BAB 41

Romance Series 22582

"Erm..sebenarnya Sya, Zetty Imani tu adik kepada Zetty Imanina. " Jawab Raisya.

Syara semakin bingung kerana dia sama sekali tidak mengetahui kewujudan dua nama itu dikalangan ahli keluarga Tengku Idris kerana dia telah berkenalan terlebih dahulu dengan semua saudara-mara Tengku Rizqi mahupun daripada keluarga Tengku Idris atau Tengku Hanis.

" Aku rasa lebih baik kau dengar sendiri benda ni daripada mulut angah sendiri. Walaupun aku ni kawan baik dan merangkap adik ipar kau tapi aku tak boleh nak masuk campur urusan rumah tangga korang berdua. " Kata Raisya serba salah kepada Syara lalu mengajaknya untuk bersama-sama menjamu selera bersama bonda dan Rana di ruang makan.

Syara hanya mengikuti langkah Raisya tanpa sebarang bicara.

............................

"Assalamualaikum." Ucap Tengku Idris sebaik sahaja memasuki rumah.

"waalaikumsalam...hah bang lambat balik hari ni". Sambut Tengku Hanis mesra sambil menyambut beg pejabat yang dihulur oleh Tengku Idris.

"Haah...banyak kerja pula hari ni .... Nis, Tadi Sue bagitahu saya yang Syara terus balik lepas keluar dari bilik angah. Angah mana, dah balik ? " Tanya Tengku Idris sambil melabuhkan duduknya di meja makan untuk makan malam.

Tak angah belum balik lagi. Syara memang balik awal, pukul 2 tadi dah ada kat rumah...tapi kan bang masa dia masuk rumah, dia menangis tau. " Jawab Tengku Hanis.

Lah menangis kenapa pula ? Ni Syara mana ? Tanyanya lagi.

" Ada kat bilik tu pa, rana dah ajak makan tapi dia tak nak pula..." Jawab Rana

"Takpe lah nanti dia lapar turun la tu...dah jom kita makan dulu " Pelawa Tengku Hanis.

.................

Bib telefon pejabat ditekan oleh Rizqi. "Syara kau masuk bilik aku sekarang". Pinta Tengku Rizqi kemudian terus mematikannya tanpa menunggu balasan Syaratul Aufiyya.

"Haih....mamat ni kalau kau tu bukan suami aku dah aku bagi penumbuk sebiji lepas tu aku blah..." Kata Syara geram dengan perlakuan Tenongku Rizqi.

Pintu diketuk perlahan, kemudian Syara masuk ke bilik pejabat Tengku Rizqi setelah dia membenarkannya.

Ada apa awak panggil saya ? Tanya Syara lembut namun hanya dibalas dingin oleh si suami.

"Aku nak kau balik sekarang, kemas barang-barang kau yang ada kat rumah bonda....Mulai esok aku nak kita duduk berasingan dengan family aku....aku tak selesa lah nak satu bilik satu katil dengan kau tiap malam...meluat tahu tak...dah pergi balik, kemaskan sekali barang-barang aku." Kata Tengku Rizqi tanpa secalit senyuman diwajahnya.

Tapi apa saya nak cakap kalau orang rumah tanya saya ...? " Soal Syara kebingungan.

"Pandai-pandai kau lah and aku rasa kau dah boleh keluar dah kot sekarang menyemak pula kau ada dekat depan aku ni. ". Arah Tengku Rizqi.

Assalamualaikum." Ucap Syara setelah memasuki rumah ibu mertuanya.

"Waalaikumsalam..Hah Syara awal balik." Sambut Rana.

"Eya kak, Syara balik awal ni pun sebab Rizqi suruh saya kemas barang. Bonda mana kak ?" Tanya Syara

"Bonda ada je kat atas tu. Dia suruh kemas barang, korang nak pergi mana ni...honeymoon ehhhh." Usik Rana sambil tergelak kecil

Eh kak Rana ni .. tak lah". Jawab Syara malu

"Alaa apa salahnya mana tahu apa akak cakap ni betul...dah korang memang belum pergi honeymoon kan kot kot lah c Rizqi tu nak surprise kan kau." Sambung Rana sambil mengusik.

akak ni ada-ada je.. saya naik atas dulu ye..nanti balik dia saya belum kemas apa-apa mengamuk lagi karang dia tu. " Pinta Syara meminta diri.

Hah yela." Balas Rana kemudian melangkahkan kakinya ke dapur.

Betul ke apa yang kak Rana cakap tu....dia dah boleh terima aku kot." Fikir Syara sambil tersenyum seorang diri mengemas pakaian mereka berdua.

bersambung.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience