BAB 42

Romance Series 22581

Hah pindah ?!! Kata Tengku Hanis terkejut.

"Tapi kenapa tiba-tiba nak pindah pula ni Riz....dah la nak pindah, hari juga pula tu" Sambung Tengku Idris

"Riz memang dah lama dah niat nak pindah papa sebab Riz nak belajar untuk terima Syara sebagai isteri Riz sepenuh hati. Mana lah tahu kami duduk berdua dalam rumah tu keserasian kami makin bertambah." Jelas Tengku Rizqi kepada keluarganya yang sedang duduk di ruang tamu itu.

"Herm kalau kamu dah cakap macam tu, bonda dengan papa takkan halang kamu..tapi kalau nak pindah juga, bonda nak kamu pindah esok lagipun dah malam ni kan kesian kat Syara tu. " Pinta Tengku Hanis.

Papa setuju." Sambung Tengku Idris.

"Bonda dengan Papa ingatkan kamu minta Syara balik awal kemas barang korang berdua sebab kamu nak bawa dia pergi honeymoon ke, bagi bonda cucu... rupanya kamu nak pindah". Keluh Tengku Hanis.

Honeymoon...dengan betina ni, memang taklah aku...tak kuasa nak honeymoon bagai dengan minah ni." Monologue Rizqi dalam hati sambil berusaha menyembunyikan rasa meluatnya.

"Taklah bonda lagipun kitaorang dah 2 bulan kahwin kan, dah lambat rasanya kalau nak pergi honeymoon semua ni .." Kata Rizqi lembut untuk menyedapkan hati orang tuanya.

Apa pula lambatnya, baru 2 bulan kan korang berdua ni kahwin....bonda dengan papa yang dah berpuluh tahun kahwin ni pun masih honeymoon tau, hah jangan main-main." Kata Tengku Hanis sambil bergurau. n masih belum dapat meraih cinta si suami.

.............

Hah, dah sampai turun." Kata Tengku Rizqi.

Banglo 2 tingkat yang tersergam indah dengan rekaan modern tetapi masih mempunyai unsur-unsur tradisional memikat hati Syara. Matanya tidak berhenti memandang rekaan rumah itu.

Eh..kau nak tenung rumah ni berapa lama lagi.. cepat la sini. " Panggil Tengku Rizqi sambil menurunkan luggage mereka berdua daripada kereta.

"Nah beg kau ni angkat sendiri...masing-masing ada tangan kan so barang kau ni kau angkat la sendiri, aku pula angkat barang aku kecuali barang-barang dapur or else aku tolong kau angkat tapi itu pun tengok lah kalau aku ada mood nak tolong." Ujar Tengku Rizqi dengan nada yang mengejek .

"Eleh mamat ni, tak gentlemen langsung lah baik tak payah kau jadi lelaki...jadi pondan terus kan senang....haih sabar Syara sabar, ingat dia tu suami kau?! " Monolog Syara dalam hati.

Syara mengangkat satu per satu bagasinya lalu masuk ke dalam rumah....Rizqi ? Dia dah angkat dulu bagasi miliknya dan meninggalkan Syara mengurus bagasinya sendiri.

Yang kau ni angkat beg ke buat beg..lama sangat..? Soal Rizqi.

Syara hanya mendiamkan sahaja soalan Rizqi itu. Hatinya masih geram dengan lelaki itu.

Rizqi yang melihat Syaratul tidak membalasnya membuka bicara. “ Bilik kau kat atas dekat tangga sebelah kiri." Katanya kemudian masuk ke bilik semula untuk membersihkan diri.

"Aku dah agak dah kita takkan tinggal sebilik sebab tu kau ajak aku pindah kan tapi takpe la sekurang-kurangnya hati aku tak sakit kena sebilik dengan mulut puaka macam dia tu" Monolog Syara lagi

Usai mandi dan solat, Syara turun ke dapur. Peti ais dibuka olehnya. Kosong . “Erm..nak masak apa ni,,,,barang dapur pun takde.?" Fikirnya.

Syara langsung mendekati Rizqi setelah melihat lelaki itu turun ke bawah.

"Awak, saya nak masak tapi barang dapur 1 apa pun takde...boleh tolong pergi belikan tak ?" Tanya Syara lembut.

"dah kau pergi siap..kita pergi beli sekali, jangan lambat aku bagi 2 minit ."Kata Tengku Rizqi kemudian mengukir senyum setelah Syara hilang dari pandangannya.

“Bukan kita nak pergi beli barang dapur ke? kenapa ke restoran pula..?" Tanya Syara bingung.

Restoran tempat apa Puan Syaratul Auffiya..? Soal Tengku Rizqi kembali tanpa menjawab pertanyaan Syara.

“Restoran tempat makan lah tempat apa lagi". Jawab Syara pelik

“Hah dah tahu restoran tu tempat makan, so kita datang sini nak makan lah..apa yang lembab sangat kau ni..dah turun" Ujar Tengku Rizqi.

"Haih aku tak faham betul la mamat ni, ikutkan hati nak je aku cekik-cekik kau tahu tak" Monolog Syara dalam hati.

Setelah pesanan dibuat, mereka duduk diam tanpa berbicara sesama sendiri. Kedua-duanya masih berasa malu ditambah dengan Tengku Rizqi yang masih dengan egonya.

"Hi Sayang." Tegur seseorang.

Tengku Rizqi terkejut melihat figura dihadapannya ditambah dengan pandangan Syara yang tidak senang dengan kehadiran figura yang berada di hadapannya saat ini..

bersambung.......

•New Cover Page for SYARATUL AUFFIYA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience