BAB 10

Romance Completed 10479

Kotak bercorakan love menarik perhatian aku. Apa agaknya isi didalam
itu. Cuba ku capai, arghh agak tinggi. Danish pun satu, tahulah dia
tinggi tak payahlah simpan tinggi-tinggi, kan susah aku nak ambik.
Dengan perlahan aku mencapai kerusi kayu berbentuk bulat di hadapan meja
solek. Kemudian ku letakkannya betul-betul di hadapan almari.
Harap-harap kerusi kayu ini dapat menampung beratku.

Susah juga untuk aku yang berjubah ini memanjat. Lagi pun mana pernah
mahirah buat kerja-kerja memanjat sebegini, biasa ayahnya sahaja yang
membuatnya. Akhirnya berjaya juga aku berdiri di atas kerusi. Fuhhh
lega. Tangan kugapai ke atas untuk mencapai kotak yang bersaiz sederhana
kecil itu. Tiba-tiba kaki ku tergelincir dan aku sudah tidak dapat
mengimbangkan badan lagi.

"Arghhh!!!" Aku terjerit dan terus memejamkan mata. Badanku terjatuh
ke belakang tetapi terasa seperti ada tangan yang menyambut.

Harap-haraplah tak ada orang yang dengar, nanti mereka fikir bukan-bukan
pulak. Hei mahirah, kau sekarang yang fikir bukan-bukan.

Berbekalkan sedikit keberanian, aku membuka mata dan memandang wajah si
gerangan yang menyambutku tadi. Mata kami bertembung seketika. Itu
Danish. Nyata dia juga terkejut dengan apa yang terjadi. Debaran di dada
semakin laju. Ya Allah apa yang berlaku ni? Malunya! Ingin sahaja aku
berpura-pura pengsan saat ini. Bukankah lelaki ini berada di luar tadi.
Bila dia masuk pun aku tak perasan.

Aku yang masih berada di pelukan suamiku berteka-teki kenapa dia masih
tidak melepaskan aku.

"Sayang, nasib baik awak tak jatuh." Katanya di antara dengar dan tidak
sambil merenung tepat ke dalam anak mataku.

Sayang? Apa merapu Danish ni, dari tadi bersayang-sayang. Aku tak salah
dengar ke ni? Tangannya menguis rambutku yang menutup wajah membuatkan
aku menjadi semakin berdebar-debar. Sikit aje lagi, jantung aku boleh
melompat keluar dari badan rasanya.

Dia kemudian terus meletakkan aku di atas katil. Kotak yang terjatuh
tadi di capainya lalu diletakkan di atas meja. Almari di buka lalu
dicapai sehelai t-shirt merah oleh Danish. Nak kan sama warna dengan
aku. Selesai menukar baju, Danish dengan selamba terus berbaring di
sebelahku.

Seperti biasa, jantungku mulalah buat perangai. Aku pula menginjak
sedikit badanku ke sebelah kanan katil.

"Sa... saya keluar dulu ye." Aku cuba untuk bangun tetapi tangan Danish
pantas mencapai lenganku membuatkan aku menjadi semakin gelabah.

"Sayang, boleh awak teman saya?" Bisiknya di telinga ku sambil tersenyum.

"Te... te... temankan?" Soal ku sedikit gugup. Aku pun tak tahu sejak
bila aku jadi gugup.

Apakah definisi teman di dalam kes ini? Ada siapa-siapa yang boleh
terangkan? Soalanku membuatkan lelaki itu ketawa kecil. Eh, seronok
agaknya main-main begini?

"Tadi bukan main lagi kenakan saya. Sekarang ketawalah macam tadi tu.
Kenapa pucat aje ni?" Ujarnya yang masih tersenyum.

"Saya.. saya.." ish kenapa tiba-tiba aku jadi kelu ni.

"Hey, jangalah buat muka camtu. Saya tak akan paksa awak kalau awak
tak bersedia." Ujarnya setelah melihat keadaan aku sedikit kalut.

Kemudian, lelaki itu memejamkan mata. Macam tahu pula apa yang sedang
aku fikirkan. Aku cuba mentafsirkan kata-katanya itu. Dia tidak akan
cuba memaksa aku? Paksa aku untuk apa pula? Aduh, sesungguhnya aku
semakin keliru dengan hubungan kami. Susahnya untuk meterjemahkan ayat
yang baru ku dengar ini walaupun dia hanya menggunakan bahasa Melayu,
bukan bahasa Jerman, Korean atau pun Sepanyol!

Hampir 2 jam aku tertidur. Dengan perlahan-lahan aku cuba membuka mata
dan cuba mengingati apa yang terjadi sebentar tadi. Sekali lagi aku
ingin menjerit apabila tangan suamiku memeluk erat pinggangku tetapi
jeritan itu hanya meletus di dalam hati sahaja. Sebenarnya sudah
beberapa kali Danish memeluk mahirah, tapi kali ini pelukkannya agak ketat
sedikit. Sesak nafas dibuatnya.

Tidak, aku pasti tidak ada apa yang berlaku. Kami hanya baring
bersebelahan begini sahaja. Tubuhku menjadi kaku dan aku tidak berani
bergerak apabila lelaki itu kembali mengemaskan pelukannya.

Pasti Danish tidak sedar akan kelakuannya ini. Mungkin aku ini
diingatkannya bantal peluk. Aduh bila pula dia nak bangun ni? Mataku
berkelip-kelip memandang ke arah siling sambil cuba mencari idea
bagaimana untuk meleraikan pelukan ini.

"Sayang dah bangun?" Soalnya lembut membuatkan rentak jantungku sekali
lagi jadi tidak menentu.

Kalau dah tahu aku bangun tu lepaslah pelukan tu cik abang oiii.

Malu untuk menjawab soalan itu, aku terus memejamkan mata. Pura-pura
belum bangun lagi. Harapanku, semoga dia beredar sebentar lagi dan masa
itu aku akan cuba menyelinap keluar dari bilik ini dengan pura-pura
tidak ingat tentang apa yang terjadi.

Setelah tidak mendapat respons daripadaku, lelaki itu terus mengalihkan
tangannya yang berada di pinggangku. Hatiku mula melompat kegembiraan
kerana rancanganku nampaknya hampir berjaya.

"Saya tahu awak dah bangun."

Kata-kata itu memang boleh buat aku pengsan. Nasib baik aku tidak ada
sakit jantung. Aku sedaya upaya meneruskan lakonanku dan memejamkan mata
rapat-rapat.

"Okay... I'm going to perform a test. Just to make sure you are still
sleeping." Ujarnya dengan lembut.

Ah, beria betul hendak buat ujian segala. Lelaki ini memang sengaja nak
cari pasal dengan aku. Sudahlah terasa berbahang wajahku sekarang
gara-gara perbuatannya tadi.

" mahirah, awak masih tidur kan? So kalau saya buat apa-apa pun mesti awak
tak sedar, kan?

Suaranya yang kedengaran sedikit nakal itu membuatkan aku berasa resah.
Aduh, memang hobi terbaru lelaki ini menyakat aku agaknya. Nafas Danish
yang ku rasakan sangat hampir denganku mmebuatkan aku membuka mata
seluas mungkin.

Senyuman kemenangan kini terpapar jelas di wajahnya.

Aku pula pura-pura menenyeh kedua-dua belah mata tanda baru bangun
tidur. Tidak pula kutahu sama ada lakonanku ini tepat pada masanya atau
tidak.

"Bangun pun."

Aku tetus menjarakkan muka kerana terkejut apabila kulihat bibirnya
rapat dengan bibirku.

"Lain kali jangan tipu saya. Okey?" Danish menciut hidungku.

Aku yang masih tercengang dengan kelakuannya itu, sampaikan sudah
kehilangan kata-kata. Sempat lagi lelaki itu mengenyitkan mata dan terus
bangun. Aku hanya mampu menutup bibir dengan sebelah tangan gara-gara
perbuatannya itu dan bangun dari katil untuk melangkah keluar dari bilik
ini. Memang sah sekarang aku berada di zon keliru.

Apakah dan siapakah aku sebenarnya di mata lelaki itu? Atau pun adakah
suamiku ini seorang playboy yang hanya ingin mempermainkan perasaanku?
Semua menjadi tanda tanya pada aku sekarang. Mampukah aku untuk terus
hidup sebegini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience