Okey, Ki.. You Win!

Romance Completed 16745

Usai solat Zohor bersama mertuaku di surau mini di rumah itu, aku bergerak naik ke atas mencari bayangan Zizi. Aku cari bukan suka, aku cari dia sebab aku tak tahu nak lepak mana kat rumah ni. Kalau dekat rumah aku, mesti sekarang tengah baring atas sofa, tengok tv. Dekat rumah ni yang aku tahu tempat yang aku confirm-confirm boleh masuk sesuka hati ialah bilik Zizi. Zizi tak tutup pintu bilik, bila aku masuk tu baru aku tutup. Dia toleh sebentar masa aku masuk tadi. Teringat kata-kata mama, kalau tak dapat layan macam isteri, layan dulu macam adik. Biasanya kalau abang yang ada adik, adik tu dia buli, kan? Hemph~
" Kalau awak nak tidur tengahari, tidur je dekat atas katil tu, " Dia memberanikan diri bersuara. Aku tersengih.
" Awak tak kisah katil awak kotor ke, apa ke.. " aku mengusik. Zizi memandangku sekejap dan tersengih, kemudian meneruskan kerjanya sebentar tadi, memasukkan buku nota ke dalam sebuah kotak. Aku duduk di atas kerusi meja belajarnya dan sempat menyelak beberapa buah buku latihannya. Zizi hanya memandang sekali-sekala.
" Awak nampak okey je dalam pelajaran awak, " aku memuji, dia tergelak perlahan.
" Gila tak okey, ayah pengetua dekat sekolah tu. Malu kalau corot. " jawabnya. Aku tersenyum. Buat seketika aku memandang gambar-gambar yang Zizi lekatkan pada dinding di hadapan meja belajarnya. Aku memerhati. Dalam semua gambar tu, Zizi adalah yang paling cantik sekali.
" Ini kawan-kawan awak tu, kan? " Aku memandangnya, dia mengangguk perlahan.
" Lepas ni awak jangan kawan dengan diorang ni, lagi. " arahku. Kami berpandangan sekejap.
" Kenapa tak boleh? " tanyanya. Aku menarik sekeping gambar itu, dan memasukkannya ke dalam kotak buku Zizi, Zizi hampir terkedu.
" Ikut je cakap saya boleh, tak? " Aku memandangnya. Zizi diam. Sungguhpun begitu tangannya tetap membuka kesemua gambar bersama rakan-rakannya dan dimasukkan ke dalam kotak. Permukaan dinding itu terus menjadi kosong.
" Lagi saya nampak muka diorang, lagi saya marah pada awak. "
" Kenapa nak marahkan saya, saya tanya pendapat diorang kalau nak bercinta dengan bomba, sebab saya dah tahu pekerjaan awak masa tu, dan tu pendapat diorang, saya tak cakap awak kotor ke apa.. " Zizi semakin berani bersuara, mungkin tidak mahu aku marahkan dia lebih-lebih. Dia nampaknya sedang membela diri. Tanya pendapat jika nak 'bercinta' dengan bomba? Did you see that?
" So, awak dah kenal saya masa tu? " tanyaku. Dia memandangku, riak mukanya berubah sedikit dan agak kemerahan. Mungkin malu selepas berterus-terang dengan kata-katanya  kemudian mengangguk.
" Ya, mama dah tunjukkan gambar awak pada saya, tapi saya tak beritahu mama lepas saya nampak awak dekat restoran tu.. " jawabnya. Aku tergelak. Nampak sangat dia macam aku, menurut kata-kata mama aku dan mama dia supaya dijodohkan. Yang tak adilnya bila dia dah kenal aku sebelum majlis kahwin, dan aku kenal dia semasa majlis kahwin. Eh, jap... kejap yea, agak-agak dia tak beritahu mama dia sebab dia sukakan aku ke apa? Mungkin bila pertama kali nampak gambar aku tu dia dah suka, sebab tu dia minta pendapat kawan dia kalau nak bercinta dengan bomba. LoL, Zizi ada hati nak bercinta dengan aku..
Okey, Ki.. You win!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience