadapan yang segalanya akan berubah dalam
beberapa minggu sahaja lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience