Kan Dah Kena Benci?

Romance Completed 16745

Kalau aku nak ikut mama balik, macam tak elok, kan? Sebab kata mama malam ni aku kena stay dekat rumah Zizi. Memang macam tu, ke? Agak-agak bila aku dapat balik ke rumah aku, ni? Cuti aku seminggu je. Ah.. esok-esok aku bawalah dia balik rumah mama, kemudian bawa dia tinggal dekat rumah hadiah kahwin tu. Hipokritnya aku. Dok senyum, terpaksa ikhlas depan mama ayah dia. Dia bukan main, girang tengok aku layan dia baik-baik. Dia ingat aku tak marahkan dia lagi ke, apa?
" Mama balik dulu, Ki. "
" Baik ma.
" Layan Zizi baik-baik, dia tu baik budaknya. "
" Baik ma. Esok lusa Ki balik. Nak cepat masuk rumah baru supaya nak balik kerja nanti tak kelam kabut sangat. " Aku memeluknya sekejap. Sebak pula rasa hati, pertama kali tak tinggal sama-sama dengan mama dan ayah. Lepas mama dan ayah pergi, lepas sepupu sepapat aku blah, aku mula rasa sunyi. Rasa bingung pun ada. Aku tak tahu apa nak buat.
"Zhaki,
" Ya, mama. " Aku memandang ke arah mama Zizi, senyumannya sangat ikhlas. Rasa tak baik pula aku nak buat jahat dekat anak dia.
" Pergilah naik. Bilik Zizi bilik pertama depan tangga, tu. Zhaki pun mesti dah letih, kan? " katanya. Aku mengangguk perlahan. Dia suruh aku naik, dan aku terpaksa naik. Memang aku tak tahu bilik dia kat mana, sebab masa salin pakaian untuk bersanding tadi pun, aku cuma gunakan bilik bawah. Dalam hati rasa nak menyumpah. Masa aku dah sampai tingkat atas, aku nampak Zizi baru lepas kemaskan ruangan santai yang sedikit bersepah. Mungkin sebab tadi kawan-kawan dia lepak kat situ. Dasar budak-budak, tahu semak je! Zizi terkejut sebaik nampak aku, aku memandangnya, dan dia nampak bingung. Aku ambil keputusan untuk tunggu sementara dia habis mengemas.
" Cepatlah, saya ada hal nak cakap dengan awak. " Aku tak tahu, kenapa rasa kasar je bahasa aku. Aku malas nak berbaik-baik dengan dia. Lepas dia siap kemas dia masuk dalam bilik, kemudian aku ikut dan tutup pintu. Dia pandang aku, rasa kasihan pula bila dia duduk dekat meja belajar dia dan tunggu aku nak marahkan dia. Aku lihat ruangan bilik itu sekejap, masih ada suasana library. Buku sana sini! Aku masih berdiri, kemudian memandangnya.
" So? " Aku bersuara, dan dia memandang aku sejenak,
" Tak sangka bomba pengotor ni boleh jadi suami awak, kan? " Dia tertunduk. Aku benar-benar tidak ada hati. Rasa marah aku semakin menjadi-jadi! Paling penting aku rasa tak ikhlas. Dia genggam jemarinya, mungkin sedang runsing nak jawab macamana, atau sedang berfikir nak jerit panggil mama dia atau tak.
" Sejak daripada kejadian tu, saya berharap sangat takkan jumpa awak dan kawan-kawan awak tu. Kesian dekat awak semua kalau dapat suami kerja bomba. Bomba pengotor, tak flawless. Saya marah awak tahu, tak. Saya tak tahu nak buat apa. Kenapa dalam beribu-ribu budak 17 tahun yang nak dijodohkan dengan saya tanpa saya tahu siapa tu, adalah awak. Saya benci awak dan kawan-kawan awak, awak tahu tak? Saya jadi hipokrit depan mama saya, depan mama awak. Saya nak undur balik semua benda yang dah jadi pun dah tak dapat. " Aku memejamkan mata, menghembus nafasku sebelum kemarahanku semakin menjadi-jadi membuatkan bibirku menuturkan lebih banyak kata-kata yang menyakitkan hati Zizi. Aku bersandar ke dinding, cuma bertenang sekejap.
" Saya tak tahu kalau awak dah kenal saya sebelum kejadian tu atau macamana. Sekurang-kurangnya selepas kejadian tu selepas awak nampak saya, awak boleh beritahu pada mama awak yang awak tak nak kahwin kalau awak tahu yang saya ni adalah lelaki yang nak dijodohkan dengan awak. Look, saya sayangkan mama saya, saya hormatkan mama awak. Saya takkan cakap pada diorang yang saya tak sukakan awak sebab awak dah hina perkerjaan saya. Saya rasa saya tak layak untuk awak. Saya terpaksa nampak relax depan diorang sebab nak jaga hati diorang. Saya terpaksa cakap dekat awak saya tak sukakan awak. Mungkin nampak tak matang sebab nak marahkan budak yang hina pekerjaan saya tapi terpulang pada awak, nak bertahan dengan saya ke tidak lepas ni. Saya dah spoil tengok awak. Kalau awak nak beritahu mama awak pun, tak apa. Kita boleh cerai. " Ketika aku sebutkan perkataan itu, dia hampir mendongak memandangku. Aku menunggu dia bersuara, tetapi tidak.
" Awak nak kata apa, Zizi? " tanyaku perlahan namun tegas. Dia memandangku selepas agak lama berdiam. Matanya sudah sembap dek airmata. Aku mengeluh perlahan.
" Maaf, saya tak ada niat nak hina kerja awak, tapi saya sayangkan mama, jangan ceraikan saya. Nanti saya malu dekat mama dan kawan-kawan.. " Aku memejamkan mata. Nampak tu jawapan budak-budak, takut malu depan kawan. Nampak sangat dia setuju kahwin dengan aku sebab mama dia. Takut dapat tittle janda ke apa? Haduii mulut aku, ni.. Sabarlah Ki.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience