Bab 9

Romance Series 22581

Macam ni, sebenarnya ibu dan ayah kamu masih belum sedarkan diri lagi.. doktor cakap diorang masih dalam keadaan yang kritikal, kedua-duanya cedera parah dan kehilangan darah yang banyak.
Sekarang ni kita berdoa je lah semoga semuanya dalam keadaan yang tertolong. Terang Haji Mokhtar

Syara hanya mendiamkan diri dan hanya mendengar apa yang disampaikan pak longnya.

Setelah hampir setengah jam menunggu, pintu bilik icu dibuka..

Semua yang berada disana terus menuju ke arah doktor yang merawat untuk mendapatkan dan mendengar penjelasan.

Kamu semua ahli keluarga Encik Rajis bin Zainal dan Puan Zara Binti Ismail ke ? Tanya doktor itu.

Ya doktor, saya anaknya. " Kata Syara cemas

Macam ni ye, pihak kami memohon maaf sebab Encik Rajis dan isteri tidak dapat diselamatkan. Kedua-duanya sudah berada dalam keadaan sangat parah sewaktu sampai disini.." Balas Dr Aisyah, dr yang menangani Encik Rajis dan Puan Zara.

Tak mungkin dr....tak mungkin..dr tipu saya kan dr.. tolong lah dr cakap yang semua ni tipu kan... dr saja kenakan kami kan... " Ujar Syara menjerit sambil menangis teresak-esak.

Saya minta maaf cik. Kata dr Aisyah kemudian meninggalkan mereka masing-masing mengeluarkan air mata.

Syara terduduk diatas lantai. Air matanya jatuh dan dia menangis semahu-mahunya.

Rai, kau tau tak.. aku baru je tau bercakap dengan ibu aku pagi tadi...Aku tak tahu yang Itu adalah kali terakhir aku bercakap dengan dia. Sambung Syara yang masih menangis.

SKIP

Sudah genap seminggu pemergian Encik Rajis dan Puan Zara tetapi Syara semakin banyak termenung kemudian menangis.

Haji Mokhtar dan Hajah Zaiton juga tidak tahu harus berbuat apa dengan satu-satunya anak buah mereka itu.

Raisya membuka pintu bilik dan masuk ke dalam bilik Syara.

Sya, kita balik KL jom esok.. dah seminggu kita kat sini.. tahlil semua pun alhamdulillah dah selesai. Kata Raisya yang sedang cuba memujuk Syara.

Syara memandang ke arah Raisya. Kalau kita balik lusa boleh tak...?" Tanya Syara.

Okay, okay kita balik lusa ok.. kau rest lah dulu. Ujar Raisya.

Syara hanya mengangguk.

Raisya keluar dengan perasaan lega.. sekurang-kurangnya Syara mahu untuk diajak pulang semula ke KL.

Malam itu....

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience