Bab 26

Romance Series 22581

Kenapa dengan kamu ni Achik..." Kata Tengku Hanis.

Tu..tu" Kata Raisya tergagap-gagap.

Tengku Hanis melihat ke arah yang ditunjuk Raisya.

Astagfirullaalazim... " Ucapnya panjang.

Syara yang berdiri dibelakang memandang ketakutan apabila melihat benda seperti itu terbentang sekali lagi dihadapannya.

Syara memberanikan diri mengambil kertas putih yang ditulis dengan darah dan dia percaya itu kemungkinan adalah darah monyet yang tidak bernyawa dihadapannya.

Aku akan pastikan kau merana Syaratul Aufiyya.

Syara membuang kertas yang dipegangnya itu. Tanpa sedar Rizqi menggenggam penumbuknya, marah melihat air muka Syara dan adiknya yang ketakutan.

Dia benci bila ada yang ingin menyakiti atau menyentuh sedikit pun keluarganya.

Syara terduduk. Dia menangis teresak-esak.
"Apa salah Syara, Bonda...kenapa Syara yang ditarget." Katanya dalam tangisan.

Tengku Hanis langsung menarik tubuh kecil Syara ke dalam pelukkannya.

"Syara... Syara takde salah apa-apa sayang... Syara kena kuat" Ujar Tengku Hanis bimbang.

Syara nak ibu dengan ayah...Syara takut"....Balasnya tersedu-sedan.

Syara tak boleh macam ni....mereka dah tenang dialam sana sayang...Syara kena teruskan hidup Syara.. Syara kena berani ". Sambung Tengku Hanis memberi semangat.

Baru sahaja Syara ingin membalas, tubuhnya yang lemah rebah ke lantai.

"Astagfirullahalazim... Syara bangun" Ucap Tengku Hanis.

Rizqi dan Tengku Idris yang melihat Syara rebah terus merempuh ke arahnya.

Bersambung..............

*Sorry pendek sikit chapter ni..HEHE*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience