Syukran..

Romance Completed 16745

" Papa! "
" Ye? " Aku berpaling lepas Qawsu melompat naik atas belakang aku.
" Jangan peluk papa, papa busuk ni. " Aku minta Qawsu jauhkan diri dari aku. Aku baru lepas balik kerja, seharian firedrill, letih.
" Mana ada papa busuk,
" Tanya mama.. " Qawsu terus berlari masuk ke dalam rumah. Zizi tengah sikat rambut ikal Qasha, sama cantik macam rambut Zizi.
" Mama, papa suruh tanya papa busuk, tak? " tanya Qawsu, si abang yang kini dah berusia 5 tahun. Zizi gelak perlahan. Aku masuk lepas bagi salam.
" Papa wangilah. " jawab Zizi. Aku gelak. Ya, dari dulu memang Zizi tak pernah tegur aku busuk ke apa lepas balik kerja.
" Abang letih ke? " tanya Zizi. Aku angguk perlahan.
" Ada firedrill tadi. " jawabku. 5 tahun berlalu, kini aku dah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Balai, jawatan yang pernah disandang oleh Tuan Ahmad lepas dia dah bersara. Sedar tak sedar, Shahzhaki dah masuk 40 tahun sekarang. Jiwa masih muda, masih macam dulu lagi.
" Patutlah nampak letih, sampai lupa sesuatu.. " Zizi mengerling. Dah 26 tahun umur Zizi sekarang. Aku kerutkan kening,
" Lupa apa? " tanyaku. Zizi jengilkan mata ke atas.
" Yelah, dah tua ni makin cepat lupa, kan? " usik Zizi. Aku tergelak lagi.
" Lupa apa? " tanyaku lagi. Zizi mencebih.
" Hari ni birthday Qawsu dan Qasha, kan? " Zizi mengingatkan. Aku terus pejamkan mata. Aku cuma ingat tarikh lahir mereka dua tahun pertama saja. Tahun ke tiga tak dapat sambut sama sebab aku ada operasi STORM dekat luar negeri, tahun keempat nyaris lupa dan tahun ni pula, aku sibuk dengan firedrill.
" Maaf, abang lupa. " jawabku. Pernah Zizi tanya aku tarikh kahwin kami, aku yang benar-benar lupa, hanya kata lepas Zizi habis SPM, tu je yang aku ingat..
" Abang pergi mandi. Mama dah tunggu kat rumah. " kata Zizi. Aku angguk.. Lepas mandi dan solat, aku turun ke tingkat bawah.
" Papa, kita nak pergi rumah nenek, ya? " Qasha terus luru arah aku,
" Hempp, papa wangilah.. " Dia terus peluk aku, membuatkan Qawsu cemburu dan terus luru pada aku dan tolak Qasha. Cepat-cepat aku pisahkan mereka.
" Qawsu tak boleh buat adik macam tu, tau? " pesanku. Qawsu angguk, kemudian peluk adiknya.
" Papa, kita nak pergi rumah nenek, ya? " ulang Qasha lagi. Aku angguk. Sungguhpun letih dan mengantuk, aku tetap kuatkan hati untuk terus sedar. Kami ke rumah mak mertua dengan Iriz Zizi. Aku malas nak drive. Mama dan ayah aku dah ada kat sana. Terkinja-kinja Qawsu dan Qasha sama-sama teruja tengok nenek diorang ada sana. Uncle aunty Qawsu dan Qasha pun ada untuk meriahkan lagi majlis hari jadi kembar pertama kat keluarga ni. Dalam diam aku genggam tangan Zizi. Bahagia sangat.
" Qasha, besar nanti nak jadi apa? " tanya mama. Aku pandang Qasha.
" Qasha nak jadi model.. " jawab Qasha. Zizi tergelak. Sekarang pun bakat Qasha nak jadi model dah ada. Pantang nampak kamera, pantang nampak barang hiasan wanita. Tapi aku takkan izinkan dia jadi model yang melampau.
" Qawsu? " tanya ayah aku pula. Qawsu yang leka membuka kotak hadiah, tersenyum girang selepas dia mendapati hadiah tersebut adalah set uniform bomba untuk kanak-kanak. Senyumannya terus melebar.
" Qawsu~ Qawsu nak jadi macam papa. " katanya ceria selepas memastikan pakaian itu sama dengan uniform operasi. Aku tergelak.
" Yeke?
" Qawsu nak jadi bomba! " Dia berlari ke arah mama dan meminta untuk dipakaikan pakaian itu. Mengalir airmata Zizi, dan aku terus peluk dia.
" Kita didik anak kita baik-baik ya sayang? " bisikku menenangkannya. Zizi angguk.
" Qawsu nak jadi hebat macam papa.. " Rupanya Qawsu sudah berada di hadapan kami. Aku terus riba Qawsu dan cium pipinya. Qawsu dah jadikan aku sebagai idola dan aku akan jadi contoh yang terbaik buat dia untuk terus hidup berjasa di muka bumi yang sementara ni.
Syukran Ya Allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience