BAB 40

Romance Series 22581

"I will make sure that you will be mine, my dear" Kata figura seseorang yang sedang memandang ke arah Tengku Rizqi yang sedang dalam meeting.

"Baiklah Tengku, kita jumpa lain kali ya saya ada hal nak diuruskan. " Ucap Dato Rizzal sambil menghulurkan tangannya kepada Tengku Rizqi untuk bersalaman dan disambut baik oleh anak muda itu.

" Okay dato kebetulan saya pun ada hal. " Balas Rizqi kemudian mereka berpisah arah disitu.

Telefon bimbit Syara berbunyi dan tentera nama *Mr Beku* di skrin telefonnya.

Apahal pula mamat ni call aku waktu-waktu macam ni" Monolog Syara tetapi menjawap panggilan itu pada masa yang sama.

"Hello. Awak nak apa ? " Tanya Syara

"Aku nak kau ambil aku kat Trio Cafe ni sekarang (nama rekaan) ". Arah Rizqi kemudian menamatkan panggilan itu tanpa balasan daripada Syara.

"Amboi mamat ni, mentang-mentang la office ni bapa dia yang punya suka-suka hati je.. takpe hari ni hari kau esok lusa hari aku pula". Kata Syara geram.

10 minit kemudian, kereta Myvi Syara sampai dihadapan Trio Cafe dan muncul pula Tengku Rizqi dengan muka ketatnya.

Kereta Myvi itu adalah pemberian Tengku Rizqi kepada Syara sebulan yang lalu dan alasannya membelikan kereta itu ke Syara kerana dia tidak ingin gadis itu pergi dan pulangbersama-samanya ke office seperti yang diperintah bondanya dengan alasan Syara tidak memiliki keretanya sendiri dan harus menaiki keretanya memandangkan Rizqi adalah suami sah Syara.

Asal awak minta saya ambil awak pula ? Tanya Syara kepada Rizqi hairan

"aku malas nak drive." Jawab Rizqi singkat

"Eh habis tu, awak datang sini naik apa pula ? " Tanya Syara lagi.

"Saya minta driver papa hantarkan." Balasnya lagi.

Erm.. kita nak ke mana ni ? Soal Syara.

Office." Jawab Rizqi sepatah.

2 minit perjalanan, Syara memberhentikan keretanya dihadapan sebuah restoran mamak.

"Awak saya singgah jap eh, nak beli makanan untuk lunch. " Ucap Syara kemudian terus keluar daripada kereta tanpa menunggu balasan sang suami.

Sebaik sahaja kelibat Syara memasuki restoran tersebut Rizqi menepuk dahinya.

Haih, asal lah kau ni Rizqi...terus terang je lah yang kau nak suruh dia ambil kau sebab nak bawa dia pergi lunch .... sekarang tak pasal-pasal dia dah bungkus makanan dah" Kata Rizqi geram kepada dirinya sendiri.

.............

"Aku nak jumpa Tengku Rizqi .. dia ada tak ?" Ucap seseorang yang tidak dikenali Syara dengan angkuhnya.

Cik ni siapa ? ada buat appoinment tak ...? Tanya Syara sopan.

Err lambat lah kau ni!!! dah lah ?!! Kata figura itu terus masuk ke bilik Tengku Rizqi tanpa segan silunya.

Pintu dikuak dari luar. "Hai Sayang, miss me ??" Tanya figura itu mesra dengan Tengku Rizqi.

Tengku Rizqi tergamam melihat gadis yang sedang berada di hadapannya saat ini.

"Imani, is that you ? You masih hidup ? " Soal Tengku Rizqi tidak percaya melihat gadis yang pernah dicintainya 3 tahun lalu kini berada dalam keadaan sihat walafiat dihadapannya ketika ini.

"Yes. It's me honey ...Zetty Imani, your future " Jawab Gadis itu bangga.

Rizqi terus maju ke arah gadis itu dan langsung memeluknya dan pelukan itu dibalas oleh si gadis.

Manakala, Syara yang melihat adegan itu tanpa sedar mula mengalirkan air matanya perlahan dan keluar daripada bilik itu. Beg tangan dan kunci kereta dicapai kasar dan Syara terus keluar meninggalkan pejabat itu untuk balik ke rumah.

Pintu rumah kediaman mertuanya dibuka perlahan sedikit kasar.

Sya awal balik, jom makan sekali...bonda ada masak ayam masak merah ni..." Sapa Raisya yang sedang duduk makan bersama dengan Tengku Hanis dan Rana. . .

Syara hanya diam tanpa membalas pelawaan Raisya kemudian terus naik ke atas dengan keadaanya yang masih mengalirkan air mata.

Mereka yang berada di meja makan itu, memandang hairan dan risau melihat Syara yang balik awal dari waktu yang sepatutnya dalam keadaan menangis.

" Achik pergi tengok Syara dulu ye bonda, long... " Pinta Raisya

"Hah pergi lah bonda takut dia kenapa-kenapa ." Jawab Tengku Hanis cemas

Pintu bilik diketuk perlahan . Raisya masuk ke dalam bilik dan mencari kelibat Syara.

" Sya, kau kenapa ni ? Okay tak ? " Tanya Raisya prihatin .

" Aku rasa bodoh sangat Rai....Aku rasa nak giveup je" balas Syara dalam tangisan.

Hei ?! apa pula cakap kat diri sendiri macam tu Allah tak suka tau....sekarang ni kau cerita dengan aku, apa sebenarnya yang berlaku ni" Tanya Raisya perlahan sambil menenangkan Syara.

Syara tidak bercerita tetapi sebaliknya memberi pertanyaan.

" Rai....? Siapa Zetty Imani ...? " Tanya Syara kepada Raisya.

Ah sudah ?! Monolog Raisya.

Raisya hanya mampu terdiam.

Raisya ?? Panggil Syara lagi.

Erm ...?! Raisya jadi serba bersalah

Erm sebenarnya Sya, Zetty Imani tu...............

bersambung.....

• Watak baru muncul ... hehe kita kasi panas lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience