Rumah Baru..

Romance Completed 16745

Bermulalah sudah kisah aku dan Zizi hidup berdua sebaik kami berpindah masuk ke rumah kami. Zizi memang teruja, banyak benda dia buat. Aku turut je. Senang hati tengok dia gembira. Lepas dua hari tidur bersempit dekat atas katil bujang aku tu, aku rasakan hubungan aku dan Zizi makin rapat. Tapi aku masih belum pernah sentuh dia lebih-lebih. Iman aku ni masih kuat, dan Zizi pun tak pernah tanya nak ke apa. Sampai sekarang pun kalau aku ada dekat bilik masa dia nak pakai baju, dia akan tunggu sampai aku keluar dulu.
" Esok saya dah mula kerja balik. Serius ke awak okey tinggal seorang dekat rumah? " tanyaku sewaktu membantunya menggantungkan gambar kahwin kami ke permukaan dinding. Syukur senyuman aku ikhlas sedikit masa gambar tu diambil, dan gambar itu nampak sangat cantik.
" Bila awak kursus tu, awak tak boleh balik, ke? " tanyanya pula. Aku mengangkat bahu.
" Nanti saya tanya ketua balai. Kesian juga nak tinggalkan awak. " Aku capai telefon bimbitku yang baru berbunyi menerima mesej daripada Whatsapp. Lagi, nombor lain yang tidak pernah habis mengganggu.
Hai, Ki.. tengah buat apa, tu?
Sihat ke, Ki?
Ki free ke? Jom keluar..
Ehh, apsal ah..? Orang-orang ni tak tahu ke aku dah kahwin? Orang dari unit mana aku tak tahu! Biasanya orang yang panggil aku Ki ni adalah orang-orang yang memang kenal aku sangat-sangat sebab orang tahu aku tak suka dengan panggilan Zhaki, tu! Lagi satu dia panggil aku Ki, je.. Mesti senior ni, sebab biasanya budak baru panggil atasan macam kami ni menggunakan panggilan Abang. Kening aku dah berkerut nih! Dahlah tak ada gambar atau nama atau status yang mudah aku kenal! Malas layan.
" Dengar, ke? " Aku tersentak sebaik terdengar suara Zizi. Aku terus pandang dia.
" Ya? " tanyaku. Zizi mencebik manja.
" Tak adalah, saya pun dah lupa apa yang saya tanya. " jawab Zizi sambil senyum hambar. Aku membiarkannya. Malam tu aku masuk ke bilik sebelah lepas siapkan pakaian kerja aku, tak mahu kelam-kabut sangat esok. Masa dah baring tu aku rasa kosong.. Bila pandang kat tepi Zizi tak ada macam selalu. Aku keluh perlahan. Takkan aku kena buat dia macam tu, kan? Aku dahlah kahwin ngan dia, kemudian tinggalkan dia, pula. Rasa tak baik pula aku ni. Tanpa aku sedar aku bangun, kemudian menapak semula ke bilik sebelah, bilik utama iaitu bilik tidur kami berdua sebenarnya. Zizi toleh masa aku membuka pintu. Nampak macam dia nak senyum, tapi cepat-cepat terus tunduk.
" Kenapa? " tanyanya. Aku naik ke atas katil dan terus peluk bantal peluk kat sana. Dia masih sedang kemas pakaian kami yang kami bawa dari rumah masing-masing. Semua dia gantung dalam almari. Baju kerja aku dia asing kat almari lain. Untungla aku, sekarang dah ada tolong tengok pasal uniform kerja aku.
" Saya nak tidur dengan awak. " Aku mengusik. Zizi tergelak perlahan. Aku memandangnya sambik senyum, semanisnya..
" Boleh ke? Tapi jangan buat benteng ya awak.. " sambungku lagi. Zizi tergelak lagi. Selepas selesai dia dengan kerjanya tu, dia duduk di hujung katil dan memandangku.
" Awak tak marahkan saya lagi, ke? " tanyanya. Aku kerutkan dahi, kemudian mengecipkan bibir.
" Masih,
" Dah tu kenapa nak tidur dengan saya? " tanyanya. Aku hampir ternganga melihat sengihan nakal Zizi, kemudian mengerling nipis.
" Oh? Awak tak nak tidur dengan saya, lah? Okey, saya balik ke bilik saya. Kalau hujan nanti jangan ketuk pintu bilik saya, tauu.. " Aku mengusiknya sambil bergerak untuk keluar dari bilik itu. Dia memandang ke sekeliling, kemudian memandang ke arah tingkap. Cepat dia menyaingi langkahku dan terus bersandar ke pintu bilik. Aku tegelak.
" Eh, tepilah. Saya nak keluar. Awak kan tak sudi nak tidur dengan saya. Tepi.. " Aku menarik bahunya. Dia tergelak sambil menolak lenganku, tidak membenarkan aku membuka pintu.
" Maaf, tapi jangan tinggalkan saya dekat dalam bilik yang luas ni sorang~~ " Zizi menolak lenganku sehingga kepalanya turut sama menolak ke dadaku. Aku tergelak sambil memegang kedua tangannya. Zizi kecik je budaknya, sampai dada aku je, tu yang tambah nampak macam abang dan adik.
" Yelah yelah... saya tidur dekat sinilah malam, ni.. " kataku. Zizi lega. Dia terus tarik tangan dia dari pegangan aku, tapi aku tak lepaskan. Tergelak aku melihat mukanya yang mulai memucat sebaik aku menariknya menuju ke arah katil.
" Hah! Lepaskan saya. Tak pa, saya boleh tidur sini sorang.. " kata Zizi sambil mencengkam tanganku. Aku tergelak lagi.
" Haiiii, dah kenapa pula?
" Lepaskan tangan saya, " Dia berusaha menarik tangannya dari pegangan aku sampai dia terduduk atas katil. Aku terus lepaskan tangan dia, tak mahu dia takut dengan aku pula. Zizi mengeluh lega sebaik aku lepaskan dia tadi. Dia terus ambil tempatnya, kemudian tarik selimut dan susun dua bantal di sisinya, bantal peluk pun dia letak dekat tengah. Aku tergelak. Aku nak tengok, sampai bila dia nak susun bantal macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience