Wedding Present.

Romance Completed 16745

" Ki,
" Eh, mama.. " Aku meruap muka. Orang ramai sudah mulai bersurai. Yang dengar riuh hanya dari arah dapur. Sepupu sepapat aku dan Shay bergabung lepas berkenalan. Aku tak banyak cakap, dengan Shay pun aku langsung belum tegur. Ejal pergi lepas bual dengan aku, yang dia dah lama perasan Shay dan kawan-kawan dia yang hina kerja kami tu ada dekat majlis tadi. Akhirnya aku beritahu pada Ejal, dan Azri juga yang mama dah aturkan semua ni untuk aku, dan aku langsung tak tahu yang Shay tu bakal isteri aku. Aku pun baru nampak dia masa nak sarung cincin tadi. Syukur mereka berdua terima kata-kata aku bulat-bulat, sebab Ejal pun kata dia perasan perubahan muka aku sebaik nampak muka Shay.
" Kenapa, ni? " Mama usap belakang badanku, aku menggeleng perlahan. Ketika itu aku sedang duduk di ruangan beranda rumah Shay, sebenarnya baru siap membersihkan keretaku yang agak bersepah.
" Mari masuk, sayang. Mama dan ayah, dan mertua Ki ada nak bual sikit. " kata mama padaku. Aku mengangguk perlahan, masih terkaku seketika.
" Mama tahu Ki marahkan mama sebab paksa Ki kahwin.
" Mama, Ki tak marahlah, " Aku juga memperlahankan suaraku seperti mama, risau didengari oleh mertuaku di dalam rumah.
" Ki, mama yang lahirkan Ki, mama yang besarkan Ki. Muka ni, marah atau suka, mama tahu. Tak payah Ki cakap, apa yang ada kat sini, " Mama menyentuh dadaku, aku menyentuh jemarinya dan memandangnya sayu,
" Boleh nampak kat sini.. " Kali ini mama menyentuh pipiku. Aku menundukkan kepala. Tengok, mama sedar yang aku tak suka.. Aku mengangguk perlahan.
" Maafkan Ki,
" Mungkin sekarang Ki tak suka, Ki mungkin benci dia.. Kalau Ki tak dapat nak layan dia macam isteri, cukup layan dia baik-baik macam layan seorang adik, dah elok. Lama-lama nanti Ki akan mula sayang dia, dia pun akan sayang pada Ki nanti. " Kata-kata mama membuatkan aku tenang sebentar, perlahan aku tersenyum.
" Baik, ma. Terima kasih. " Sekejap kemudian aku menurut langkah mama masuk ke dalam rumah keluarga baruku itu. Aku lihat Shay sudah berada di sana, masih cantik seperti tadi, sebenarnya.
" Duduk, Zhaki. " Bapa mertua aku mengajak. Hah ni lagi satu, suka panggil aku Zhaki! Ayah, ayah mertua sama je. Ke memang diorang suka dengan nama Zhaki. Old people~ Aku gelak dalam hati.. Pun begitu aku tetap tersenyum, duduk dengan agak tidak rela di sebelah Shay. Dia menepi sedikit sewaktu aku duduk tadi, hampir aku palingkan muka ke arahnya dan menjengilkan mata! Kau ingat aku nak sangat ke duduk sebelah kau! Nasib baik aku ingatkan diri yang aku berada dekat dalam rumah dia. Aku biarkan makbapak kami berbual sebentar sementara aku dan dia sama-sama kekok sebaik bahu atau siku kami bersentuhan. Saat itu mama Shay memandang ke arah kami, aku cepat-cepat memfokuskan pandangan.
" Kami sebenarnya ada sesuatu untuk Zhaki dan Zizi
" Yeke? Apa dia, mama? " Shay terus memintas. Aku ikut menoleh. Zizi, hem.. boleh tahan sedap juga nama tu kalau nak panggil dia. Sebelum aku terlajak panggil dia Shay macam yang kawan-kawan dia dok panggil dia tu, baik aku panggil dia Zizi dulu.
" Anggap jelah ni hadiah perkahwinan daripada kami berempat. " Shay, oppss.. Zizi.. Zizi sambut huluran kotak baldu merah dari tangan mama dia. Masa dia buka, aku ikut intai sikit, saja nak tunjuk rasa teruja. Sebaik kami lihat isi kotak tu, aku dan dia hampir berpandangan. Zizi tergelak perlahan,
" Kunci apa ni, mama? " tanyanya. Aku masih seperti tadi, ikut memandang tanpa bersuara.
" Kunci rumahlah. Alamat ada dalam tu. Lepas ni Zizi dah boleh ikut tinggal dengan Abang Zhaki. " Mama aku menjawab. Aku tergamam sekejap. Tinggal dengan dia?!
" Takkan Ki nak bagi tinggal mama sorang-sorang dekat rumah? " Aku mengerutkan kening. Mama tersenyum. " Sekurang-kurangnya ada rumah untuk Ki dan Zizi. Bila bosan nanti boleh balik rumah mama, atau mama Zizi. " Aku agak terkedu, hampir mengeluh pun ada. Aku tak nak tinggal dengan budak ni!
" Tak apalah, mama. Ki tak dapat terima hadiah ni. Biar Ki usaha untuk dapatkan rumah lain untuk Ki dan Zizi, Ki tak nak menyusahkan mama, dan mama.. "
" Zhaki, terima, jelah. Kami ikhlas. Lagipun kami faham Zhaki dan Zizi perlukan masa untuk mengenali antara satu sama lain. " Giliran ayah memujuk. Aku memandang Zizi,
" So? " tanyaku. Zizi menutup kotak itu dan memandangku sekilas, tetapi tidak berani melihat mataku sungguhpun sesaat. Aku tahu, dia masih ingat pada aku, anggota bomba yang diorang kutuk-kutuk, tu~
" Zz~~ Zizi ikut abang, je. " jawabnya. Aku diam.. Aku tak nak terima rumah tu, tak pasal-pasal aku kena tinggal dengan orang yang aku tak suka. Baik tinggal dengan mama, je.
" Kalau perlukan masa, tak apa.. " Ayah dia mencelah. Aku tersenyum hambar, selepas beberapa ketika, akhirnya aku capai kotak tu dan ucap terima kasih, tanda aku menerimanya. Aku dah fikir, kalau tinggal dekat rumah mama, atau mama dia, aku kena jadi hipokrit sebab terpaksa layan dia baik-baik. Kalau kami tinggal rumah lain-lain, aku nak tidur asing dengan dia pun boleh.
" Dalam masa terdekat ni kami akan mula tinggal dekat sana,
" Alhamdulillah~~ " Mama mengucapkan syukur. Aku tahu dia gembira bila aku dah terima Zizi, mungkin cuma di hadapan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience