Bab 35

Romance Series 22582

Sedar tidak sedar sudah 2 bulan berlalu dan hari ini adalah hari bersejarah dalam hidup Syara iaitu hari perkahwinannya dengan Tengku Rizqi Zafarel.

Pintu bilik Syara diketuk perlahan dan muncul kelibat Tengku Hanis yang sedang tersenyum memandang ke arahnya.

Syara melihat ke arah Tengku Hanis yang sedang tersenyum ke arahnya dan turut membalas senyuman wanita itu.

Syara dah sedia ke nak jadi seorang isteri ?? Tanya Tengku Hanis lembut.

Syara yang mendengar pertanyaan Tengku Hanis menundukkan kepalanya dan mengenggam erat tangannya.

Takpe la abaikan soalan bonda... bonda tahu Syara nervous kan." Kata Tengku Hanis kemudian tersenyum.

Raisya merempuh masuk ke dalam bilik Syara dan mengejutkan mereka berdua yang berada di dalam bilik apabila Raisya membuka kasar pintu tersebut.

Hai Sya ?? Sapanya riang tanpa rasa bersalah.

Tengku Hanis memulas telinga anaknya itu. Kamu chik, cuba la masuk tu elok-elok sikit tak boleh ke, kamu tu perempuan cuba lah perangai tu jaga sikit?! Kata Tengku Hanis geram

Aduh duh bonda...sakittt lahh...ye ye sorry la bonda." kata Raisya meminta untuk Tengku Hanis melepaskan tangan dari telinganya.

Syara hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat dua beranak itu.

Rana yang memasuki bilik Syara memanggil mereka semua untuk berangkat ke dewan iaitu tempat berlangsungnya perkahwinan antara Tengku Rizqi Zafarel dan Syaratul Aufiyya.

Alaa Syara, kau relex je bukan kau yang kena duduk berdepan tok kadi pun." Monolognya dalam hati.

.................

Tengku Rizqi Zafarel bin Tengku Idris Shah." Panggil tok kadi.

Saya.

Aku nikahkan dikau dengan Syaratul Aufiyya binti Alminuddin Rajis yang berwakil walinya kepadaku dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai.

Aku terima nikahnya Syaratul Aufiyya binti Alminuddin Rajis dengan mas kawin 1000 ringgit tunai. Jawab Tengku Rizqi Zafarel dihadapan tok kadi.

Selepas mendengar perkataan sah daripada kedua orang saksi, tok kadi mulai membacakan doa.

Bonda, happy sangat hari ni sebab hajat bonda nak bermenantukan Syara dah termakbul." Ucap Tengku Hanis kepada Syara yang sedang duduk makan dimeja beradab.

....

Hah Syara tak naik berehat lagi ?? Tegur Tengku Hanis yang melihat Syara masih dengan baju pengantinnya sedang duduk di dapur bersama Raisya.

Erm kejap lagi lah bonda.." Balasnya agak kekok.

Alaa pergi je lah abang aku tu bukannya makan orang pun.... dah, dah pegi naik atas sana shuh shuh" usik Raisya kemudian menyuruhnya pergi.

Nak je aku cekik c Raisya ni" ucap geram dalam hati.

Tengku Hanis hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anak dan menantunya yang sememangnya sudah dia ketahui.

Syara berhenti dihadapan pintu bilik Tengku Rizqi Zafarel. "Alamak macam mana ni, nak masuk ke tak...nak ke tak ?? Fikirnya ragu-ragu. Alaa masuk je lah Syara dia suami kau juga kan." Ucapnya sendiri.

Pintu dibuka perlahan. Syara tercari-cari kelibat Tengku Rizqi sebelum memasuki bilik itu, setelah diperhatinya tidak ada kelibat lelaki itu dia memasuki bilik itu dan menutup pintu perlahan.

Baru sahaja Syara hendak menghadap ke hadapan semula muncul Tengku Rizqi dihadapannya.

Yang kau terhendap-hendap ni kenapa?! dah masuk bersihkan badan kau tu . Arahnya dingin.

Ish mamat ni, buat terperanjat aku je aku aku terajang kang." Monolognya geram . "Astagfirullahalazim, Syara suami kau tu dosa-dosa" Ucapnya kembali seakan-akan tersedar kemudian masuk ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya.

bersambung...

*Maaf Zerra lambat update.. Zerra baru habis final exam, so lepas ni boleh lah zerra update slalu. Stay Tuned Guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience