Malam Ini Kita Punya!

Romance Completed 16745

" Saya boleh makan apa malam, ni? " tanyaku mengusik Zizi yang sedang berdiri di hadapan pintu peti sejuk. Zizi memandangku sambil mengerutkan muka.
" Boleh makan? " ulangnya semula, suaranya kedengaran berat..
" Awak boleh masak, ke? " tanyaku. Zizi tersengih malu.
" Bolehlah, cuma tak pandai sangat macam mama. " jawabnya sambil menutup pintu peti sejuk tu. Aku sengih. Kalau boleh, kenapa satu apa pun tak mula lagi, ni?
" Masak apa? " tanyaku.
" Masak air.. " jawabnya nakal. Aku menekup mulut. Habislaa aku...
" Ke awak nak kita makan luar malam ni? " aku tanya lagi. Zizi memandangku. Kemudian menekup mukanya,
" Herrr, malunya saya! Saya tak tahu nak masakkan apa untuk awak... " Aku tergelak melihat gelagatnya. Aku bangun dari kerusi lalu menghampirinya dan menarik tangannya.
" Tak payah nak malulah. Dah, mari siap. Kita keluar malam ni. " Aku mengusap kepalanya. Zizi terangguk-angguk. Lepas dia bersiap aku masuk dulu dalam Hilux. Zizi bersiap sekejap je. Tak lama tunggu dia dah masuk sebelah aku. Pertama kali rasanya keluar berdua dengan Zizi, banyak tempat makan dia tahu. Bila tanya macamana tahu, dia jawab asal balik dari sekolah atau library dia akan lepak dengan kawan-kawan dia dekat tempat-tempat yang dia sebut, tu. Teringat kawan-kawan Zizi, aku marah sendiri.
Bomba pengotor~~ Sakit....
Aku berhentikan Hilux dekat sebuah warung. Bukan nak kenakan Zizi nak makan kat tempat low-class bagi diorang, cuma sebab aku nampak beberapa motor Pasukan Hilux ada kat sana. Untungla bujang.. Masih boleh hang-out ramai-ramai. Dulu pun aku selalu ke sini dengan diorang. Lepas solat Isyak memang aku dah hilang dengan Hilux aku. Mama terpaksa diam je tengok aku yang kuat jalan juga sebenarnya ni.
" Eh, Ki! " Ejal menegur dahulu. Aku senyum pada mereka dan bergerak ke sebelah untuk buka pintu buat Zizi. Tindakan aku tu membuatkan Pasukan Hilux + Pasukan Bravo yang dah bergabung tu terpekik teruja. Kata Ki romantik. Huhuhh... Diorang semua baru balik dari uruskan kursus pertama agaknya. Nasib baik aku dikecualikan dari kursus lima hari tu sebab kata Ketua Balai aku masih pengantin baru.
" Hello Zizi..
" Haii.. " Zizi membalas kekok. Dia berdiri dekat dengan aku. Aku terpaksa genggam tangan dia sebab dia asyik genggam jari kelingking aku. Aku singgah sini pun bukannya sebab nak ajak Zizi makan kat sini ke apa, cuma saja tegur kawan-kawan yang baru siap kerja.
" Eh, Ki.. join sekalilah. Kitorang pun belum order lagi. " Azri mengajak. Aku pandang Zizi.
" Boleh? Nak makan sini ke tempat lain? " tanyaku. Zizi memandangku sambil mengangguk perlahan. Akhirnya aku dan Zizi duduk bersama mereka. Zizi diam je tengok perangai kami. Tak mampu aku nak hipokrit depan dia bila dah gabung dengan kawan-kawan aku ni. Aku rasa nak gelak, aku gelak. Nak rasa nak kutuk, nak bahan, aku go on. Yang kawan-kawan yang dah kahwin lain cerita, asyik cerita yang tu. Malu pula aku dengan Zizi. Kawan yang bujang pula support cerita tu bukan main, rasa nak tutup telinga Zizi dari terus dengar cerita-cerita diorang kali ni. Rasa macam 'malam' tu kami yang punya!
" Kesian Zizi.. Diam je dengar cerita abang-abang ni. " Azri menegur Zizi yang sedari tadi tak bergerak langsung. Dia tersenyum pada Azri sekejap, kemudian tundukkan semula kepala. Aku tersenyum. Dari tadi dia belum lepaskan tangan aku langsung, mungkin malu sebab dikelilingi oleh ramai lelaki.
" OK juga kan lepak dengan abang bomba. Jangan risau, sekarang kitorang semua bersih wangi.. tak busuk, tak kotor.. "
" Ri, itu bukan dia yang cakap, lah..
" Ya, aku tahu kawan dia. Tapi hati sakit, tau..
" Maafkan Zizi,
" Eh, jangan terasa pula.. Abang OK. " Azri tergelak malu apabila Zizi menundukkan sedikit kepalanya tanda meminta maaf. Aku ikut tergelak.
" Lepas dapat result nanti nak sambung belajar ke? Tak kerja dulu? " Azri masih mahu berbual dengan Zizi. Zizi memandangku, kemudian memandang Azri semula.
" Tak tahu lagi. Ikut cakap Abang Ki, lah.. Kalau suruh belajar dulu Zizi belajarlah.. " jawabnya sopan. Aku menahan senyumku. Wife aku sopan kan, guys?
" Tak payah kerja dulu, lah. " Aku mengerutkan kening.
" Eh jap jap.... Apa ni? Result apa, ni? " Abang Malik mengerutkan muka. Zizi memandangku. Aku menggeleng perlahan tanda memberitahu kepadanya bahawa mereka semua ini tidak pasti umurnya adalah berapa. Hanya Ejal dan Azri sahaja yang tahu selepas aku beritahu mereka pada hari pertama perkahwinan aku hari tu..
" Result SPM, lah. Wife Ki baru 17 tahun, nii! " Azri memberitahu teruja. Ejal turut tergelak sebaik melihat reaksi pegawai lain yang baru tahu rahsia berat aku, ni.
" Eh dik, maafkan abang pasal cerita tak baik didengar tadi.. Lupakan jelah yang tak elok didengar, tuu.. "
" Elleh yang kau gelabah apsal. Entah-entah Ki dah start dah. Tinggal tunggu berita lain beberapa bulan depan Ki dah nak jadi ayah! " Gurauan mereka kali ini membuatkan aku terus menutup sebelah telinga Zizi, dan menekupkan sebelah lagi telinganya ke dadaku. Aku terpaksa tergelak malas melayan pekik tawa mereka. Pun begitu, aku rasa lega. Dah tak ada dah diorang nak ejek kalau aku ni anak mak dan dijodohkan dengan budak sekalipun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience