Bab 11

Romance Series 22596

Rai, sebelum gerak kita singgah rumah pak long aku dulu eh ." Ujar Syara

Okay kau pergi la mandi dulu, biar aku je yang kemas pinggan ni.." Kata Raisya yang menawarkan diri untuk mengemas pinggan yang mereka guna untuk makan malam tadi.

Alright, thanks tau." Ucap Syara kemudian berlalu ke biliknya untuk mandi.

..

Nak belok mana eh Syara, aku lupa la.." Kata Raisya bingung apabila terdapat dua simpang jalan untuk ke kiri atau kanan.

Ish kau ni cepat sangat la lupa. Ikut je kiri ni hah, nanti kat depan tu berhenti kat tepi jalan je la tak payah masuk simpang rumah pak long aku tu.. senang sikit. " Balas Syara yang kelihatan manis memakai shawl navy blue apatah lagi shawlnya itu sangat sepadan dengan warna kulitnya yang putih.

Sampai sahaja dirumah Haji Mokhtar, Syara yang mulanya ingin memberi salam terhenti setelah mendengar perbualan Haji Mokhtar dan Hajah Zaitun.

"Kenapa abang buat macam tu bang, Zara tu adik kandung saya tau bang, " Kata Hajah Zaitun sambil mengalirkan air matanya.

"Abang minta maaf tun, abang tak sangka yang Zara ikut sekali masa tu.. abang betul-betul tak tahu" ujar Haji Mokhtar.

Mendengar sahaja nama kedua ibu bapanya disebut Syara tidak jadi untuk menyapa keduanya sebaliknya mendengar perbualan pak long dan mak longnya secara senyap.

"Tengok apa yang abang dah buat..Abang dah jadikan Syara anak yatim piatu tau bang. Abang sedar tak apa abang buat ni.. " Ucap Hajah Zaitun sedikit keras.

"Apa saya patut saya bagitahu Syara bang, mana pergi iman abang" . Sambung Hajah Zaitun lagi.

"Abang takde niat nak buat macam tu dekat Zara tun, abang cuma nak kenakan Rajis....abang tak sangka yang benda ni jadi sampai macam ni sekali.." Ujar Haji Mokhtar yang semakin dilanda perasaan serba salah.

Abang ingat saya tak tahu yang abang berpakat dengan Rashid adik si Rajis putuskan brek kereta dia. Saya tak faham dengan perangai abang dengan Rashid, sanggup buat dekat Rajis sampai macam tu sekali. Abang sedar tak yang tu adik ipar abang dan Rajis tu abang Rashid. Mana akal sihat awak. " Jerit Hajah Zaitun.

Abang cuma nakkan tanah Rajis tun, sebab tu abang buat semua ni..abang dah minta cara baik dengan Rajis tapi dia tak nal sebab nak bagi semua tu dekat Syara sebab tu abang buat cara ni." Ujar Haji Mokhtar berterus terang.

Syara disebalik pintu sudah lama mengalirkan air mata. Dia sama sekali tidak sangka yang pak long dan pak ngah saudaranya mencelakai kedua orang tuanya disebabkan harta.

Syara kemudian melangkah masuk ke dalam rumah Haji Mokhtar tanpa memberi salam.

Jadi semua ni bukan kemalangan biasa tapi Pak long dan Pak ngah Shid yang rancang." Kata Syara yang tiba-tiba berada dibelakang mereka dan menyampuk perbualan suami isteri itu.

Syara." Sebut Hajah Zaitun apabila melihat kemunculan anak saudaranya yang sudah dibasahi air mata.

Syara dengar dulu apa yang pak long nak cakap." Kata Haji Mokhtar yang cuba meraih simpati Syara.

Pak long nak cakap apa lagi, nak cakap semua ni bukan sebab pak long tapi sebab pak ngah shid. Sudah lah pak long Syara tak nak dengar apa pun dari mulut pak long. Ujar Syara keras kemudian terus berlalu keluar daripada rumah itu.

Hajah Zaitun memalingkan mukanya ke arah Haji Mokhtar.

Tengok, apa yang abang dah buat, ni semua salah abang." Kata Hajah Zaitun kemudian berlalu meninggalkan suaminya yang terpinga-pinga dengan perbuatannya seorang diri.

Pintu kereta Mini Cooper Raisya dibuka.

Eh babe, cepatnya jumpa paklong dengan maklong kau. " Kata Raisya.

Aku taknak jumpa diorang lagi lebih-lebih lagi paklong aku tu." kata Syara serius.

kenapa pula, ada problem ke????? tanya Raisya hairan.

Nanti sampai KL la aku cerita, aku tengah takde mood ni.. sorry ye Rai. Ucap Syara.

Yela, kita gerak sekarang eh kau takde nak singgah mana-mana lagi kan. Tanya Raisya kepada Syara.

Syara hanya menganggukkan kepalanya tanpa menjawab sambil menyandarkan tangannya dipintu kereta dan memicit-micit kepalanya.

Bersambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience