BAB 34

Romance Series 22596

Syara turun ke tingkat bawah. Dia melihat Tengku Hanis, Raisya dan beberapa orang saudara mara yang lain sedang sibuk untuk membuat persiapan perkahwinannya.

"Patutnya bila pengantin buat persiapan untuk perkahwinan, diorang akan happy buat benda tu sama-sama tapi aku... orang lain pula yang uruskan, calon suami pula entah ke mana." keluh Syara.

Bonda, ada apa-apa yang Sya perlu buat tak ? Tanyanya sambil menayangkan wajah cerianya di hadapan saudara mara Tengku Hanis agar dapat menjaga nama keluarga itu.

Takde..semua dah siap dah, cuma bonda nak kamu dengan achik pergi ambil baju kamu di butik ye..orang butik ada call bonda tadi pagi minta kamu ambilkan baju, mereka tak dapat nak hantar ke sini. " Kata Tengku Hanis lembut.

Syara hanya menganggukkan kepalanya.

Achik, boleh teman Syara kan ? Tanya Tengku Hanis kepada anak perempuannya itu.

Eh boleh je bonda...dengan senang hati" Jawab Raisya ceria kemudian tersengih

Eh nis, kenapa kamu tak suruh je Syara ni pergi berdua dengan Rizqi tu" Tanya Tengku Hajar, kakak sulung Tengku Hanis.

Si Riz tu biasa la kak, ada project besar yang perlu dia uruskan...tu yang dia sibuk sikit sebab due project tu dah hampir." Jawab Tengku Hanis tapi dalam masa yang sama dia berasa lega sebab tiada lagi pertanyaan yang dilontarkan oleh mereka sebaliknya hanya menumpukan kepada kerja masing-masing.

Tengku Hajar hanya menganggukkan pertanyaannya itu kemudian melihat semula hasil gubahannya.

Sya...kau okay tak ni ? Tanya Raisya yang melihat Syara termenung.

Aku okay je ni...Rai aku tidur jap eh kalau sampai nanti kejut aku eh" Pinta Syara kemudian menutup matanya.

Hanya bunyi radio yang menemani mereka kerana Raisya tidak mahu menganggu Syara dan hanya focus kepada pemanduannya.

..................

Bunyi kereta Rizqi kedengaran memasuki halaman rumah.

Pintu rumah ditutup perlahan setelah tubuhnya memasuki rumah. Rizqi hairan melihat saudara-mara dan bondanya yang sedang sibuk mengubah.

Bonda....mari kejap" Panggil Rizqi lembut sambil tersenyum kepada saudara-maranya.

Saya tinggal kejap ye...nanti saya datang semula," kata Tengku Hanis kepada kakak dan ipar-iparnya.

hah kenapa panggil bonda ni Riz, bonda tengah sibuk kan kat sana tu ?? Tanya Tengku Hanis hairan.

Ini semua untuk apa bonda ? Tanya Rizqi kembali.

Eh budak ni, ni semua untuk Riz la...takkan kamu dah nyanyuk kut.." Balas Tengku Hanis.

Hah untuk Riz, kenapa pula Riz kena ada semua ni" Kata Rizqi semakin hairan.

Riz kan nak kahwin dah dengan Syara...jadi tula sebab semua ni untuk Riz..bonda dengan makcik2 kamu dah uruskan." Jawab Tengku Hanis gembira.

Rizqi seperti tidak percaya mendengar jawapan bondanya. Kemudian, dia terus melangkah ke biliknya tanpa membalas bicara bondanya.

Eh budak ni, dah panggil lepas tu pergi macam tu je...Riz..Riz". Kata Tengku Hanis sambil menggelengkan kepalanya melihat sikap anaknya itu.

Boleh ke aku??? Aku tak bersedia lagi nak jadi suami sesiapa...Arhhh!!!" Monolog Rizqi kasar. Fikirannya serabut memikirkan perkahwinannya yang tidak dia rancang apatah lagi berkahwin dengan gadis yang tidak dia cintai.

bersambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience