Serius Nak Kahwin?

Romance Completed 16745

Nak halang masa dari terus berlalu dengan cepat pun aku takkan mampu. Macam baru semalam mama hantar dulang hantaran, hari ni dia dah hulur pada aku kad kahwin yang dah siap dicetak pula. Sungguhpun itu adalah kad kahwin aku sendiri, tangan aku cukup terketar-ketar menyambutnya. Selalu, nama kawan, sekarang, nama aku. Aku buka kad tu, dan hari ni baru aku tahu nama dia, Shayziyu.
Sekejap? Jantung aku berdebar ke apa, ni? Macam jodoh pula. Nama aku dan dia hampir sama saja,
" Family dia panggil dia Zizi, dia seorang saja dalam keluarga tu, macam Ki juga. Kawan-kawan sekolah panggil dia She, atau Shay. Mana-mana Ki rasa selesa panggil dia, panggil dia baik-baik. " Mama menyentuh bahuku. Aku sekadar memandang sekejap dan meletakkan kad itu ke atas meja.
" Esok Ki edar kad ni pada kawan-kawan Ki. Jangan risau orang nak usik ke apa, diorang usik sebab gembira. Dulu kawan-kawan sekerja usik mama bercinta dengan budak sebab diorang dengki ayah Ki dulu kacak sangat, macam Ki. " kata-kata mama membuatkan aku tiba-tiba sebak. Tanpa sedar aku memeluknya,
" Ki akan cuba yang terbaik, mama. Terima kasih. "
Sebaik kad aku edarkan kepada kawan, semua sibuk nak tahu umur dia, aku memang dah agak. Tapi aku hanya katakan muda beberapa tahun dari aku.
" Kau ni biar betul, Ki. Bergayut tak pernah, keluar dating pun tak pernah, tiba-tiba bagi kad kahwin. Betul ke kau nak kahwin, ni? " Aku duduk di atas meja kerjaku, berpura-pura tenang. Pernah aku tidak bertegur baik beberapa hari dengan rakan seunit kerana mengejek aku anak mak dan tidak hairan jika jodoh aku nanti bakal diaturkan oleh mama.
" Aku dah bagi kad, kan? Betullah, buat apa aku nak bergurau,
" Kata nak tunggu aku, Ki? " Aku tergelak. Ejal, si forever alone yang tak pernah-pernah berjaya mencari cinta, sering mengadu apabila cintanya sering saja ditolak. Bukan tak handsome Ejal ni, tapi entahlah.. Mungkin perempuan zaman sekarang tak suka anggota bomba, kot?
" Memanglah nak tunggu, tapi mama aku dah tak sabar nak timang cucu, siapa lagi nak bagi? Aku je kan? "
" Tahniah, Ki. Wah, nama pun dah cantik mesti cantik awek kau ni, kan? "
" Awek? " Aku hampir tersentak.
" Er, ehh mestilah. Ni Zhaki, lah. " Aku berpura-pura mahu melekakan diriku dengan kerja, tidak mahu terus disoal dengan pelbagai soalan lagi.
" Ingat lagi tak masa kita selamatkan perempuan yang tersepit kat dalam kereta bulan lalu?
" Awek yang cun tu? " Azri menyampuk.
" Dia dah selalu keluar dengan Abang Malik sekarang! " Aku ikut tergelak selepas mendengarnya,
" Ye ke? "
" Ye lah.. Abang Malik sendiri bagitahu aku! " Ejal meyakinkan. Mereka berbual lagi. Jodoh, kadang-kadang ditemui di tepi jalan, di dalam kedai, di kawasan perumahan. Agak kelakar bila mendengar cara rakan-rakan yang lain menemui cinta. Aku dengan hal aku ni, dijodohkan oleh mama tanpa kerelaan aku. Macam Abang Malik ni, ya.. aku masih ingat. Perempuan tu menangis meraung minta dikeluarkan, takut kereta tu meletup. Abang Malik yang tenangkan dia. Mungkin kerana berasa sangat berterima kasih, dia datang ke balai bomba dan mencari lelaki yang membantunya, siapa lagi kalau bukan Abang Malik, dan akhirnya mereka terpaut antara satu sama lain.
Sweet ke macam tu? Sweet, kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience