Bab 22

Romance Series 22581

Eh itu.... Ahhhhhhhh!!!!!!! Jerit Raisya keras.

kedua-dua mereka mengucap perlahan.

Sape la buat macam ni," Ujar Raisya yang melihat seekor kucing yang tidak berkepala di dalam kotak itu.

Raisya mendekatkan diri ke kotak itu sambil menutup hidungnya menahan bau hanyir kucing itu lalu mengambil sehelai kertas yang terdapat di tepi kotak itu.

Sya.. ni ada tulisan la dalam kertas ni" Kata Raisya perlahan kemudian melirik ke arah Syara yang ketakutan.

Syara mengambil helaian kertas itu kemudian membacanya.

KAU TAKKAN SELAMAT SYARATUL AUFIYYA !!

Syara membuang kertas itu kembali dan menyeramkan baginya apabila tulisan di atas kertas itu bukan lah menggunakan pen tetapi darah.

Jom kita buat report polis la .." Ajak Raisya yang sedang memandang Syara.

Syara menggelengkan kepalanya. "Tak payah la buat report nanti makin kecoh pula, kita tak tahu apa sebenarnya motif orang tu hantar benda ni" Jawab Syara.

Dah jom lah kita gerak, kang lambat bising pula abang kau tu" Kata Syara kepada Raisya.

Hari kian berlalu .. sudah genap seminggu tetapi Syara masih mendapat kiriman yang sama daripada seseorang yang tidak dia dikenali.

Raisya semakin risau melihat sahabatnya itu yang mendapat kiriman haiwan tidak berkepala hampir setiap hari. Syara pula semakin hari semakin diam dan tidak riang seperti sebelum ini.
Sya, kita tinggal rumah bonda aku sementara waktu ni eh..aku risau lah tengok kau macam ni" Kata Raisya prihatin.

Syara hanya mengangguk tanpa berbicara. Baginya mungkin tinggal dirumah orang tua Raisya dia dapat tenangkan diri daripada kiriman-kiriman tidak sepatutnya itu.

Assalamualaikum, bonda...Che Sal Achik balik ni.." Panggil Raisya.

Tidak lama kemudian, muncul Che Sal dihadapan pintu.

Oh Raisya, marilah masuk nanti Che Sal bawa masuk beg Raisya dengan Syara ye." Kata Che Sal ramah.

Siapa tu sal, " Tanya Tengku Hanis yang baru keluar dari dapur.

Achik ni bonda" Sampuk Tengku Hanis.

Raisya dan Syara menyalami tangan Tengku Hanis.

Eh, kenapa achik balik tak bagitahu bonda dulu.. boleh bonda siapkan makanan yang sedap2." Ujar Tengku Hanis gembira melihat anak bongsunya itu dan Syara datang ke rumah.

Tak rancang pun sebenarnya bonda." Balas Raisya

Achik dengan Syara tidur sini berapa hari." Tanya Tengku Hanis dengan ramah.

Syara ikut Raisya je bonda, Syara tak kisah berapa lama pun dia nak." Kata Syara segaris senyuman kemudian tertunduk semula.

Mendengar sahaja bicara Syara, Tengku Hanis memandang penuh harapan terhadap Raisya.

Mungkin kitaorang akan tinggal sementara kat sini kot bonda." Kata Raisya kemudian tersenyum.

Alhamdulillah gembira bonda dengar...sekurang-kurangnya adalah kawan bonda tak lah sunyi sangat bila papa,along dengan angah takde." Balas Tengku Hanis bahagia.

Bonda, Syara minta diri ke bilik dulu ye..Rai, aku tumpang rehat dalam bilik kau eh." Ujar Syara meminta diri.

Hah pergi lah dulu, kejap lagi aku naik aku tunjuk bilik kau.." Balas Raisya Kepada Syara.

Melihat sahaja kelibat Syara sudah tidak kelihatan, Raisya mula membuka bicara.

Actually bonda, ada sebab kenapa Achik bawa Syara tinggal sementara kat sini.." Kata Raisya penuh makna.

Kenapa ni achik..apa dah jadi ni ??? Tanya Tengku Hanis bimbang.

Sebenarnya bonda.... Syara.....

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience