Caring Sangat Apsal?

Romance Completed 16745

Kalau nak jadi bomba, mesti tak ada istilah rehat. Itu kalau dekat bandar sibuk, dekat daerah kami yang kecil ni, kadang-kadang dalam seminggu dekat tiga hari baru ada kes. Kes kebakaran jarang, kes kemalangan bukan selalu, kejadian lemas pun tak banyak, itupun kalau masyarakat sentiasa beringat tentang keselamatan. Paling-paling pun kes ular. Masa mula-mula ikut taklimat pasal ular dulu, ular angkat kepala sikit, kaki aku pun ikut naik atas kerusi. Nak lima tahun baru aku berani nak sentuh ular, kemudian aku akan usik mama bagi tengok gambar-gambar ular kat balai. Terpekik-pekik mama marahkan aku. Haha.. Aku baru balik dari SMK xx lepas ajar kawad kaki dan bagi taklimat pasal teknik pengendalian dan penggunaan hos. Tiap minggu ada je ahli baru, pelajar perempuan terutamanya. Aku dah tahu tu kenapa, diorang bukan nak belajar betul-betul, saja nak tengok aku. Bukan aku perasan, tapi budak-budak lelaki selalu cakap. Diorang kata budak perempuan cuma menyemak kat dalam kadet bomba diorang sebab nak tengok Abang Zhaki. Cuba tanya, kenapa nak join kadet bomba, ramai jawab sebab minat dan suka aktiviti lasak dan mencabar, jauh di sudut hati nak tengok Abang Ki. Eeh dik, ni bukan siri drama Abang Bomba I Love You, ya? Abang ni dah kahwin~ Pernah Kak Ila usik, dulu masa dia join kadet bomba kat sekolah sekitar tahun 1980-an, semua yang ajar diorang anggota bomba yang dah nak mampos katanya. Zaman sekarang je dah berubah, yang kacak yang handsome ala-ala pelakon Korea kena hantar gi sekolah. Mangsanya, aku.. Nasib Ejal dan Azri memang selalu follow aku gi mana-mana je.
Masa aku masuk office, kening aku berkerut. Banyak titik darah kat atas lantai, aku ikut je titik darah tu ke mana. Ke tandas perempuan. Ehh siapa pula datang haid ne? Datang haid ehh? Aku balik ke office dah ikut darah tu dari mana, masuk dalam office Kak Nana, ada cutter tergeletak atas meja, banyak darah dah atas meja kerja dia.
" Kak Nana! " Aku memanggil. Ejal yang baru masuk pun pelik tengok aku.
" Kenapa? "
" Tak tahulah, Kak Nana luka teruk agaknya. " Ejal tengok kat meja Kak Nana, dia ikut terkejut. Kami sama-sama ke tandas dan cuba ketuk pintu utama yang memang dah terbuka tu.
" Nana?! " Ejal panggil.
" Kak Nana? "
" Iyaa, kat sini~ " Suaranya bergetar. Kami terus masuk. Kak Nana tengah tadah tangan dia dekat bawah air, darah masih keluar tak henti. Ejal terus tarik tangan dia.
" Tak hati-hati, kan?! " Aku undur, tahan gelak sebenarnya. Ni lagi satu pegawai bomba acah romantik, kali ni depan aku. Haduii... Aku dah balik office dulu, nak cari safety first. Tak lama dengan tu Kak Nana dan Ejal masuk, dia duduk dekat meja kerja aku. Ejal bantu bersihkan luka dan kaji seperti biasa,
" Nak kena jahit ni, Nana~
" Ehh, tak nak! " Aku tak tahu apa yang Kak Nana fikir sampai tapak tangan sendiri  pun boleh terpotong sekali. Herk~
" Mari saya bawa ke hospital.
" Kena jahit ke? Tak payah tak boleh ke? " Kening Kak Nana dah berkerut. Ejal balut tangan Kak Nana baik-baik. Aku sengih. Huhuh, tak pernah kau care macam ni dekat perempuan, Ejal. Jangan nak bagi aku gelak. Macam ni caring punya lelaki melambak perempuan tinggalkan. Satu je bagi kami, tak ramai perempuan suka bomba.
" Hemmph, pakai Hilux aku, lah. " Aku bagi kunci. Lepas paksa baru Kak Nana nak pergi. Haii, bersungguh nampak Ejal. Selalu kalau dengan mana-mana perempuan dekat office ni injured ke apa, Ejal yang lari dulu. Kau suka dekat Kak Nana, eh?! Caring sangat apsal?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience