Bab 12

Romance Series 22581

Sampai sahaja dirumah, Syara mengambil bagasinya yang diturunkan oleh Raisya daripada bonet keretanya dan berjalan masuk ke dalam biliknya tanpa menoleh ke belakang.

Raisya yang turut mengangkat bagasinya di belakang hairan melihat tingkah laku Syara yang seakan-akan tidak gembira pulang dari Kedah.

Di situasi Syara..

Syara menangis teresak-esak di atas katilnya.

Kenapa Pak Long sanggup buat macam ni.. ibu, ayah Syara rindu. Syara dah tiada siapa-siapa lagi kat dunia ni" ucapnya sambil menekuk lutut dan menangis.

Raisya keluar daripada biliknya kemudian memandang ke arah bilik Syara yang hanya berhadapan dengan biliknya sebelum melangkah untuk turun ke bawah.

Eh pintu bilik Syara tutup pula, dia ada dekat bawah kot." Monolog Raisya.

Raisya memandang ke arah ruang tamu tetapi apa yang dilihat hanyalah sofa, kemudian dia berlalu pula ke dapur tetapi kelibat Syara juga tiada di dapur.

Syara tak turun lagi ke, dah malam ni.." Fikirnya kemudian menuju ke bilik Syara.

Pintu diketuk oleh Raisya.

Beberapa kali pintu diketuk tetapi masih tidak ada tanda-tanda pintu akan dibuka.

Raisya terdengar suara esakan kecil daripada bilik Syara. Hatinya semakin berdebar bimbang.

Tanpa menunggu lama, Raisya berlari ke biliknya dan membuka laci meja soleknya untuk mengambil kunci pendua bilik Syara.

Kunci yang dipegang dimasukkan ke dalam tombol kunci.

Raisya membuka pintu itu terkejut melihat suasana bilik Syara yang gelap tanpa sebarang cahaya walaupun hari sudah malam.

Raisya menekan butang lampu kemudian menuju ke arah Syara yang sedang menangis di katilnya.

Ya Allah, Syara kenapa dengan kau ni????" Tanya Raisya risau yang melihat keadaan sahabat baiknya.

Syara kau okay ke ni? " Tanya Raisya sambil memeluk Syara dengan risau

Aku rindu ibu dengan ayah, Rai." Jawab Syara.

Tapi Sya, kau tak boleh macam ni, tak tenang parents kau kat alam sana." Balas Raisya sambil memandang wajah Syara.

Aku tahu Rai, aku redha diorang pergi tinggalkan aku tapu aku tak boleh terima yang diorang pergi sebab dirancang dan terbunuh macam tu je. Kata Syara yang masih dengan dibanjiri tangisan.

Apa maksud kau Sya, aku tak faham la." Ujar Raisya yang kebingungan dengan maksud ayat yang disampaikan oleh Syara.

Parents aku diorang.....

Bersambung....

#Zerra minta maaf kalau ada word yang typo untuk bab ni dan bab-bab yang sebelum ini juga ya .. hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience