Bab 28

Romance Series 22581

Pintu wad yang menempatkan Syara dibuka perlahan. kelihatan susuk tubuh Tengku Hanis dan Tengku Rizqi memasuki wad Syara.

Syara terjaga dari lenanya. " Eh maaflah kalau bonda buat Syara terjaga..ni bonda nak bagitahu yang Syara dah boleh discharge dah." Kata Tengku Hanis manakala Rizqi hanya berdiam diri sambil duduk di sofa yang terdapat dalam wad itu.

tak lah bonda tak ganggu Syara pun.. betul ke ni Syara dah boleh discharge bonda" Tanya Syara ceria.

Betul.. dah pergi la siap bonda suru Rizqi ni kemas apa yang patut ya" BalasTengku Hanis kemudian memandang Rizqi yang sedang leka bermain smartphone nya.

Tengku Rizqi yang sedar akan pandangan Tengku Hanis memandangnya kemudian mengeluh.

Apasal Rizqi pula yang kena kemas ni bonda." Keluh Rizqi.

Aip, kemas je jangan melawan cakap bonda..bukan bonda suruh lari padang 10 round pun." Dalih Tengku Hanis sambil memukul manja lengan anak terunanya itu.

...........

Assalamualaikum." Ucap Syara sambil kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Raisya.

Eh Sya kau baru sampai ke ni? " Tanya Raisya prihatin.

Haah..bonda dengan abang kau ambil aku kat hospital tadi...kau macam mana? demam dah kebah ke? Tanya Syara yang turut simpati melihat Raisya yang juga jatuh sakit.

Aku dah okay dah, Alhamdulillah....kau tak nampak ke aku tengah berdiri depan kau sekarang ni maknanya tu aku sihat la." Ujar Raisya kemudian mereka tergelak bersama.

Rizqi yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik Raisya yang terbuka mengejutkan mereka berdua.

Ish kau ni bang terkejut aku," Kata Raisya sedikit terkejut.

Aku naik ni panggil korang, bonda suruh turun makan sekali.Jom!" Ajak Rizqi kepada mereka berdua.

Mereka hanya menganggukkan kepala tanpa menjawab.

Tengku Rizqi melangkah pergi meninggalkan mereka berdua daripada pintu bilik itu menuju ke ruang makan.

Eh Rai, asal aku tengok mood abang kau tu moody semacam jer??!! " Tanya Syara hairan.

Alaa ni tak mesti lain tak bukan pasal Imanina la tu." Jawab Raisya yang sedang mengikat ponytail rambutnya.

Imanina? Siapa tu, girlfriend abang kau eh" Sambung Syara yang berminat dengan topik itu.

Erm taklah actually tu bekas tunang abang aku...eh dah la jom nanti bonda bising pula kita lambat turun. " Kata Raisya kemudian menarik tangan Syara mengikutinya.

Rizqi pernah ada tunang...siapa tunang dia tu? cantik ke? kenapa diorang putus? " Monolog Syara dalam hati tanpa meluahkannya kepada Raisya.

Aku kena cari tahu ni.." Tekad Syara.

Hah turun pun, bonda ingatkan tak nak turun dah." Ujar Tengku Hanis kepada Raisya dan Syara.

Hah Jom lah kita makan. Rizqi baca doa" Arah Tengku Idris.

Tengku Rizqi menganggukkan kepalanya. Kedua belah tangan diangkat kemudian doa makan dibaca.

Baru sahaja mereka hendak makan, seseorang mengetuk pintu utama sambil memberi salam.

Assalamualaikum?? " Ujar figura itu.

Bersambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience