Berita Tak Baik..

Romance Completed 16745

" Selamat datang ke rumah mama, Zizi. " Mama terus peluk dan cium pipi Zizi yang sentiasa tersenyum tu sebaik kami tiba. Sungguhpun Zizi tahu aku bencikan dia buat masa ni, dia tetap tenang. Aku masuk ke dalam rumah dan meletakkan beg Zizi di tepi tangga naik ke atas.
" Ayah kerja. Petang nanti baru balik. " kata mama sewaktu aku mengampiri, mungkin menjawab pertanyaan Zizi. Aku memeluk mama selepas menolak Zizi perlahan dan mama terus tergelak.
" Ki ni.. Malulah sikit depan isteri. Dah kahwin pun masih nak manja-manja dengan mama, ke? Kesian Zizi.. " Mama menepuk belakang badanku sewaktu aku memeluknya tadi. Aku tersenyum. Bukan nak menunjuk depan Zizi, tapi aku memang akan sentiasa memeluk mama selepas aku tidak melihatnya dua ke tiga hari.
" Mama ada benda nak cakap dengan Ki,
" Apa dia? " Aku mengerutkan kening, tertanya-tanya.
" Mama lupa pasal bilik Ki. Mama tak kemas pun. Katil Ki pun katil bujang, je.. Nak ke Zizi tidur sempit sangat dengan Ki, nanti? " Kata-kata mama membuatkan aku terkedu. Ya! Katil di bilik aku hanya bersaiz A4 jika hendak dibandingkan dengan katil bersaiz kertas A3 Zizi, tu. Aku tersengih, sementara Zizi sedikit pucat sebaik mengetahui perkara itu. Selama kami berada di rumahnya, tubuh kami tak pernah bersentuhan. Pasti Zizi bingung jika terpaksa tidur betu-betul di sebelahku.
" Tak apa, Ki boleh tidur dekat sofa je malam ni. " jawabku selamba. Mama segera mengerutkan kening.
" Kenapa pula nak tinggalkan Zizi tidur seorang? Kesian dia! " Mama menjengilkan mata. Aku hampir terlupa status kami di hadapan mama.
" Oh, ya.. Its okeyla, mama. Zizi boleh tidur dekat bahu Ki. " usikku kepada Zizi. Zizi hampir menundukkan kepala, malu agaknya.
" Nanti Ki belilah katil baru untuk bilik Ki tu. Takkan tiap kali balik rumah mama nak tidur bersempit? " Mama mengajak Zizi untuk duduk. Aku tidak mempedulikan mereka, sibuk membaca mesej yang tidak henti masuk di dalam group Whatsapp.
" Abang Ki tak boleh tidur tak ada alas atau tilam, nanti belakang dia sakit, " Aku mendengar itu daripada mama, terus aku pandang ke arahnya. Zizi turut memandang ke arahku.
" Mama, tak payahlah beritahu.. " Aku menggumam perlahan. Bagi aku, benda tu tak penting untuk Zizi tahu.
" Sekarang ni Zizi dah jadi isteri Ki, Zizi mestilah tahu apa yang boleh dan tak boleh pasal kesihatan Ki,
" Mama, Ki okeylah. Ki pandai jaga diri,
" Tengok tu, Zizi.. " Mama memandang Zizi sambil tersengih. Aku mencebik bibir.
" Zizi kena banyak tahu pasal Abang Ki, pasal kerja dia, apa yang boleh, apa yang tak boleh.. sebab sebenarnya dia bukannya pandai jaga diri. Kalau dia pandai, dia dah kahwin dari dulu lagi. " Mama mengusikku sambil berbisik kepada Zizi. Zizi hanya tergelak perlahan, namun dari raut mukanya, aku tahu dia sedang cuba menerima kenyataan risiko berkongsi kehidupan dengan anggota bomba yang sangat sibuk seperti aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience