BAB 39

Romance Series 22582

Ya Allah Kiara ! Apa dah jadi ni ?! Tanya Ustazah Fatimah yang terkejut melihat keadaan bilik pejabat Kiara yang bersepah sana sini ditambah lagi dengan keadaan Kiara yang sedang menangis di atas lantai.

"Mak long ! Tolong Kiara mak long. Kiara sayangkan Abang Iz mak long" ucapnya dalam tangis dan berada di dalam pelukan Ustazah Fatimah yang merangkap ibu saudara kepada Kiara Arlita.

"Kiara !! Kiara sedar tak apa yang Kiara cakap dekat mak long ni ?! Tak elok kalau Kiara menaruh hati apatah lagi jatuh sayang pada seseorang yang dah bergelar seorang suami. Rizqi tu dah kahwin Kiara ?! " Kata Ustazah Fatimah tegas.

"Tak mak long, Kiara tak kira...Kiara nak abang Iz, Kiara dah lama sayangkan Abang Iz mak long sejak kecil lagi...mak long pun tahu kan " Ujar Kiara yang masih dalam tangisan.

' Kiara dengar apa yang mak long cakap ni, Kalau betul Kiara sayangkan Rizqi Kiara cintakan dia mak long nak Kiara ikhlaskan dia. Tak semua dalam dunia ni yang kita nak kita akan dapat Kiara dan kadang kala kalau sayangkan pengorbanan itu perlu ada. Dunia ni hanya pinjaman tak semuanya kekal dan semua orang dalam dunia ni akan merasa kehilangan, kematian..mak long minta tolong dengan Kiara Ikhlaskan Rizqi. " Kata Ustazah Fatimah memberi nasihat kepada anak saudaranya itu. Dia tidak mahu Kiara terus hanyut dengan perasaan sayang terhadap suami orang.

"Maafkan Kiara mak long, Kiara mengaku Kiara salah sayangkan abang Iz." Katanya dalam tangis.

Ustazah Fatimah memeluk erat anak saudaranya itu untuk menenangkannya.

......

Rizqi masuk ke dalam rumah dan membuka kasut yang dipakainya kemudian duduk di atas sofa. Dia menutup matanya ingin lelap seketika.

" Awak dah balik .." Sapa Syara ramah dan mengambil kot yang telah ditanggalkan oleh Rizqi di sebelahnya.

Kau dah jelas-jelas nampak aku dah duduk atas ni kan yang kau pergi tanya soalan bodoh tu asal !? Kata Rizqi kasar.

Syara hanya mendiamkan diri kemudian melangkahkan kaki hendak ke dapur. Tengku Rizqi yang melihat Syara yang ingin pergi itu memandangnya geram.

Eh! Kau ni jenis yang tak pandai nak hormat suami ke hah ?! Kata Rizqi menahan Syara untuk pergi.

Kemudian langkah kaki Syara terhenti dan menoleh ke arah Tengku Rizqi semula.

Maksud awak apa ? Tanya Syara hairan.

Kau tanya aku pula....eh perempuan ! Kata Rizqi kemudian berdiri dan memandang tajam ke arah Syara.

" Kau dengar sini eh . Aku nak kau masakkan aku Sambal Sotong sekarang juga . Faham !! " Kata Rizqi Sambil menunding jari ke arah Syara.

Alah mamat ni poyo je lebih...ingatkan apalah tadi rupanya nak sambal sotong je..kang ada aku hempap baru padan muka kau" Monolog Syara geram.

" Awak, marilah makan .... saya dah siap Sambal sotong yang awak nak tu lauk lain pun ada ni.." Panggil Syara sopan kerana dia tahu yang lelaki itu masih suaminya yang sah dan syurganya ada dibawah telapak kaki lelaki itu.

Tengku Rizqi berjalan ke arah meja tanpa membalas panggilan Syara yang sedang menuangkan air sirap di dalam gelas.

"Awak jamah la." Kata Syara manis.

" Tak payah nak tayang muka manis kau tu lah, tak kuasa aku tengok. " Kata Rizqi.

Dia mula menyuap nasi bersama sambal sotong itu ke dalam mulutnya perlahan-lahan.

"Sedap pula minah ni masak". Gumamnya sendiri.
Macam mana awak, sedap tak ..? ke ada apa-apa yang kurang ...? Tanya Syara gementar kerana itu adalah kali pertama dia menjamu Tengku Rizqi dengan air tangannya sepanjang perkahwinan mereka.

" Hm boleh lah daripada aku kebulur. " Jawab Rizqi selamba padahal jauh disudut hatinya dia memuji masakan Syara yang sememangnya sama dengan Tengku Hanis.

2 Bulan Kemudian

"Selamat pagi Awak, nah coffee." Ucap Syara ramah.

Walaupun sudah 2 bulan berlalu tetapi Tengku Rizqi masih belum dapat menerimanya seikhlas hati sebagai seorang isteri. Hati Syara sayu tetapi dia tetap tidak berputus asa untuk memenangi hati lelaki itu.

" So untuk hari ni, awak ada meeting dengan Dato Rizzal jam 10.30 pagi and sebelah petang pula jam 3 petang awak ada meeting dengan client penting Mr Roland berkenaan projek pembinaan di Dubai. Itu je. " Terang Syara kepada Rizqi yang sedang menyemak fail dihadapannya itu.

Ada apa-apa lagi awak perlukan ? Tanya Syara sambil memandang suaminya yang semakin hari semakin membuatnya jatuh sayang dengan lelaki itu.

"Tak. Kalau dah habis sila keluar...." Kata Rizqi serious tanpa senyuman.

"Yala .. selamat bekerja Encik Suami. " Kata Syara sambil membuat flying kiss kepada Rizqi.

Rizqi masih dengan muka ketatnya memandang ke arah Syara tajam. Selepas sahaja kelibat Syara keluar dari bilik pejabatnya, Tengku Rizqi tersenyum perlahan mengingat perlakuan Syara yang baginya semakin hari semakin meluluhkan hati lelakinya yang beku itu.

bersambung........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience