Cemburu Si Pencinta..

Romance Completed 16745

Aku sengih sendiri. Punch card dah isytiharkan aku lewat hari ni. Pertama kali rasanya kad tu cetakkan dakwat merah kat kad aku. Kad paling rare, tulis KI, je. Nak tulis SHAHZHAKI malas. Pegawai bahagian kewangan selalu dah tegaskan aku untuk tuliskan nama penuh, cuma aku je yang takdak telinga. Ehh Ketua Balai sayang aku, apa.. Aku cek kad Ejal pun belum punch lagi. Adil, beb. Kau merah aku merah. Sama! Lepas ni muka kita berdua kena menghadap Kak Wina bagi alasan kenapa lambat. Aku masuk office, usaha senyum kat kawan-kawan yang tegur. Awal-awal aku dah ajak Azri check pili, asalkan aku tak masuk dalam office ni. Aku tak nak terserempak dengan Kak Nana, wanita yang aku hormat kerana ketegasan dan kecekapannya, yang kini aku dah mula rasa kurang hormat pula pada dia. Aku sengaja buang masa dekat luar, sampai Ejal sampai. Kami ambil masa check semua alat pemadam api yang tergantung dekat semua jentera yang ada. Akhirnya kami masuk semula ke dalam office, dan aku terpaksa hantar laporan pada Kak Nana macam biasa. Nasib baik masa tu Kak Wina, pegawai bahagian kewangan dah masuk.
“ Pagi, Kak. “
“ Pagi Ki.. “ Hanya Kak Wina balas sapaan aku. Aku letakkan kertas laporan dekat atas meja Kak Nana. Masa aku dah nak keluar Kak Wina panggil aku semula.
“ Tahniah untuk perkahwinan Ki. Rupanya kahwin masa kitorang pergi kursus, ya? “ usik Kak Wina. Kak Wina ni dah kahwin, dah ada dua orang anak. Aku tersenyum. Nak membahaskan perkara ni depan Kak Nana? Tak pasal-pasal sekarang juga dia bunuh diri kat sini. Tapi tak elok juga kalau tak jawab apa-apa kat Kak Wina.
“ Ya, Ki tak tahu pun yang mama tetapkan tarikh kahwin tepat tarikh kakak kursus.. “ jawabku.
“ Oh.. Isteri Ki, sihat?
“ Er, sihat. “ jawabku perlahan.
“ Hah nanti bila dah bakal-bakal jadi ayah tu jangan tak beritahu kak pula, macam kahwin senyap-senyap je. “ usik Kak Wina. Aku tergelak perlahan.
“ Ki keluar dulu, kak. “ Aku terus keluar. Malas nak berlama-lama dalam bilik tu. Rasa macam aku perlu tarik hos bomba kat dalam office ni sebab bahang api Kak Nana tu dah terasa-rasa nak membakar perasaan aku juga.
Tengahari tu aku rasa macam tak ada selera nak makan. Lepas Zuhur tu Ejal dan Azri ajak keluar, tapi aku malas. Hasilnya mereka berdua hanya menunggang motorsikal ke restoran yang biasa kami pergi. Aku masuk ke dalam garaj jentera, kemudian duduk bersembunyi di balik tayarnya yang besar tu. Nasib baik aku tak pakai uniform Pegawai Kanan hari ni, boleh juga lepak macam pegawai biasa dekat tepi tayar, tu. Aku teringatkan Zizi, terus call nombor mama.
“ Ha Ki.. Kenapa ni? Suara macam tak sihat, je? “ Tudia mama, aku belum bersuara pun dia dah tahu aku okey ke tidak.
“ Ki penat je mama, baru lepas solat. Mama ada nombor Zizi, tak? “ tanyaku terus. Mama tergelak.
“ Macamana ni, Ki? Nombor telefon isteri sendiri pun tak tahu, ke? “ Aku ikut tergelak mendengar tawa mama. Ya, aku rindukan mama. Rasa nak peluk je mama sekarang ni.
“ Bukanlah, tak sempat nak tukar dengan Zizi. “ jawabku. Mama kata dia akan mesej nombor Zizi nanti.
“ Balik rumah mama kalau tak sihat, Ki. Mama rindu.. “ kata-kata mama membuatkan aku sedikit sebak, dengan keadaan yang aku hadapi sekarang ini, aku rasa hati aku mudah tersentuh.
Shahzhaki memang budak baik~ Lepas dapat nombor Zizi, aku terus call dia.. Rasa nak usik dia pun ada juga.
“ Hello?
“ Boleh kenal, ke? “ usikku pantas.
“ Er, siapa ni? “ tanya Zizi, teragak-agak. Aku hampir tergelak.
“ Nak ajak awak keluar boleh? “
“ Ehh, siapa ni?
“ Nama awak Zuzu ehh? “
“ Err, awak salah nombor nii.. “
“ Awak dah ada boyfriend..? “ Aku menguji. Zizi teragak-agak,
“ Er, saya dah kahwin ni. Jangan call saya. Nanti husband saya tahu..
“ Alah husband awak bukannya tahu kalau awak pandai simpan,
“ Ishh, awak ni!
“ Siapa nama husband awak tu? “
“ Err, Zhaki kot? “
“ Zhaki kot? Nama husband awak pun awak tak sure? “
“ Ishh!
“ Husband awak tu keja mana? Bagi saya cari dia,
“ Ehh, jangan! Awak ni dah gila ke apa? Saya dah lah tak kenal awak! Kalau awak kacau husband saya siaplah awak! “ Zizi melenting. Aku menahan gelakku.
“ Heii Zizi ni abanglah.. “ Aku akhirnya ketawa. Zizi terjerit-jerit kerana marahkan aku. Aduh, rindu pula.
“ Eeeeii abang ni. Nak kenakan Zizi macam ni, pula? Zizi takut, tau?! “ Suaranya kedengaran merajuk. Aku menghabiskan gelakku,
“ Abang rindu dekat Zizi, sebab tu minta nombor Zizi dari mama… Zizi tak rindu abang, ke? “ tanyaku menguji. Zizi tergelak perlahan, namun gelaknya ku dengar sangat manja.
“ Rindu… “ jawabnya perlahan. Aku tersenyum lega.
“ Abang jaga diri, ya? Zizi tunggu abang balik. “ katanya ikhlas, aku menundukkan kepala.
“ Abang sayangkan Zizi, cc~ cintakan Zizi.. “ Aku menyentuh dada. Zizi ketawa perlahan, mungkin gembira mendengar kata-kataku. Pun begitu Zizi tidak mahu meluahkan apa-apa, dalam hati aku memberikan Zizi masa. Selepas berbual beberapa ketika, aku tamatkan panggilan bersama Zizi. Aku pejam mata aku sekejap, kemudian tercelik sebaik terdengar bunyi tapak kaki di belakang jentera. Aku bangun dan melihat,
“ Hemm, Kak Nana.. Buat apa kat sini? “ tanyaku. Kak Nana mahu menghampiriku, namun aku segera menjauhkan diri.
“ Kak dah tunggu lama untuk Ki,
“ Kak Nana! Stop it! Saya dah kahwin, kan? “
“ Takkanlah Ki tak ada perasaan langsung dekat Nana, “ Aku mengangkat tanganku, memintanya untuk berhenti bercakap.
“ Kak Nana, jangan macam ni. Saya takkan dapat buat apa-apa. Saya dah ada isteri. Saya kena jaga hati dia. Kak Nana kena cari lelaki lain. “ Aku cuba memujuk. Kak Nana menggeleng.
“ Kak cuma suka dekat Ki sorang, “ Kak Nana cuba menghampiri lagi. Aku rasa dia dah hilang akal agaknya sebab tu sampai jadi tak malu macam ni. Aku sedikit risau. Mahunya dia sengaja buat hal dekat sini, habis aku kalau dia cuba buat cerita yang aku cuba goda dia dekat garaj ni. Aku keluar dari garaj tu selepas menyaingi langkahnya yang mula mahu mengejarku.
“ Ki takkan sempat jadi ayah, pun! Tengok jelah nanti! “ kata-kata Kak Nana kedengaran bagai ugutan pada telingaku. Aku menoleh semula ke arahnya. Rasa marah aku makin membuak-buak.
“ Kak Nana jangan cuba ganggu isteri saya. “ Aku hampir menudingkan jari.
“ Nana tak perlu pun ganggu dia. Masalah Nana cuma dengan Ki. “ Kak Nana terus keluar, membiarkan aku terpinga-pinga sendirian. Apa dia cakap ni? Dia nak bunuh aku betul-betul ke apa? Separuh hari sebelum waktu kerja tamat, aku diam je. Tak ada buat apa. Belum ada kes kebakaran terbaru terjadi. Training pun tak ada. Orang gelak, aku gelak. Orang serius, aku ikut serius. Sampai masa dah nak balik, satu-satu kawan dah keluar pegi punch card. Semua nak balik. Aku tengok Kak Nana dah keluar dulu. Aku sengaja berlambat-lambat dekat dalam balai, malas nak balik awal macam ni, jalan mesti sesak. Dekat  pukul 7.30 petang baru aku gerak nak tinggalkan balai. Masa aku keluar kereta Kak Nana masih ada dekat parking, tapi bunyi enjin dia aku dah dengar. Ishh, takkan dia tak balik lagi? Aku nak intai, malas.. terus je aku masuk dalam Hilux dan keluar dari kawasan balai. Nak tahu, Kak Nana follow aku. Aku dah rasa lain macam, terus call member aku Azam. Dia tu pegawai polis. Kami sama-sama apply nak jadi bomba, tahu-tahu aku sorang je dapat, dia terus cuba apply jadi polis. Rezeki Allah kan luas, tak sampai berapa bulan dia dah mula lapor diri. Kira dia up dari aku lah tapi kami masih lagi kawan.
“ Hello, Zam. Kau kat mana ni? Ada orang follow aku, lah.. “
“ Masuk balai.. Aku ada kat sana. Nanti aku follow kau guna kereta ronda. “ Aku terus pandu ke balai polis macam yang Azam suruh. Kak Nana follow je aku. Mungkin dia ingat aku nak ikut jalan lain, bila aku signal je ke balai polis, dia terus berhenti kat tepi jalan.
“ Aku memang dah agak dia nak follow aku. Tengok dia masih ada dekat sana, “ Azam ikut mengintai. Aku terpaksa beritahu dia pasal Kak Nana. Mesej Kak Nana pun aku beri dia baca. Tak lama lepas tu Azam pandang aku.
“ Lain kali jadi macam aku. Dahlah tak handsome, hitam pulak tuu.. “ Aku terus tergelak mendengar kata-kata Azam. Masih teringat usikan Kak Wina, dan Kak Nana juga masa tu, muka aku macam Song Joong Ki. Ya, Kak Nana yang kata macam tu. Aku mengeluh perlahan.
“ Boleh jadi dia nak follow kau sampai rumah ni, beb.
“ Dia tak tahu lagi rumah baru aku, rumah mama aku. Kalau boleh aku tak nak dia tahu. Maunya masa aku pegi kerja dia hantar orang pegi ganggu Zizi. “ Aku mulai risau. Kereta Kak Nana masih ada kat sana.
“ Aku keluar dulu, aku akan awasi dia. Kau balik. Nanti aku follow kereta pegawai tu sampai rumah dia.
“ Asal dia tak ikut aku, beb.
“ Ahh, jangan risaulah. Aku ada. “ Azam masuk ke dalam kereta peronda, terus keluar dari kawasan balai dan berhenti di tepi kereta Kak Nana. Aku cepat-cepat masuk ke dalam Hilux dan pilih jalan lain untuk balik ke rumah. Biar jauh, asalkan bukan jalan biasa aku ikut. Dari jauh aku masih nampak kereta yang Kak Nana mula pandu diekori rapat oleh Azam. Aku sedikit lega. Aku cuma tak mahu Kak Nana melebih-lebih sampai nak ganggu rumahtangga aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience