Jangan Bagi Abang Pilihan!

Romance Completed 16745

" Zi, " Aku terus genggam tangan Zizi dan cium pipi dia. Zizi buka mata dan terus pandang aku. Aku terus senyum, airmata Zizi mengalir lepas nampak aku.
" Maafkan Zizi,
" Takpa, nanti cuba lagi. " kataku perlahan, lemah. Kata mama, keadaan Zizi dan bayi 50/50, nafas aku jadi tambah sesak dengar kenyataan tu.
" Doktor tanya abang, nak selamatkan baby ke Zizi.. " Aku terus pejam mata, sakit! Zizi senyum, ikhlas.
" Zizi ikut abang je. "
" Zizi jangan bagi abang pilihan macam ni, Zi! " Akhirnya aku menangis lagi. Lama Zizi biarkan aku nangis. Dia usap rambut aku, sekali sekala usik telinga aku. Aku genggam tangan dia.
" Abang, jangan nangislah... Eee buruklah dah tua nangis macam budak... " usiknya lagi. Suaranya tenang. Lepas tu dengar suara dia gelakkan aku. Aku peduli apa buruk ke apa orang tua nangis, aku tau aku ada rupa. Aku seka airmata dan pandang dia. Kali ni dia usap pipi aku. Dalam hati aku bermacam perasaan, tapi kenapa Zizi masih boleh tenang dan gelak macam tak ada apa-apa.
" Jangan bagi abang pilihan, Zi.. " kataku lagi, perlahan. Zizi senyum.
" Zizi dah dua kali macam ni, Zizi takut tak dapat bagi cucu untuk mama dan mak. Mama dan mak kahwinkan kita sebab nakkan cucu, kan? Kita tak cinta
" Zizi... Abang cintakan Zizi...
" Zizi pun cintakan abang~~~ tapi kita kena selamatkan baby ni.. Zizi mati pun Zizi tak kisah. Abang boleh kahwin lain..
" Zizi.... " Aku terus berdiri. Aku tenangkan diri dan sandarkan belakang badan ke dinding.
" Abang jangan fikir banyak. Masa tak ada.. " pujuk Zizi. Aku geleng. Aku bergerak ke arah Zizi dan cium dahinya.
" Abang tak nak, abang nak Zizi. " Aku terus tinggalkan Zizi dan keluar dari wad tu. Mama dan mak mentua aku terus pandang aku.
" Ki? "
" Tolong beritahu doktor selamatkan Zizi.. " Aku terus pergi. Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Panggilan mama pun aku langsung tak endah. Aku tak nak ubah pendirian. Aku tak nak dengar alasan doktor apa risiko akan datang kalau selamatkan Zizi berbanding baby.
Aku hantar Ejal ke balai terlebih dahulu sebelum bawa diri ke masjid berdekatan dan tunaikan solat yang dah hampir nak ke penghujung. Sementara tunggu Asar, aku solat sunat, doa banyak-banyak pada Allah. Kalau pun Zizi tak selamat, aku redha.. tapi aku takkan kahwin lagi. Aku tau Zizi, dan Baby Ryzal akan tunggu aku kat syurga nanti. Ya Allah, lemahnya perasaan aku saat ni. Aku tak ada siapa-siapa kat dunia ni melainkan mama, ayah, Ejal dan Zizi. Kalaupun ada baby nanti, apalah erti hidup aku tanpa Zizi.
Usai solat Asar, aku solat sunat lagi sekali. Doa aku tak habis-habis, untuk Zizi, dan untuk baby kalau Allah izinkan. Aku rasa nak diamkan diri, aku tak dengar apa-apa. Aku bagitahu Ejal aku takkan balik balai lagi. Suka hati aku pula! Bukan apa, aku susah hati sangat. Aku baca Al-Quran untuk tenangkan hati. Selagi mama tak call, aku takkan balik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience