Alasan Mama..

Romance Completed 16745

Lepas dia SPM? Tak pasal-pasal aku terpaksa tanya kawan atau senior aku, mana-mana anak atau adik atau saudara mara diorang yang nak duduk SPM, bila peperiksaan tu biasanya akan berakhir, dan bulan itu adalah penghujung November atau pertengahan Disember nanti, something like that.. Aku hampir termenung, hampir kemurungan pun ada. Kalau sebab tak sayangkan mama aku dah lama bantah semua kehendak dia. Memanglah tak perlu sombong, tapi... budak kot. Beza usia aku dan dia hampir 14 tahun. Silap-silap dia boleh panggil aku ayah nanti.
Oh man~~
Boleh gila macam, ni. Aku tak tahu kenapa mama nak kahwinkan aku dengan budak tu, kata mama anak kepada kawan baik dia, dan kata mama juga keluarga budak tu pun berkenan nak bermenantukan aku sebab dah berkali-kali nampak aku. Fuhh! Berkenan tu maksudnya ada orang nakkan kita, kan? Lagipun kata mama dia tak sabar nak ada menantu, tak sabar nak bercucu, sebab tu lah budak 17 tahun pun dia rembat. Alasan dia bila usia mak dan ayah bayi adalah jauh berbeza, anak yang dilahirkan nanti adalah pandai. Buktinya, aku! Mungkin kerana ayah aku pun jarang ada dekat rumah, sebagai seorang tentera laut, aku memang sangat faham dengan tuntutan kerja ayah. Memang sangat jarang dapat balik bercuti, sebab itulah aku kurang rapat dengan ayah, dan kerana itulah hanya aku seorang sahaja yang sempat dilahirkan di dunia ini melalui rahim mama..
And now, giliran aku. Kalau ya pun mama nak ada menantu dan cucu dalam masa terdekat ni, tak boleh ke dia biarkan aku pilih sendiri? Aku pun ada taste aku juga.
Cantik, mata bulat, senyum manis~
Berambut hitam yang ikal,
Badan slim, of course!
Tipulah kalau aku tak nak!
Nak yang tinggi, boleh? Sebab aku pun almost 180cm jugak.
Tapi mama dah pilihkan aku~~ Dia dah pilihkan aku seorang budak perempuan berumur 17 tahun yang bakal menduduki SPM. Aduh, budak-budak zaman sekarang tahu selfie jelah! Belum tentu dia boleh cuci pakaian kerja aku yang bermacam tu, jaga makan aku.. kalau sekadar untuk puaskan nafsu aku, bolehlah. Kalau tak?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience