BAB 45

Romance Series 22596

“Bonda...ni siapa?" Tanya Syaratul.

Mereka semua yang berada disitu terkejut dengan pertanyaan Syaratul.

“Eh ni kan Rizqi, suami Syara...Syara tak ingat ke?"

“Suami? Syara dah kahwin ke?" Tanyanya kembali.


“Sayang...hei, ni saya suami sayang lah." Sambung Rizqi pula memandang wajah isterinya itu sambil memegang kedua-dua pipinya memaksa gadis itu mengingatinya.


“Bonda...tolong Syara.." Rayunya pada Tengku Hanis dan tangannya berusaha melepas tangan Tengku Rizqi yang sedang memegang kedua belah pipinya.

“Along, along please jangan push Syara dulu dia baru je sedar keadaan dia masih lemah lagi...Along dengan bonda keluar dulu ye, bagi Rana check keadaan Syara sekarang." Pinta Rana tenang. Dia tidak mahu alongnya yang terus menerus memaksa Syara akan memburukkan lagi keadaan kakak iparnya itu.

Tengku Hanis memimpin tangan anak lelakinya itu keluar.


Tengku Rizqi meraup wajahnya kasar. Dia tidak tenang melihat keadaan isterinya yang tidak mengenal dirinya langsung walaupun jauh disudut hatinya dia bersyukur yang Syaratul telah pun sedar.

*******

Rizqi yang melihat adiknya keluar dari wad Syara dengan wajah yang sukar dia untuk dibacanya langsung menuju ke arah gadis itu diikuti oleh Tengku Hanis.

“Rana harap along boleh bersabar dengan semua ni....Syara dia..dia hilang ingatan...kali terakhir perkara yang dia ingat masa hari pertama dia ikut Raisya datang ke rumah dan masa tu dia masih belum berkahwin dengan along." Terang Rana mengeluh.

Tengku Rizqi terduduk, terkesima dengan apa yang baru sahaja didengarnya. Tengku Hanis juga tidak mampu berkata apa-apa lagi...

*******

Rana termenung di atas mejanya mengingatkan perbualannya dengan Syara dalam wad ketika dia memeriksa keadaan gadis itu.

“Rana.." Panggil Syaratul setelah Rizqi dan Tengku Hanis keluar daripada wad kemudian cuba bangkit untuk duduk perlahan-lahan.

“Eh Sya, kau tak stabil lagi ni...baring je.." Kata Rana yang terus laju membantu Syaratul.

“Aku sebenarnya tak hilang ingatan, aku kenal semua orang disekeliling aku... cuma aku.." Bicara Syara terhenti kemudian mengalirkan air matanya.

Rana terkejut mendengar apa yang dilontarkan oleh Syara. “Cuma kau apa Sya? Kau tak boleh buat macam ni...semua orang risaukan kau tau tak." Jelas Rana sambil memegang kedua bahu Syaratul.

“Cuma aku nak tengok sejauh mana perkataan abang sayang yang keluar daripada mulut Rizqi akan kekal atau cuma sampai aku sembuh je lagipun aku jadi macam ni sebab dia..." Terang Syara sedih apabila dia teringat kejadian di restoran tempoh hari dan layanan yang diberikan Rizqi sebelum ini terhadapnya.

Rana terdiam mendengar butir bicara Syara. Dia tidak nafikan yang abangnya itu sememangnya tidak memberi layanan dan kasih sayang yang sepatutnya Syara dapatkan semenjak bergelar isteri kepada lelaki itu.


“So, kau nak aku buat apa sekarang ni?" Soal Rana prihatin akan nasib rumah tangga kakak iparnya itu.


“Aku nak minta tolong kau rahsiakan perkara ni...itu je." Pinta Syara merayu


“Termasuk papa dengan bonda?" Tanya Rana lagi.


“Papa dengan bonda aku janji aku akan terus terang pasal ni cuma pada Rizqi sahaja aku nak kau tolong rahsiakan sampai aku masa aku sendiri yang bagitahu hal sebenar. Please Rana?!" Kata Syara sambil memegang kepalanya yang terasa sakit.

Rana hanya mengangguk kemudian keluar daripada wad itu untuk berjumpa dengan bonda dan Rizqi. Sejujurnya, dia sendiri ingin melihat ketulusan Rizqi terhadap Syara apakah Rizqi betul-betul menyesal dan menerima Syaratul Auffiya sebagai isterinya atau hanya sebaliknya.

Bersambung ..........

HEHE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience