Serba-Salah..

Romance Completed 16745

Dalam perjalanan aku dan Ejal ke hospital, kami dikejutkan dengan sebuah kemalangan betul-betul di hadapan Hilux aku. Nasib Ejal sempat brek, kalau tak memang terjebak sama. Kami turun dan cuba lihat keadaan mangsa, seorang penunggang motorsikal yang telah bertembung dengan sebuah kereta yang tiba-tiba memasuki lorong mangsa, a.k.a lorong kami. Kereta yang melanggar terus terbabas ke tepi jalan. Aku dan Ejal berpandangan, serba salah.. Dengan kami yang tak berpakaian lengkap untuk operasi kes, kena pula bukan waktu bertugas, yang penting orang tahu kami pegawai bomba melalui uniform kami. Buat seketika aku terpaksa lupakan Zizi. Aku capai telefon dan nak call balai dan hospital, sempat aku nampak mesej mama beritahu Zizi nakkan aku. Aku terpaksa ignore mesej mama walau hati berat.
" Tunggu sekejap, adik. Abang dah call ambulan.. " Aku cuba tenangkan mangsa yang tak boleh gerakkan kaki dia. Ejal dibantu beberapa orang awam untuk keluarkan mangsa di dalam kereta yang cedera kat kepala sebab tak pakai selfbelt. Masalahnya kereta tu tak boleh buka sebab berkunci. Cermin tingkap pula tak buka. Kesian Ejal, bersungguh dia. Walaupun sekarang bukan waktu bertugas, tapi nyawa orang yang berada di hadapan kami ni perlu diselamatkan kerana rasa tanggungjawab. Sekali lagi telefon aku bunyi, aku terus jawab,
" Ma,
" Abang, abang kat mana, ni? Zizi takut.. " Aku terus pejamkan mata. Tangan aku masih kuat digenggam oleh budak lelaki tadi. Aku kuatkan hati aku lepas dengar suara Zizi.
" Zi, abang ada kes. Kejap lagi abang janji abang sampai. Abang janji.. " Aku cuba pujuk Zizi. Zizi menangis perlahan.
" Abang janji abang akan ada dengan Zizi,
" Ya, tunggu sekejap sayang. Abang akan sampai kejap lagi. " Aku tamatkan panggilan lepas Zizi janji dia akan kuat sampai aku datang . Siren jentera bomba dah berbunyi lebih dulu sampai dari ambulan. Orang awam terus menepi nak bagi ruang untuk pegawai lain teruskan tugasan. Lepas ambulan dah sampai dan budak lelaki tu dah dibawa pergi, aku rasa kosong semula. Nak teruskan kat sini atau pergi pada Zizi. Ejal pandang aku, Abang Malik pun.
" Dah Ki, pergi tengok isteri tu dulu. Biar abang uruskan kes ni. Terima kasih sebab call bomba, ya. " usik Abang Malik. Aku tergelak sebak, terus naik semula Hilux. Sempat Ejal usik, ok bomba yang sama jadi hero sekali lagi, akan viral dalam masa berapa jam lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience