Usia Bukan Penghalang..

Romance Completed 16745

" Ki, tak nak kenal ke dengan budak tu sebelum kahwin nanti? " tanya mama lagi masa aku sedang bersarapan. Aku pandang dia. Soalan seperti itu di awal pagi, risau akan membawa mood buruk sepanjang hari sehingga habis waktu bekerja.
" Nantilah, Ki sibuk hari ni. " jawabku. Sibuk apa tu, Ki? Tak semestinya ada rumah hari-hari terbakar, kot..
" Dia sekolah dekat SMK x. Ki boleh ambil dia lepas balik sekolah tengahari ni, "
" Tak, mama. Ki sibuk. Tak sempat. " Aku mengelak lagi. Aku keluar rehat tengahari bukannya sorang. Kawan aku semua nak ikut keluar makan tengahari, alasan diorang kereta Ki besar, boleh keluar ramai-ramai. Aku menggeleng lagi.
" Lain kali ya, ma? Ki janji. " Aku cuba tersenyum. Mama akhirnya mengalah. Itu dia, bukan senang nak pujuk aku, cuma kali ni aku kena mengalah bila cerita bab kahwin dengan mama. Bukan apa, aku pun dah makin tua, tapi aku makin handsome apa. Dalam balai tu, aku paling handsome, ok? Kakak kerani kata muka aku macam Song Joong Ki. Eleh, layan DOTS la tu... Tu baru bila aku pegang hos bomba, belum bila aku pegang snipers ke, apa ke? Mr. & Mrs. Snake pun mengalah bila tengok aku. Bukan dalam balai je, bila aku keluar pun tetap ada wanita-wanita lain yang curi pandang kat aku~ Dari tak biasa lama-lama dah hadam bila dah selalu diperhatikan.
" Ki pergi kerja dulu, mama. Hari ni Ki sibuk, banyak report nak kena buat, banyak training..
" Jaga diri, Ki? Baca bismillah, baca doa banyak-banyak kalau ada kes berat, kes api. "
" Baik, ma. Jangan risaukan Ki, ya? Ki pandai jaga diri. " Aku peluk mama selepas cium tangannya. Sejak aku mengalami kecederaan teruk setelah dihempap bumbung rumah yang runtuh didalam sebuah kebakaran beberapa tahun lalu, mama semakin merisaui keadaanku, malah pernah meminta untuk aku bersara awal daripada pekerjaan itu. Demi kerana minat, dan suka membantu orang ramai, aku teruskan sahaja. Namun sehingga kini, kesakitan pada seluruh badanku masih terasa jika aku bekerja terlalu penat dan kurang berehat.
Ayah ada di rumah pada malam itu, masa itulah dia dan mama rancak berbual mengenai tarikh pertunangan aku dan budak perempuan tu. Ayah tergelak bukan main. Fikirannya sama saja macam aku, kerana budak perempuan tu terlalu muda, dan masih kami anggap budak. Alaa, usia mama dan ayah pun berbeza hampir sepuluh tahun, tapi mama lebih tua berbanding ayah. Kerana itulah ayah tergelak. Umur ayah baru nak masuk 18 tahun ketika mereka mulai bercinta. Ayah dilahirkan pada tahun 1966 dan mama sudah berusia 28 tahun ketika itu dilahirkan pada tahun 1956. Mereka berkahwin dan mendapat aku setahun kemudian, ketika itulah ayah menerima tawaran kerja sebagai tentera laut, sejak itulah hubungan mereka mulai menjauh tetapi mereka masih sentiasa setia.
" Dari dulu lagi dah terbukti usia tu bukan penghalang untuk berkahwin, Zhaki. Zhaki kena terima cadangan mama sebab ini untuk kebaikan Zhaki juga.. " Ayah jangan panggil saya Zhaki, please.. -_-
" Bukan Ki tak nak, cuma Ki rasa benda ni masih awal untuk difikirkan,
" Ke Zhaki dah ada pilihan sendiri?
" Ishh, tak adalah. " Aku hampir mengerutkan kening.
" Ki serah semuanya pada mama, je. " Akhirnya aku redha... Langsung tak boleh bantah kalau dengan mama..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience