Jodoh Paksa..

Romance Completed 16745

" Ehh! Mama ni biar betul? Dia tu budak lagi, kot! " Aku meruap muka, bengang dengan kata-kata mama. Mama hanya memandangku sambil menjuihkan bibir, menyangka aku tidak serius dengan rasa marahku saat ini, siap silangkan kaki, kemudian memandangku semula. Mama ni, kalau aku sedang marah dia tak nak peduli langsung, dia sangka aku sedang bergembira dengan berita tak baik dia, ni.
" Mama dah kenal dia sejak dia kecil lagi,
" So sekarang umur dia berapa? " Aku hampir menjerkah, merajuk sebenarnya.
" 17,
" And umur Ki berapa?! " Mama tergelak mendengar kata-kataku. Tidak perlulah mama sebutkan, aku sendiri mengaku usiaku sudah memasuki angka 31. Sejak aku berkhidmat sebagai seorang anggota bomba memang aku akui aku tidak sempat langsung untuk memberikan peluang pada diriku untuk mencari cinta. Bukan apa, sibuk. Banyak sangat kes berlaku dalam dunia sekarang. Kadang-kadang nak beranakkan kucing pun perlu cari bomba.
" Ki, mama bukan nak paksa Ki,
" Tak paksa apa, ma. Mama dah tanya benda ni hampir dua tiga kali dah, tu dah kira paksalah, mama. Ki bosan. Ki tak nak, lah! " Aku menyandarkan kepalaku ke sofa, hampir terpejam mataku kerana memikirkan kata-kata mama. Memang aku kenal pada kawan mama, mak kepada budak tu, tapi aku tak pernah pun nampak budak tu.
" Mama boleh fikir, tak? Dia baru nak SPM tahun, ni! " kataku geram. Mama tergelak lagi.
" Eh tu bukan orang kata sweet, ke? Ada kekasih lebih muda, atau tua dari kita?
" Urghh sweet sangatlah, mama.. sampai nak termuntah Ki dengar.
" Jangan sombong sangat, Shahzhaki.. Tak baik~ " Mama mengerlingku. Aku hampir menggigit bibir. Bukan nak bantah kata-kata dan perintah mama, tapi, Ya Allah.. Tu budak, kot? Agak-agaklah!
" Lepas dia habis SPM nanti, kahwin ya? " sambung mama lagi. Aku ternganga!
" What?! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience