Bab 14

Romance Series 22582

Hah tercegat apa lagi kat situ, achik ajak kawan tu masuk." Pelawa Tengku Hanis dengan ramah.

Ye bonda.. eh jom lah masuk bonda aku dah panggil dah tu..aku tahu kau banyak benda nak tanya aku kan" Ucap Raisya sambil tersengih-sengih.

Syara memandang ke arah Raisya.

Yala nanti aku jawab la semua soalan kau tu tapi sekarang kita masuk dulu ok." Kata Raisya sambil menarik tangan Syara mengikutinya.

Syara hanya mengikuti langkah Raisya ke ruang makan kediaman keluarganya.

Kalau tak salah bonda, kamu lah yang selamatkan bonda tempoh hari dekat supermarket kan. " Ujar Tengku Hanis membuka bicara.

Syara mengangkat wajahnya. Fikirnya dia tersalah orang ketika melihat wajah itu ketika memasuki rumah itu, tetapi setelah mendengar apa yang bicarakan bonda Raisya dia yakin itu adalah orang yang pernah dia selamatkan.

Ya bonda, saya Syara. " jawab Syara penuh hormat.

Tengku Hanis tersenyum lebar mendengar nama yang disebut oleh Syara. Dia masih ingat dengan jelas dengan gadis itu.

Bonda, kejap....masa bonda hampir kena langgar and orang yang selamatkan bonda tu, Syara. " Kata Raisya yang terkejut.

Ya bonda ingat lagi.. tangan dia pernah luka sebab selamatkan bonda. Sambung Tengku Hanis.

Babe, asal kau tak bagitahu aku yang makcik kau selamatkan tu bonda aku. " Rengek Raisya.

Lah mana aku tahu yang bonda Hanis ni bonda kau." Ucap Syara sambil mengaru-garu kepalanya.

Tengku Hanis dan Tengku Idris hanya tersenyum melihat celoteh mereka.

SKIP

Abang mana pa?? Tanya Raisya.

Hmm... jangan ditanya lah kalau abang kamu tu,sibuk je memanjang.." Keluh Tengku Idris.

Yang kamu berdua ni, tak payah balik lah..tidur sini esok je balik" Sambung Tengku Idris.

Hah betul kata papa tu, bonda setuju." Ucap Tengku Hanis yang turut setuju dengan pelawaan suaminya itu.

Eh tak boleh pa, Achik kena pergi resort esok, Syara pun dah nak kena masuk kerja balik" Kata Raisya menolak pelawaan papanya itu.

Lah resort bonda je pun, kenapa pula tak boleh masuk lambat. " Kata Tengku Idris.

Ye la pa, kalau macam tu achik hantar Syara balik dulu la. " Keluh Raisya

Eh, apasal pula nak hantar dia balik, kan papa dah cakap yang kamu berdua tidur kat sini." Kata Tengku Idris sambil menggelengkan kepalanya.

Tapi Syara pa..." Ujar Raisya

Syara kerja dekat mana?? Tanya Tengku Idris.

Err, saya kerja dekat RR Bernama Holdings uncle. "Jawab Syara segan

Tengku Idris dan Tengku Hanis yang mendengar nama syarikat mereka disebut Syara tersenyum penuh makna.

Takpe esok achik dengan Syara cuti je teman bonda.. jangan risau papa uruskan, gaji jangan risau tak kena potong" Kata Tengku Idris kemudian berdiri dan melangkah ke bilik.

Eh biar betul papa Raisya ni, nanti kalau bos singa aku tu marah macam mana." Monolog Syara mendengar apa yang dikatakan oleh papa Raisya.

Hah betul la kata uncle tu, bonda akan pastikan takde siapa pun yang boleh ganggu Syara dekat syarikat tu. Sambung Tengku Hanis kemudian mengikutu langkah suaminya ke bilik untuk beradu.

Raisya hanya mengeluh, apabila Tengku Idris yang membuka kata semestinya dia tidak dapat membantah apa yang diperintahkan papanya itu.

Em, jomlah kita masuk bilik aku, kau mesti penat kan. Ajak Raisya kepada Syara.

Syara hanya menanggukkan kepalanya dan membuntuti langkah Raisya.

Kelibat seseorang di dapur mengejutkan figura seseorang yang melangkahkan kakinya ke dapur.

Ahhhhh!!!!! Jeritnya.

Bersambung........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience