Awak? Hahaha..

Romance Completed 16745

Aku turun dulu selepas bersiap sambil membawa beg pakaian Zizi turun ke tingkat bawah. Langkah terus aku atur ke arah dapur selepas terdengar suara mak mertua panggil nama aku. Aku tersenyum melihat kedua mertuaku ada di situ.
"Selamat pagi. " Aku menyapa mereka seperti biasa.
" Zizi mana? " tanya mama. Aku sempat ucap terima kasih selepas dia letakkan secawan kopi di hadapanku.
" Dia tengah bersiap. Kejap lagi turunlah. " jawabku. Mama pandang aku sambil tersenyum, girang senyumannya. Aku pula, hampir mengerutkan kening kerana berasa pelik.
" Zizi okey tak semalam? " tanyanya tiba-tiba. Aku tersengih,
" Maksud mama? "
" Semalam kan hujan lebat,
" Oh.. " Aku kembali teringat,
" Saya risau juga, tu... " jawabku. Mama tersenyum. Mungkin dari kata-kataku dia faham apa yang aku maksudkan.
" Selalu bila hujan lebat, kalau Zizi tak sempat lari ke bilik mama, mama yang kena pergi tengok dia dulu. " Kata-kata mama membuatkan aku semakin bingung. Sempat aku meneguk kopi ku sebelum aku kembali memandang ke arahnya.
" Er, saya tak faham. Zizi takutkan apa sebenarnya? " Aku benar-benar ingin tahu mengenai perkara itu.
" Dulu Zizi okey. Tak takut bersendirian bila hujan lebat. Tapi lepas kejadian ribut dekat RnR hari tu, dia jadi trauma. Nasib baik ayah dia pegang dia kuat, kalau tak habis melayang dengan angin kuat tu. Sejak dari hari tu, bila hujan lebat je dia cari mama. Kadang-kadang mama terpaksa temankan dia tidur. Syukur sekarang Zhaki dah ada, tak payahlah mama risaukan Zizi lagi. " Mama tersenyum selepas memberitahuku. Aku terangguk-angguk. Kalau aku biarkan Zizi malam tadi, mesti dia dah lari ke bilik mama dia, dan mesti mama dia fikir apa gunanya aku kat bilik tu kalau tak dapat tenangkan Zizi. Aku berdehem perlahan.
" Saya akan jaga dia dengan baik lepas, ni. " kataku. Mama tersenyum.
" Zizi tu budak baik, rajin... Satu je kurang, Zhaki... tak pandai masak. " Mataku hampir terjengil, cepat-cepat aku tersengih.
" Eh, tak pa.. saya faham. Sepupu saya yang umur macam Zizi pun ramai yang tak pandai masak. Lama-lama nanti, mesti Zizi boleh buat. " Eh, aku cakap apa ni? Takkan aku nak makan meggi hari-hari. Nasib baiklah aku pandai masak. Tak pa, nanti aku ajar dia masak.
" Hah Zizi, lamanya bersiap. " Aku ikut menoleh. Zizi sudah duduk di sebelahku. Hemp, cantiknya! Rasa tak tahan nak usap rambut hitam dia yang ikal tu..
" Zizi kemas bilik tadi. " jawabnya. Dia tidak memandangku. Mesti dia malu tentang hal semalam. Dia tak banyak cakap, habis sarapan dia basuh semua pinggan dan sempat kemaskan dapur. Dari cara kerjanya, aku tahu dia tidak berpura-pura rajin di hadapanku. Selesai di dapur dia bergerak ke hadapan, terus peluk mama dia.
" Mama, Zizi pergi dulu, ya? Nanti Zizi balik lagi. " Mak mertua aku cium pipi dia, ikhlas lepaskan anak dia pergi, percayakan aku 10000% untuk jaga Zizi. Lepas salam kedua mertua aku, aku sudah bergerak ke arah kereta kebanggaanku, sebuah Hilux yang berjaya aku miliki selepas 5 tahun berkhidmat dalam dunia bomba. Gaji aku taklah tinggi sangat, jawatan pun sekadar Pegawai Kanan Bomba I je. Tapi sebab tak ada komitmen lain, duit tu terkumpul dan aku cepat-cepat depositkan Hilux ni. Mula-mula aku bawa balik Hilux dulu mama terkejut sangat. Dia hairan kenapa aku tak beli kereta sedan atau kompak saja, aku cuma katakan aku minat sangat dengan kehebatan 4x4 dan masa tu Hilux tengah hot. Ketika itu Zizi tiba-tiba berpaling semula.
" Awak! Tunggu kejap. Handphone saya tinggal.. "
" Awak? " Mak mertua aku kerutkan kening. Zizi tersengih dan terus masuk semula. Aku tergelak perlahan. Nak berawak-awak dengan aku pun agak-agaklah Zizi, depan mama dan ayah awak pulak tu. Aku menahan tawa, salah aku juga tak biasakan Zizi panggil aku abang. Ah, selama dua hari dekat sini pun kami tak pernah berbual di depan mak dan ayah dia. Zizi muncul semula, mama kerutkan kening pada dia.
" Kenapa panggil awak? Itu suami Zizi, kan? Kena panggil baik-baik, panggil abang! " arahnya. Aku tergelak sewaktu Zizi menggeleng perlahan.
" Nantilah mama, Zizi tak biasa lagi. " jawabnya perlahan.
" Pergi dulu, mama.. " Aku tersenyum melihat sengihan Zizi, sangat nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience