Bab 30

Romance Series 22582

Selamat Pagi Bonda... " Ucap Syara kepada Tengku Hanis yang sedang menggoreng bihun untuk sarapan pagi. Dalam diam, Syara kagum dengan ibu angkatnya itu. Biarpun berpangkat dan berharta dia tetap akan memasak hidangan untuk keluarga setiap hari tanpa meminta bantuan sesiapa.

Selamat pagi...Syara nak ke mana ni ?" Tanya Tengku Hanis.

Syara nak masuk office la bonda dah lama Syara tak pergi kerja...macam mana nak ada duit kalau tak kerja..hehe" Jawabnya sambil tersengih.

Alhamdulillah...bagus la tu, part yang kalau tak kerja tak ada duit tu bonda setuju." Balas Tengku Hanis kemudian mereka tertawa bersama.

Ya bonda... Syara rasa dah tiba masa Syara mulakan hidup yang baharu disini...Syara kena lupakan semua benda yang boleh buat Syara down. Kata Syara ikhlas.

Betul bonda setuju, kalau jadi menantu bonda lagi bagus ." Gurau Tengku Hanis namun itu yang sebenarnya terdetik dihatinya untuk bermenantukan Syara.

Pagi bonda." Ucap Imanina yang baru tiba di dapur. " Eh kau tepi sikit, semak lah kau ni".... Kata Imanina yang memarahi Syara kerana menghalangi jalannya.

"Bonda nak Iman tolong apa ni". Tanya Imanina teruja.

"Eh perempuan ni, sejak bila pula dia tu jadi anak aku panggil bonda bagai" Monolog Tengku Hanis dan hanya membiarkan pertanyaan Iman kemudian bergerak ke ruang makan sambil mengangkat bihun yang telah siap dimasaknya.

Syara, tolong bonda angkat jug tu ke ruang makan ye." Pinta Tengku Hanis yang melihat Syara terdiam diperlakukan seperti itu oleh Imanina.

Kedua-duanya melangkah ke ruang hadapan tanpa memperdulikan Iman yang masih tegak di dapur.

Takpe....sebabkan perempuan tu kau taknak layan aku eh takpe tunggu nasib kau perempuan. " Kata Imanina geram sambil mengenggam erat tangannya.

Hah achik, mari sarapan sekali." Panggil Tengku Idris.

Abang dengan kakak mana bonda??" Tanya Raisya yang tidak melihat kelibat Rizqi dan Rana.
Kakak kamu ada emergency call tadi katanya tu yang tak sempat sarapan tu, abang kamu pula belum turun lagi." Jawab Tengku Hanis.

Raisya hanya menganggukkan kepalanya tanpa membalas. Matanya terpandang akan Syara yang tidak berpakaian seperti biasa yang dia pakai ketika dirumah.
Eh kau nak ke mana ni Sya, kau kan tak sihat lagi? Tanya Raisya hairan.

Aku nak masuk office la.. dah lama sangat la aku cuti , kerja pun makin bertambah." Jawab Syara.

Bagus lah kalau dah macam tu kejap lagi aku hantar kau eh. " Ujar Raisya.

Tengku Hanis yang melihat kelibat Tengku Rizqi menuju ke ruang makan menyapa anak terunanya itu.

" Hah Rizqi mari duduk makan ." Pelawa Tengku Hanis.

Ya Bonda. Tengku Rizqi yang melihat Imanina masih berada dirumahnya menjeling tajam gadis itu.

Rizqi nanti tumpangkan Syara sekali ke pejabat eh..Raisya tak dapat hantar dia sebab ada meeting nanti". Ucap Tengku Hanis.

Raisya yang mendengar bicara bondanya saling berpandangan dengan wanita itu sambil tersenyum-senyum.

err..." Belum sempat Rizqi membalas tetapi suara seseorang menyampuk.

Tak boleh lah auntie, sebab Rizqi kena hantar and teman Imanina ke mall hari ni." Sampuk Imanina terhadap percakapan dua beranak itu.

Raisya yang mendengar percakapan Imanina membuat gaya seperti ingin muntah manakala Syara dan Tengku Idris hanya diam sambil memandang geram dengan wanita itu.

Eh.. ada bonda aku tanya kau ke and bila masa pula aku nak teman kau pergi mall.. nak pergi kau boleh pergi sendiri." Balas Tengku Rizqi sambil meletakkan semula sudunya di atas piring.

Hah kau, cepatlah bonda suruh tumpang aku kan kang lambat tak pasal-pasal pula aku kena hantar pulah minah tu pergi tempat ntah apa-apa." Sambung Tengku Rizqi.

Tengku Idris, Tengku Hanis dan Raisya yang mendengar balasan Rizqi tersenyum puas.

Bersambung.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience