Hina, apsal?

Romance Completed 16745

Kenapa aku marah sangat dekat Shay, sebab rakan-rakan dia perlekehkan orang yang bekerja seperti aku. Aku masih ingat masa kejadian tu. Aku keluar dengan Ejal dan Azri untuk beli makanan tengahari kat sebuah restoran. Kenapa aku ingat pada Shay, sebab antara mereka semua dia yang paling cantik dekat situ. Aku duduk sementara menunggu pesanan kami siap. Di balik dinding yang terlindung tulah kami dengar diorang hina kami macam-macam.
" Taste kau ni peliklah. Nak bercinta dengan bomba apehal. Diorang tu busuklah, kotor!
" Tulah! Masuk longkang sempit semata-mata nak selamatkan kucing,
" Lagi teruk pecahkan mangkuk tandas sebab nak keluarkan kaki orang yang tergelincir! " Mereka terus ketawa. Aku dan Ejal mengerutkan kening. Kadangkala, bukti kita sayang akan pekerjaan kita apabila kita marah selepas orang lain memperlekehkan tugasan kita.
" Kita nak flowless lah. Nak boyfriend yang kulit cantik. Tak naklah dengan bomba. Banyak parut. Mesti banyak kesan terbakar dekat badan diorang. Pellisla She.
" Dah tu, sombong pulak, tuh!
" Eh bomba tak sweet, lah!
" Diorang suka main dengan ular, nanti ular patuk, matilah!
" Agak-agaklah nak pilih. Banyak orang lain yang kerja bagus dari bomba. Doktor banyak! Bomba dahlah pengotor! Tak handsome pula, tuh! "
" Lagi sekali aku nak ingatkan, busuk tau tak?! " kemudian mereka ketawa lagi. Azri yang sedari tadi mendengar akhirnya berdiri selepas pesanan kami siap. Dia terus bergerak ke meja budak-budak tu. Aku masih ingat, ada Shay dekat sana.
" Lepas ni, kalau rumah awak semua terbakar, jangan call bomba ek, call doktor! Cari doktor yang handsome-handsome! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience