BAB 48

Romance Series 22582

Di Hospital

Sebenarnya papa bonda... Syara masih ingat siapa Rizqi. Syara tak hilang ingatan Syara. Kata Syara serba salah terhadap kedua mertuanya.


"Kenapa Syara buat macam tu nak? kami semua risaukan Syara tau." Tanya Tengku Idris hairan..

"Ya sayang, betul cakap papa tu kita semua risaukan keadaan Syara. Syara ada nak cerita apa- apa dengan bonda???" Sambung Tengku Hanis penuh kasih.

"Syara tak ada niat pun bonda nak susahkan hati semua orang...cuma Syara nak tahu sejauh mana keikhlasan hati Rizqi dekat Syara sekarang ni lepas apa dah jadi antara kami sebelum Syara kemalangan haritu." Jawab Syara sayu

"Sebenarnya papa, bonda... Rizqi dah berbaik semula dengan Zetty Imani, Rizqi dah..." Kata Syara tergagap tidak sanggup rasa dihatinya ingin menuturkan kata yang amat menyakiti hatinya.

"Dah apa Syara.....?!" Pintas Tengku Hanis tidak sabar.

“Rizqi dah janji nak kahwin dengan Imani depan Syara. Sebelum kemalangan tu, Syara dan Rizqi ada bertengkar pasal Imani." Jawab Syara. Air mata gadis kecil itu terjatuh tanpa mampu ia tahan.


"Astagfirullahalazim" ucap Tengku Hanis.

"Haihh papa tak sangka sampai macam ni sekali Rizqi buat pada kamu. Papa dengan bonda tak pernah ajar Rizqi untuk jadi biadap macam ni dengan isteri." Kata Tengku Idris kecewa dengan sikap anak lelaki satu-satunya.

"Bonda minta maaf sayang....bonda minta maaf bagi pihak Rizqi, jujur bonda dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan budak bertuah sorang tu." Ujar Tengku Hanis yang turut kecewa. Sebagai seorang ibu, dia tentunya menginginkan yang terbaik untuk rumah tangga anaknya apatah lagi Syara seorang menantu yang baik dan penyayang.


"Bonda dengan papa jangan la cakap macam tu, takpe Syara boleh uruskan... papa dengan bonda jangan risau ye. Insyaallah semuanya akan baik-baik." Ujar Syara yang cuba menenangkan keadaan. Dia tidak mahu kesihatan insan tersayang dihadapannya ini merosot setelah mendengar luahan hatinya ini.


"Yelah papa dengan bonda faham dengan tindakan Syara ni. Kami tak kesal pun, biar lah ini jadi pengajaran untuk Rizqi sebab dah sakitkan hati seorang isteri." Sambung Tengku Idris.

**********

"Alhamdulillah, kak Rana tengok kesihatan Syara dan semakin baik dan dari rekod kesihatan Syara juga tak ada apa-apa masalah...kalau macam tu petang ni, Syara dah boleh balik ye." Kata Rana sambil membelek-belek fail rekod kesihatan Syara.


"Alhamdulillah. terima kasih kak rana, akhirnya Syara dah boleh balik. naik lenguh dah badan ni asyik terbaring je atas katil." Kata Syara manja.

"Amboii suka la tu. Ni kak rana suruh Syara balik bukan untuk lasak-lasak tau tapi nak suruh Syara rehat kat rumah 2-3 hari sebelum masuk kerja balik." Sambut Rana. Terserlah aura seorang doktor yang sedang menasihati pesakitnya saat ini.

[Double Update]

Assalmualaikum, hi semua reader Zerra minta maaf sngt2 sbb dah lama tak update apa-apa pasal story ni.

Terima kasih sebab dah support story zerra dan sudi baca. Love You all(mini love)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience