BAB 37

Romance Series 22581

"Ok Datuk... saya harap projek ni dapat bermanfaat dan berjalan lancar...kalau ada apa-apa masalah saya akan hubungi orang Datuk la" Kata Tengku Rizqi kepada Datuk Zainal.

Saya pun harap macam tu juga Tengku.. kalau ada apa-apa masalah Tengku boleh direct contact saya terus." Balas Datuk Zainal.

"Baiklah datuk. Selamat berjumpa lagi." Ucap Tengku Rizqi dan bersalaman dengan Datuk Zainal kemudian keduanya mengambil haluan masing-masing.

Auch !! Kedua-duanya terjatuh di atas lantai.

Mata kau letak mana hah ?! Marah Rizqi sambil menepis-nepis bajunya tanpa melihat gadis yang berada dihadapannya itu.

"Awak....maaf saya tak nampak awak tadi .." pinta Syara perlahan.

"eh kau ! kau buat apa kat sini hah, dah la tak minta izin kat aku nak keluar lepas tu kau boleh pula langgar aku sampai jatuh ?!! Eii kau ni kan..." Balas Rizqi kasar sambil ingin mengangkat tangannya untuk menampar Syara.

TENGKU RIZQI ZAFAREL !! laung satu suara dari arah belakang dengan nada yang keras.

Rizqi menoleh ke arah belakang, tangannya yang ingin menampar muka Syaratul langsung diturunkannya laju.

"Bonda..bonda buat apa kat sini kenapa tak bagi Raisya tu teman bonda ? Tegur Rizqi yang terus berubah nada apabila berhadapan dengan Tengku Hanis.

Tak perlu Syaratul ada teman bonda. What are you trying to do just now Tengku Rizqi Zafarel ??!! Tanya Tengku Hanis yang masih memandang ke arah anak menantunya itu.

Terkelu Rizqi seketika. Walaupun dia seorang yang dingin dan sukar dijangka sifatnya tetapi apabila berhadapan dengan Tengku Hanis secara automatic dia tidak mampu berkata-kata atau melawan wanita yang telah melahirkan dan mengandungkannya itu.

Bonda tak nak tengok lagi kamu buat macam tu dekat Syara. She's your wife, benci mana pun kamu dekat dia..masih tak boleh terima dia, dia tetap masih isteri sah kamu dan kamu tak boleh suka-suka hati naik tangan dekat isteri kamu tanpa sebab. Bonda tak pernah ajar anak-anak bonda jadi biadap ?! Kata Tengku Hanis tegas

"Maafkan Riz bonda...Riz pergi office dulu" ucapnya perlahan kemudian berlalu pergi tanpa memandang ke arah Syaratul Auffiya yang masih berdiri kaku bersebelahannya.

............

Pintu bilik yang dibuka ditutup perlahan oleh Syara.
Tengku Rizqi yang melihat kelibat Syara yang memasuki biliknya itu berjalan ke arahnya.

"Eh ! kau sini ! " Kata Rizqi keras sambil menarik kasar tangan Syara dan mencampaknya ke atas katil.

Awak, kenapa ni ? Tanya Syara perlahan melihat perlakuan Rizqi yang kasar kepadanya.

"Kenapa kau tak bagitahu kat aku yang kau keluar tadi !!! Gara-gara kau bonda marah aku tau and gara-gara kau juga data penting dalam phone aku tak dapat access sebab fon aku tak boleh berfungsi waktu kau langgar aku tadi !! kau memang cari pasal kan !! " Kata Rizqi penuh amarah.

Saya minta maaf awak...saya dah tulis note kan kat atas tu, bagitahu yang saya teman bonda pergi mall. " Balas Syara perlahan.

Eh kau jangan nak berawak-awak la kat sini ! geli tau tak !! Yang kau bijak pandai tulis note tu buat apa bukan aku ada kat rumah pun asal tak sms atau call je aku hah bodoh !! Ucap Rizqi kasar sambil menunjuk-nunjuk kepala Syara.

"Saya takde phone, phone lama saya tu rosak dah lama dah.." Balas Syara yang masih ketakutan.

Kalau tau phone tu dah rosak asal tak bagitahu aku..kau ni sekali tak menyusahkan aku tak boleh ke ??!! Dah la aku nak tidur.. tepi !? Kata Rizqi yang masih dengan nadanya yang kasar.

Syara bangun dan mengambil toto yang berada di dalam wardrobe dan membentangkannya di atas lantai.

Rizqi yang melihat Syara membentangkan toto untuk tidur seperti biasa tidak jadi melelapkan matanya.

"Kau naik atas ni ?! " Arah Rizqi kepada Syara.

Hah apa." Jawab Syara yang masih blur dengan ayat yang diucap Tengku Rizqi.

" Aku suruh kau naik atas katil, tidur kat sini..aku dah letak bantal peluk ni kat tengah, kau jangan sama sekali alihkan bantal ni eh, siap kau nanti kalau kau alihkan. "

Syara yang mendengar arahan suaminya itu dalam diam mengucapkan syukur kerana Tengku Rizqi sudah mula membuka ruang untuknya walaupun perbuatan dan nada bicara yang dia tunjukkan masih kasar seperti biasanya.

Kemudian Syara turut melelapkan matanya disebelah suaminya untuk kali pertama sepanjang mereka berkahwin.

Tanpa Syara sedari. Rizqi yang tidur bertentang arah dengannya tersenyum dalam diam apabila dia merasakan Syara yang sudah pun lena disebelahnya.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience