BAB 49

Romance Series 22581

"Assalmualaikum..." ucap Rizqi sambil memasuki pintu bilik Syara.

”Waalaikumsalam... hah ada apa ni tetiba awak masuk bilik perempuan." Jawab Syara tidak selesa dengan keberadaan Tengku Rizqi.

eh, apa pula bilik perempuan ni kan bilik tidur kita sayang...." kata Rizqi tersengih.

'bilik tidur kita konon, dulu bukan main taknak tidur sebilik ni dah buang tebiat ke apa.' Monolog Syara dalam hati.

"awak ni dah buang tebiat ke apa..." Kata Syara memandang pelik Tengku Rizqi.

"buang tebiat apa pula ni sayang, dah sayang tidur bilik ni.. mestilah abang kena ada dekat sisi isteri abang yang tercinta ni..." Sambung Tengu Rizqi sambil dirinya mendekati Syara yang yang sedang menyandar di atas katil bertemankan novel kesayangannya.

“Awak jangan dekat-dekat nanti saya cubit awak, nak?! ..." Ujar Syara sambil menenangkan jantungnya yang semakin laju berdebar melihat kedekatan bersama tengku Rizqi diatas katil.

"cubit lah sayang....kalau dah cubitan sayang tu mampu dekatkan lagi hubungan kita abang sanggup terima walaupun sayang bagi 1000 cubitan manja kat abang." Sambung Rizqi sambil tersengih nakal. Dia suka melihat Syara yang tersipu malu apabila berdekatan jarak dengannya seperti sekarang.

'eee poyo nya awak ni, dah la tu saya nak layan novel saya lah awak pergi lah jauh2...saya tak ingat awak pun lah." " kata Syara menghalau tengku Rizqi daripada terus mencoba menggodanya.

Daripada sayang layan novel sayang tu baik sayang cari pahala layan abang sayang ni pula lagi baik tau.?!' Kata Rizqi mengusik. Semakin merah pipi Syara apabila Rizqi semakin mengusiknya.

"ish, tepi lah saya tak selesa lah awak mcm ni .... tolong la jangan ganggu saya." Sambung Syara sambil menepis badan Rizqi daripada terus merapatkan badan mereka satu sama lain.

Tiba-tiba... terasa sentuhan hangat yang sedang menggenggam tangannya saat ini.

"Sayang,....." panggil Rizqi lembut sambil memandang wajah manis isterinya.

Syara hanya mampu terdiam tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan.

"Syaratul Aufiyya?" lafaz Rizqi sambil memandang wajah isterinya yang sedang tertunduk malu.

"Abang betul-betul nak minta maaf dengan sayang...abang tak kisah Syara ingat siapa abang atau pun tak dan kalau boleh abang tak nak Syara ingat pun siapa abang yang dulu, sejujurnya abang yang dulu adalah insan yang sangat kejam dan sering melukakan hati seorang isteri yang taat dan sayang dengan abang." Ujar Tengku Rizqi sayu. Dia benar-benar insaf dengan kelakuannya selama ini.

Mungkin hilangnya ingatan Syara saat ini adalah teguran untuk dirinya yang curang, kejam dan sering menyakiti seseorang yang menyayanginya setulus hati.

"Abang betul-betul minta maaf dengan sayang... tolong lah bagi abang peluang untuk bahagiakan Syara, peluang untuk abang hargai orang yang Allah dah amanahkan dekat abang untuk abang jaga dan abang kasih sepenuh hati abang." Sambung Tengku Rizqi Zafarel. Jatuh air mata dan ego lelakinya dihadapan seorang gadis yang telah lama bergelar isterinya.

Syara teragak-agak ingin membalas pengakuan suaminya itu walhal jauh disudut hatinya ingin membalas belaian si suami namun dek kerana egonya yang ingin melihat effort lebih dari suaminya, dia hanya diam dan menunggu apa yang bakal diutarakan seorang Tengku Rizqi Zafarel, lelaki yang selama ini tidak menganggapnya sebagai seorang isteri.

"Kalau Syara tak nak maafkan abang takpe abang faham...tapi izinkan abang untuk jadi suami yang terbaik untuk Syara sepanjang perkahwinan kita. Sebab mulai sekarang abang nak hargai Syara seorang sahaja, seorang isteri yang banyak menerima duka sepanjang perkahwinan yang abang sendiri tidak rela pada mulanya." Ujar Rizqi ikhlas sambil memandang wajah Syara.

"Baiklah Syara bagi abang peluang tu....tapi Syara banyak kekurangan, abang sanggup ke terima perempuan yang banyak kekurangan mcm Syara." Balas gadis itu.

"abang sanggup sayang...." Ujar Rizqi sangat teruja.
"Eh...kejap...Syara panggil apa tadi...." Kata Rizqi setelah menyedari panggilan yang digunakan Syara terhadapnya.

"A..bang...?" Ulang Syara semula.

Tengku Rizqi tersenyum bahagia dan Malam itu adalah malam yang bahagia untuk dirinya dan secara tidak langsung Syara secara rasmi menjadi isterinya pada malam itu.

Stay tuned hehehe...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience