BAB 44

Romance Series 22581

PAAAAKKKK !!!

Bunyi itu mengejutkan semua orang awam yang berada di situ. Kebanyakkan mereka yang lalu-lalang berhenti kemudian mendekati si mangsa.

“Bang tolong bang, angkat perempuan ni masuk kereta saya..abang ni ikut saya ye." Pinta orang yang melanggar Syaratul.
Mereka tanpa banyak bicara bergegas untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk gadis itu.

MANA Rizqi ! Mana budak tu !! Isteri tengah bertarung nyawa dekat dalam dia boleh pula takde dekat sini. " Kata Tengku Idris Tegas. Dia geram melihat sifat anaknya yang masih belum berubah.


“Sabar lah bang, saya dah call dia tadi dia on the way datang kesini." Balas Tengku Hanis sambil memegang bahu Tengku Idris untuk menenangkan suaminya itu.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat Rizqi dengan riak wajahnya yang risau. Terbit rasa bersalah dihatinya memikirkan keadaan isterinya setelah kejadian Syaratul dilanggar selepas pergaduhan mereka di restoran beberapa jam yang lalu.

“Pa, bonda...Syara macam mana doktor cakap apa?" Tanya Rizqi cemas dengan nafasnya yang tidak teratur.


“Baru sekarang kamu nak muncul, kamu dari mana...apa yang kamu buat sampai isteri kamu terlantar macam tu." Kata Tengku Idris tanpa menjawab pertanyaan yang diajukan Rizqi.

“Pa please! Riz nak tahu keadaan isteri Riz sekarang ni?! Riz minta maaf sebab Riz lambat datang sini."

“Abang....dah dah lah tu..." Kata Tengku Hanis pula meleraikan dua beranak itu...nanti tak pasal-pasal bergaduh pula kat hospital ni.


“Kami pun tak tahu lagi keadaan Syara macam mana... doktor belum bagi apa-apa penjelasan pun tentang keadaan Syara...kita tunggu je lah dulu ye...bonda harap Rizqi sabar."

Setengah jam kemudian, pintu wad kecemasan pun dibuka perlahan dan muncul kelibat Rana dengan bajunya yang terdapat kesan darah.

Ahli keluarga Tengku Idris terutamanya Rizqi yang melihat Rana keluar daripada wad terus mendapati gadis itu. Rana menghela nafas perlahan sebelum dia berdepan dengan ahli keluarganya.

“Rana, macam mana dengan Syara...dia baik-baik je kan?" Soal Rizqi ingin tahu.

“Papa, bonda, Along, Achik....Rana minta maaf Rana dah cuba sebaik mungkin tapi Syara sekarang ni dalam keadaan koma, terdapat hentakan yang kuat pada bahagian kepala dan patah dibahagian tangan menyebabkan keadaan Syara tidak stabil buat masa sekarang. Rana harap kita kat sini dapat sama-sama berdoa supaya Syara dapat sedar dan sembuh dengan cepat.

“Along nak tengok isteri along...boleh?" Bagitahu Rizqi kepada Rana.

“Boleh...pergilah masuk tapi jangan bising sangat ye long." Ucap Rana lembut kerana dia tahu emosi alongnya itu sekarang ini tidak berada dalam keadaan yang baik.

“Bonda...papa Rana pergi sambung buat kerja dulu ya... " Kata Rana meminta diri untuk beredar daripada ibu bapanya itu.

“Hah yela...kita jumpa dekat rumah nanti." Balas Tengku Idris kemudian memimpin tangan Tengku Hanis untuk mengajaknya masuk melihat keadaan Syaratul Auffiya.

“Abang minta maaf sayang...abang abaikan sayang abang nafikan yang abang dah jatuh hati dekat sayang sebab abang masih mahu menagih kasih Imani untuk kembali dengan abang...please! Sayang buka mata, bangun, abang ada kat sini?!" Raung Rizqi bersama air mata yang sudah jatuh berlinangan.

"Abang janji abang teman sayang, abang jaga sayang sampai sayang abang ni sihat macam dulu balik. BANGUN SAYANG! BANGUN! Sambungnya kembali Menangis.


Tersentuh hati Tengku Hanis sebagai seorang ibu. Seumur hidupnya ini kali kedua dia melihat anak lelakinya itu mengalirkan air mata untuk seorang perempuan selepas anaknya itu ditinggalkan oleh bekas tunangnya Imani.

“Riz, jangan macam tu nak tak baik...lebih baik sekarang ni Riz pergi ambil wudhu solat, tenangkan hati tu menghadap sang pencipta...doakan kesembuhan isteri kamu." Kata Tengku Hanis menenangkan Rizqi yang sedang tunduk menangis sambil memegang tangan isterinya yang sedang terbaring lemah.

“Dah dah along pergi solat...kami ada boleh tolong jagakan Syara." Sambung Raisya pula sambil memandang wajah alongnya itu.

“Riz?" Panggil Tengku Hanis perlahan membangunkan anak lelakinya yang sedang tidur duduk disamping katil Syaratul.

“Riz dah makan belum ni....?" Soal Tengku Hanis kembali. Sedih hatinya melihat keadaan anaknya yang dulu selalu kelihatan kemas dan menjaga penampilan kini menjadi tidak terurus dan ditambah lagi dengan keadaan menantunya yang kini sedang koma.

Rizqi hanya sekadar menggelengkan kepalanya sahaja.


“Bonda ada bawakan Riz makanan ni...Riz makan dulu yaa kat sofa tu..." Pinta Tengku Hanis lembut.

Rizqi menoleh ke kiri ke kanan sebelum mengambil mangkuk tingkat yang dibawa oleh Tengku Hanis. “Bonda...papa dengan achik mana?" Tanya Rizqi.


“Papa sekarang dah mula masuk office balik gantikan kamu sementara kamu kat hospital ni jagakan Syara, dia tak nak syarikat tu jadi apa-apa pula kalau kamu takde....Achik pula ada kat resort tengahari nanti baru dia kesini." Jawab Tengku Hanis tenang.

Rizqi hanya mengangguk faham kemudian membuka mangkuk tingkat itu untuk dijamah.

Baru beberapa sudu makanan masuk ke dalam perutnya, Tengku Rizqi dipanggil oleh bondanya.

“Riz, Syara...tangan Syara bergerak...Panggil Rana cepat." Arah Tengku Hanis teruja. Setelah hampir 3 minggu menantunya itu koma akhirnya ada tindak balas yang ditunjukkan oleh Syara.


“Bonda.." Ucap Rana yang memasuki bilik wad Syara sambil menyalami tangan wanita itu sopan.


“Rana, tolong check Syara nak...tadi tangan dia bergerak-gerak.." Kata Tengku Hanis sambil menunjuk ke arah Syaratul.

Tidak lama kemudian.....

“Alhamdulillah bonda, along...keadaan Syara dah stabil dia dah lepas dari masa komanya... buat masa sekarang, kita cuma perlu tunggu dia sedarkan diri je."

Kedua-duanya menghela nafas lega...bersyukur ke hadrat ilahi yang masih mengizinkan Syaratul untuk bersama-sama mereka lagi.


“Rana pergi sambung check pesakit lain pula ya bonda, along. " Pamit Rana kemudia. menyalami kedua-kedua figura dihadapannya itu.

Namun, belum sempat Rana keluar dari wad itu, kakinya terhenti membuatkan dia berpaling semula mendengar Satu suara menyentakkan mereka semua.

“Air.." Kata Syaratul yang masih terbaring lemah.

Tengku Hanis yang mendengar perkataan Syara itu langsung berdiri dan menuangkan air ke dalam gelas untuk diberikan kepada Syaratul.

“Alhamdulillah, Syara dah sedar." Ucap Tengku Hanis gembira.


“Alhamdulillah sayang abang dah sedar...Abang minta maaf dengan sayang." Sambung Rizqi pula sambil memegang kedua tangan syara erat.

“Bonda, Ni Siapa?" Tanya Syaratul.

Bersambung .....

*Sorry Dear Readers, Zerra lama tidak update hehe but now don't worry Im back! Zerra mau complete kan cerita ni ASAP.

*Thankyou sebab still support karya zerra yang tidak seberapa ni...Zerra hargai sangat-sangat.

*Stay Tuned ya, ada lagi chapter menyusul lepas ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience