BAB 46

Romance Series 22582

“Betul ke apa yang aku buat ni." Detik hati Syara apabila melihat Rizqi yang sedang terlena disampingnya. Jauh disudut hatinya ingin mengusap lembut rambut suaminya itu tetapi dia tidak mahu menganggu lena lelaki itu.

Syara mencuba perlahan-lahan untuk mencapai jug yang berisi air untuk dituang ke dalam gelas namun perbuatannya itu menggejutkan Tengku Rizqi yang sedang terlena.


“Eh, sayang dah bangun. Sayang nak minum ke? Takpe abang tuangkan." Kata Tengku Rizqi tergesa-gesa mencegah Syara daripada menuang air itu. Syara hanya diam memerhati perbuatan Rizqi tanpa membalas bicara suaminya.

Syara meneguk segelas air yang dihulurkan oleh Rizqi perlahan-lahan. “Lain kali kalau nak minum ke, makan ke bagitahu abang jangan nak memandai buat sendiri...awak tu sakit lagi. Faham tak." Tegur Rizqi lembut sambil ralit memerhati wajah si isteri.

Syara hanya menganggukkan kepalanya tanpa memandang ke arah Rizqi. “Dah berapa lama saya kat sini dan kenapa saya boleh ada dekat sini." Tanya Syara kepada Rizqi.

Rizqi terkejut mendengar soalan yang diajukan oleh Syara, seboleh-bolehnya dia tidak ingin mengingat semula kejadian yang terjadi diantara mereka berdua sebelum Syara dilanggar.

“Awak dah seminggu lebih kat sini, dan aw..ak ada kat sini se..ba.b awak kemalangan. Awak dilanggar kereta masa nak melintas jalan." Jawab Rizqi tergagap.


“Ouh..." Balas Syara sepatah.

Melihat wajah Tengku Rizqi yang kelihatan runsing itu. Syara membuka bicara.

“Awak okay ke? Nampak macam ada yang tak kena je?" Tanya Syara lembut.

“Sebenarnya, sebelum awak kemalangan ada sesuatu buruk jadi diantara kita berdua.....dan abang...abang nak minta maaf sangat-sangat kat sayang?!" Ucap Rizqi kemudian duduk melutut meminta maaf kepada Syaratul Auffiya.

Syara terkejut dengan tindakan suaminya. “Eh awak buat apa ni, bangun lah?! Jangan lah macam ni." Ujar Syara sambil memegang lengan Rizqi agar lelaki itu bangun daripada terus melutut kepadanya.

“Maafkan abang. Abang selama ni tak pernah hargai awak. Awak sayangkan abang tapi abang tak pernah sekali pun pandang ketulusan awak pada abang. Abang nafikan yang abang sayang awak sebab abang nak zetty imani ada dengan abang.Abang ego abang pentingkan diri abang.. Maafkan abang Syaratul Auffiya." Kata Tengku Rizqi sambil menangis tersedu-sedan dihadapan Syara.

Syara terpana dengan bicara suaminya. "Benarkan insan dihadapannya saat ini ialah Tengku Rizqi Zafarel, lelaki yang selama ini pentingkan diri dan tidak pernah menganggapnya sebagai seorang isteri." Detik hatinya.

“Bangunlah, jangan berlutut macam ni pada saya, saya tak layak ...saya maafkan kesalahan awak kat saya. Saya terima awak seadanya kalau dah memang awak jodoh yang Allah dah tetapkan untuk saya." Balas Syaratul sambil menggenggam tangan suaminya.

-------------

“AARGHHHHH!!!!!! Tak guna!! Hancur semua rancangan aku. Kenapa lah kau tak mampus je masa tu." Jerit Zetty Imanina

Matanya terpandang akan frame gambar yang tergantung bersebelahan dengan meja soleknya.
Frame tersebut ditarik kasar olehnya.


“Kenapa mesti kau Imani!! Kenapa mesti kau yang dapat cinta Rizqi padahal aku yang kenal dia dulu dari kau?!! Aku dah bunuh kau untuk dapatkan Rizqi. Aku dah ubah muka aku jadi kau untuk dapatkan Rizqi tapi perempuan tu dah rampas Rizqi dari aku!! Sama macam kau rampas Rizqi dari aku..ARGHH!!!" Jerit Zetty Imanina yang mengamuk serupa orang kurang siuman.

Datin Airish yang ingin menuju ke biliknya namun terhenti apabila mendengar amukan anak bongsunya dibilik terhenti daripada ingin menegur anak gadisnya itu. Jatuh air mata wanitanya mendengar semua yang dilontarkan Zetty Imanina.

Dia sama sekali tidak menyangka, anaknya iaitu Zetty Imani kembar tidak seiras Zetty Imanina meninggal akibat dibunuh oleh kembar sendiri.

Bersambung.........

*Few more chapters dear readers hehe*
*Sorry zerra lambat update....banyak project+assignment prlu kejar due date*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience