Eh? Macam Tu Pula?

Romance Completed 16745

Kemarahan aku pada Zizi sedikit sebanyak dah reda lepas dengar penjelasan dia. Maksudnya dia pun ada hati nak bercinta dengan aku, tak perlulah aku terhegeh-hegeh nak bencikan dia. Mungkin kerana permulaan kami agak kurang baik, jadi keadaan tu bertambah nampak tak baik sebab aku dah terlanjur marahkan dia, mesti dia pun segan nak melebih ngan aku. Dari apa yang aku nampak, dia hormatkan aku sebab aku lebih tua dari dia. Tolonglah, dia 17, aku 31. Orang lain yang umur 5, 6 tua dari aku pun aku hormat, nikan pula antara aku dan Zizi. Dia masih layan aku macam orang asing. Bila bertemu dekat ruang tamu pun dia akan berhenti jalan dan biarkan aku jalan dulu. Nak sentuh barang-barang aku pun minta izin, nak cuci baju aku pun dia masih segan. Kesian pula, lagi-lagi bila aku cakap yang aku bencikan dia pada malam pertama perkahwinan kami tu, aku belum dapat tarik balik kata-kata aku tu, dan mungkin sekarang kata-kata tu masih tersemat kat hati Zizi.
Kami baru balik dari tengok rumah baru dengan mertua aku tadi. Cantik juga rumah setingkat tu. Kalau aku tinggalkan Zizi bila ada kursus atau on call nanti pun dia takkan takut, banyak rumah di sekeliling kami. Perabot pun dah siap ada, perkakas dapur pun dah ada, padahal aku dah kira baik-baik apa yang perlu untuk rumah tu nanti. Dah orang bagi, terima jelah. Lepas makan malam dan solat Isyak tadi, aku naik ke tingkat atas, terus ke bilik Zizi seperti biasa. Dia sedang mengemas pakaian, sebab aku cakap esok nak balik rumah aku. Aku tak tahulah apa aku dah buat, ni. Kahwin dengan dia tak ikhlas, tapi dia tetap ikut aku sedangkan dia dah set dalam fikiran dia, aku tak sukakan dia. Nak tarik balik kata-kata tu, aku rasa tak payahlah dulu. Biar dia rasa susah senang hidup dengan aku awal perkahwinan ni. Aku pun masih nak tengok sejauh mana dia ikhlas nak ikut aku, sejauh mana dia suka dekat aku.
“ Kalau awak masih nak tinggal dekat sini, tinggalah dulu. Lepas saya habis kursus nanti saya ambil awak. “ Aku memulakan perbualan. Dia memandang aku sekejap, seperti berfikir, perlahan dia mengeluh.
“ Ada juga fikir macam tu, tapi kalau saya tak belajar sampai bila nak biasa. “ jawabnya. Aku terdiam. Kuatnya hati budak, ni. Aku dah marah dekat dia tapi dia masih fikir untuk belajar biasakan diri. Aku tunduk. Di hadapan aku ni adalah isteri aku, isteri okey.. tapi hati aku tetap menyatakan yang aku masih bujang macam dulu. Zizi ada depan mata aku hanya sebab nak kaburkan pandangan makbapak kami yang diorang dah berjaya satukan kami. Cerita luar bilik, ya kami suami isteri, cerita dalam bilik, aku dan Zizi berperang perasaan bukan main. Dia selesai mengemas pakaiannya dan memandangku. Aku mengangkat kening sambil mengecipkan bibir, cepat dia tertunduk. Aku tahu, pandanganku memanah perasaannya. Dekat balai, semua kakak kerani cuba elak dari terus memandang terus ke mataku. Kalau ada yang berani cakap, semua minta aku jangan pandang mereka, bila aku tanya kenapa, alasan diorang risau tak dapat tidur lena malam, angau rindukan Ki. Aku hampir tersenyum. Dua hari bercuti aku dah mula rindukan suasana dekat balai. Aku menepi sewaktu Zizi bergerak untuk naik ke atas katil. Dari matanya aku tahu, dia memerhati pergerakanku, takut aku bergerak untuk menyentuhnya. Bila aku dalam bilik ni dengan Zizi, asyik rasa nak tergelak je. Asal aku gerak je mata Zizi membulat.
“ Tidurlah. Nanti saya matikan lampu. “ Aku malas dah nak marahkan Zizi. Kena ingat cakap mama, lama-lama nanti pandailah tu aku mula sayangkan dia. Seperti biasa, Zizi susun bentengnya seteguh mungkin. Dia bagi aku bantal sebijik je. Selimut asing. Masih nampak sangat budaknya, takut dengan lelaki. Tak semua budak zaman sekarang tolak rezeki macam ni, tapi Zizi lain.. sebab tu aku rasa seronok mainkan perasaan dia. Biar dia takut sikit. Aku tengah scroll skrin handphone aku bila aku tersedar Zizi dah terlelap. Aku pandang dia sekejap, betul-betul macam puteri beradu. Cantik sangat. Aku matikan lampu dan cuba untuk tidur. Agak susah untuk melelapkan mata bila ada Zizi. Kesian dia.. Orang tak puas bujang lagi, dia 17 tahun dah kahwin. Rintik hujan mulai turun ketika aku masih leka melihat kecantikan Zizi melalui samar-samar cahaya dari arah luar. Hujan rintik itu berganti lebat, kilat dan petir ikut sama berpesta. Sewaktu petir berdentum dengan kuat tu, masa tu aku nampak Zizi terkejut dan hampir terduduk. Aku cepat-cepat pejamkan mata, kemudian buka sedikit untuk lihat keadaan Zizi. Dia memandang ke arah tingkap dan menarik sebiji bantal untuk dipeluk. Dari pergerakannya dia seolah hendak mengejutkan aku, petir seterusnya berdentum lagi. Zizi sekali lagi terkejut dan terus mengundurkan diri ke arah dinding.
“ Mama… “ Aku kerutkan kening, terus bergerak untuk sentuh bahu Zizi. Dia hampir terjerit sewaktu aku menyentuhnya, mungkin dia terkejut dan tidak menyangka aku akan bangun.
“ Awak, kenapa ni? “ Aku suruh dia baring, dan dia baring, tapi matanya tak habis dari melihat ke arah tingkap, seolah mengawasi gelora yang sedang menggila di luar sana.
“ Tidurlah, saya ada. “ Zizi memeluk bantalnya dan memejamkan mata. Aku mengerutkan kening.
Macam tu, pulak?
Takut dengan hujan ke apa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience