Bomba Malang..

Romance Completed 16745

Hari ni aku keluar dari balai guna Hilux merah Jabatan Bomba dengan Azri, Ejal dan Abang Malik untuk pantau sebuah kedai yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang kurang. Pemilik kedai yang degil tu tak nak tinggalkan kedai dia yang mempunyai masalah litar pintas tu. Tiap kali salah satu suis dihidupkan, meter kat dinding tu terus melompat dan memutuskan bekalan elektrik. Sebenarnya beberapa hari lalu kedai sederet ni telah terbakar dan hanya kedai ni saja yang terselamat daripada kebakaran tu. Pihak forensik kebakaran mendapati sistem pendawaian elektrik seluruh bangunan dah terganggu tapi pemilik kedai ni enggan meninggalkan premis dia walaupun waran dah kami keluarkan. Kami dah pujuk sedaya upaya, just in case supaya tak ada kebakaran kali kedua berlaku kat tempat yang sama. Akhirnya pemilik kedai tu mengalah lepas kami minta bantuan polis.
Lepas solat Zohor dan makan tengahari kat restoran, kami balik ke balai. Ejal drive, aku kat sebelah dia, Azri dan Abang Malik jadi boss dekat belakang. Dalam perjalanan balik tu macam-macam kami bualkan. 80% cerita kami adalah mengenai rumahtangga dan anak. Gembira je Abang Malik bila bercerita tentang anak lelakinya Zarul. Kata Abang Malik nama sebenar Zarul adalah Shahzharul, letak nama sempena nama aku, sebab dia sayang kat aku macam adik. Sebak juga aku. Teringat arwah Baby Ryzal, letak nama dia sebab Ejal juga.
Tengah seronok berbual tiba-tiba aku tersedar ada sebuah van Hiace dah masuk ke lorong kami sebab nak memotong. Mungkin sebab Ejal terleka sebentar sebab berbual, atau mungkin aku dah kejutkan Ejal dengan suara panik aku, terasa tak sempat nak buat apa-apa, Ejal sempat pijak brek namun kami tetap bertembung dengan van tu, hasilnya pacuan bomba kami terbalik selepas hilang kawalan dan termasuk ke dalam longkang besar di tepi jalan. Aku tarik nafas lepas terhempas, tercungap-cungap aku dengan benda yang dah jadi ni. Apa ni? Kami accident, ke? Aku cuba gerakkan badan aku, rasa mati je. Kaki aku dari paras paha ke bawah dah tersepit dengan dashboard. Dengan keadaan kami yang sedang terbalik ne, aku makin lemah. Aku cuba buka mata, Ejal pun tengah tarik nafas panjang. Stereng pun dah himpit dada dia. Aku gagahkan tangan aku buka selfbelt, tapi aku tak ada tenaga. Hentakan kuat buatkan kepala aku terhantuk kat cermin dan berdarah, Ejal pun sama.
" Ki? "
" Erhh, Abang Malik.. "
" Ki cedera, Ki? "
" Tolong saya Abang Malik.. " Aku pejamkan mata. Azri dah pengsan, lagi pun dia dan Abang Malik tadi tak pakai selfbelt dekat belakang. Cerita-cerita indah kami sebentar tadi terasa hilang macam tu saja. Aku teringatkan Zizi, teringatkan mama.. Kak Nana. Teringatkan Zarul dan Halique anak Azri. Sempat ke kami berempat balik jumpa diorang semua. Nafas aku rasa pendek, darah dah membuak-buak keluar dari mulut aku. Aku sempat pandang Ejal yang dah tak bergerak, lepas tu dunia aku terus rasa gelap. Memang hari ni hari malang untuk kami, ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience