Peluk Aku, Kan?

Romance Completed 16745

Akhirnya Zizi melangkah masuk ke dalam bilikku malam itu selepas siap mengemas dapur dan berbual dengan mama. Topik perbualan mereka, siapa lagi kalau bukan aku. Rasa macam kena puji, macam kena bahan, semua ada, buat malu aku depan Zizi. Sungguhpun dia agak terkedu melihat betapa ringkasnya bilik aku, tetapi senyumannya tetap terukir, seperti mengagumi.
" Wah, cantik bilik ni. " Dia memuji. Aku tersenyum. Masa mula-mula aku masuk dalam bilik dia pun, dalam hati aku tetap memuji. Bilik dia cantik dan kemas, serta wangi.
" Awak pergilah mandi. Maaf rumah saya ni tak macam rumah awak. Bilik awak dah ada bilik mandi, bilik saya tak ada. Jadi awak kena mandi dekat bilik mandi kat luar tu, kemudian masuk semula kat bilik. Jangan pakai baju dekat dalam bilik mandi pula, nanti mama nampak. Bila dia hairan nanti susah kita nak jawab. " Zizi terangguk-angguk sewaktu aku bercakap tadi. Aku memandangnya.
" Awak nak saya ada dekat bilik ke masa awak pakai baju nanti? " tanyaku, serius. Zizi mengerutkan kening dengan mimik muka takutnya sambil mencengkam tualanya lalu menggeleng. Aku tergelak.
" Yelah saya turun. Kalau awak nak tidur awal, tidurlah dulu. Nanti saya naik. Kalau saya tidur dekat bawah nanti mama marah. Berapa malam ni je kita tidur dekat, bila pindah rumah baru nanti awak boleh tidur kat bilik kita, saya tidur kat bilik tamu. " Aku bersuara ikhlas, tidak mahu terus-terusan meniduri Zizi sedangkan aku sendiri keliru dengan status kami, halal pada pandangan makbapak kami tapi aku tetap takut menjadi haram bersentuhan dengannya kerana aku tidak mengiyakan dalam hati bahawa Zizi adalah isteriku saat ini. Aku mengeluh perlahan, kemudian keluar dari bilik itu. Agak-agak dah hampir ke setengah atau satu jam, aku naik semula ke atas, dan peliknya, aku ketuk pintu. Zizi terus buka pintu dan tersenyum melihat aku. Aku masuk dan tutup pintu. Meskipun masih berasa janggal berada di dalam satu bilik bersama orang yang aku belum kenal, aku tetap berlagak tenang. Zizi lagilah. Masa aku tutup pintu tadi, dia terus toleh. Risaulah tu aku nak apa-apakan dia. Kami diam sekejap, dan aku lihat Zizi dah balik-balik menguap. Bila dia dah mulai mengantuk, bagi bantal je dia terus dapat tidur.
" Awak dah nak tidur ke? " Aku berdiri dari terus duduk di atas katil bujangku itu dan meminta Zizi naik dahulu. Zizi menurut.
" Kali ni awak tak dapat buat banteng, saya jenis tak pakai banyak bantal. " usikku. Zizi tersengih. Rasa macam mimpi, belum tidur pun aku dah mimpi. Satu katil yang kecil dan satu bantal je, dengan Zizi. Yang aku nak tahu, Zizi selesa ke?
" Kalau awak tak selesa saya tidur dekat lantai je. "
" Mama kata awak tak boleh tidur dekat lantai,
" Kata mama, tapi saya boleh.
" Takpe, saya tidur dekat lantai.
" Ishh, apa pula. Takpa, tidur je kat situ. " Aku ikut mengalah. Susah hati aku nak biarkan Zizi tidur atas lantai. Zizi akhirnya berbaring, membelakangi dinding. Aku tarik selimut aku dan selimutkan tubuhnya. Nasib baik wangi sebab aku memang jenis cuci selimut. Aku masih duduk dekat hujung katil, masih leka layan chat Whatsapp tuh. Kadang-kadang malas nak layan, tapi aku tak tahu macamana orang boleh dapat nombor telefon aku. Pleasela aku dah kahwin, kan? Nak aku letak status Whatsapp, " Married to Shayziyu" ke apa ni? Lepas penat layan chat, dah block satu-satu, aku padang pada Zizi. Hem, kan? Dia dah tidur.. Apsal masa dia tidur dia nampak cantik, ahh? Rasa bergelora jiwa raga aku ni... Aku letakkan telefon, matikan lampu dan baring perlahan-lahan sebelah Zizi. Sebab aku tak tahu aku nak letak tangan aku dekat mana, lagi pula keadaan kami yang sedang bersempit ni, aku peluk tubuh je.. dan sebab tak nak angau lihat kecantikan dia, aku terus pejamkan mata dan cuba untuk terlelap.
Bunyi bingit dek deruan hujan yang menghentam bumbung rumah membuatkan mataku celik semula. Rasanya tak sampai sejam aku berjaya tidurkan diri, hujan yang lebat itu berjaya mengejutkan aku. Aku lihat kening Zizi berkerut, sebelah tangannya mencengkam kuat selimut aku yang dia guna. Aku terus sentuh bahunya, dia terus terjaga.
" Awak~
" Kenapa?
" Saya takut~
" Kan saya ada? " Aku mengusap rambutnya. Zizi mendongak memandang ke arah tingkap di atas kepala. Deruan angin yang kedengaran kuat itu sedikit sebanyak membuatkan aku turut mendongak sama. Aku tepuk bahu Zizi ketika kilat memancar, membuatkan dia tertunduk lalu memandangku. Tanpa aku duga dia memeluk pinggangku, membuatkan aku sedikit kaku. Tangannya bergetar. Aku dekatkan tubuhku padanya, kemudian memeluk bahunya. Saat tu baru aku rasa betapa luasnya katil bujang tu kalau kami tidur rapat sejak dari tadi. Buat sakit pinggang aku je sebab takut jatuh dari atas katil. Huh, akhirnya kau peluk aku, kan?
" Tidurlah. Itu cuma hujan je. Saya ada. " Aku terpaksa meletakkan sebelah tanganku lagi di atas badannya, kemudian memejamkan mata.
Jangan macam-macam Ki..
Stop it...
Kau tidur sekarang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience